08 September 2010

Pregnant dan cyst..?

Dah lama tak muncul ..kesihatan tersangatlah merundum.
Sebelum terlupa , ummi nak ucapkan selamat hari raya pada semua sahabat blogger, semoga raya ini menjadi raya yang paling mengembirakan anda.

Dah lama tak update blog..so kali ni ummi cuma nak berkongsi perasaan ummi.

Semalam ummi pergi buat check-up..dah 2 bulan di alam kehamilan. Saat yang mengembirakan walaupun kali ni ummi mengalami alahan yang teruk..

Semalam juga ummi diberitahu oleh doktor bahawa ada cyst dalam perut ummi ni.. ummm, entah macam mana nak rasa pun tak tahu lah. TAKUT..? rasanya begitulah .

Walaupun doktor kata cyst tu kan hilang sendiri apabila hormon dah stabil.., hati ummi berbelah bahagi..antara nak percaya kata doktor atau tidak..bukan tak yakin dengan kepakaran doktor sakit puan tu ..cuma ummi paham doktor akan cakap sesuatu yg menyenangkan hati pesakit..

Jadi pepagi tadi ummi gagahkan jua diri untuk mengadap Lappy ni mencari maklumat tentang cyst ni...mmmm, seperti bisikan gerak hati ummi..kebanyakkan cyst akan berakhir dengan pembedahan..dan ummi cuma berharap 'baby' didalam kandungan ini sihat dan selamat.

Lagi sebulan..kena jumpa doktor untuk monthly check-up...dan tengok apa perkembangan cyst ni...

Ummi terima ini sebagai ujian dari yang maha esa..dan ummi anggap ini sebagai jawapan yang ummi cari selama ini.(Dalam keadaan inilah semua jawapan akan terungkai...) amin..!