10 December 2012

Nak Kurus

Eh tetiba plak hari ni ummi buat N3 pasal nak kurus . bukan apa pun ni ummi dapat semangat untuk kurus kan badan semula lepas baca e-book dari kevin zahri cara2 untuk turunkan berat badan dengan cara yang sihat. Dulu sebelum kawin berat badan ummi cuma 38kg waktu tu ummi 24 tahun lepas anak satu naik pula ke 40kg masa tu ummi mmg suka la sebab baru nampak ada cutting skit.kemudian bila ummi melahirkan anak ke2 berat badan ummi bertambah ke 43kg pada usia 30tahun ok la kira dah capai la berat yang sesuai dengan ummi walaupun sepatutnya ummi perlu tambah berat ke 44-49kg dengan ketinggian yang tak seberapa nak tinggi ni 151cm .kemudian selepas 8 tahun ummi kembali mengandung dan melahirkan ,umur pulak semakin lanjut pada umur sekarang cuma beberapa hari je lagi nak masuk 39tahun berat badan ummi sudah mencecah 53.6kg owhhhh mak enon..memang katek giler la hahahaha..ummi tak cakap orang lain ye ummi cakap pasal ummi nih..jangan la pulak ada yang saiz and berat sama cam ummi terasa hati kikiki... mungkin dengan umur yang menghampiri 40an ni metabolisma pun semakin slow apatah lagi ummi dah tidak bersenam sejak melahirkan anak ke3 ni..walaupun makan nasi sekali sehari je lemak2 ni masih suka singgah melekat di pinggang, peha,lengan dan part yang paling peberet nya ada PERUT. oh tidak ! Kebetulan ummi ni pun memang suka baca fb kevin zahri. banyak panduan dan tips yg diberi secara percuma kat ctu.. dan 3-4 hari lepas tergerak la plak hati ni nak beli ebook dari kevin zahri. bila baca rasa semangat tu datang ..penuh bermotivasi penulisan yang mudah di fahami .ni yang nak share ngan korang ni mana la tahu kot ada yang cam ummi ni yang sedang berusaha menurunkan berat badan. tak guna kan modal yang besar pun cuma guna masa dan tenaga je yang penting nak ke TAK ?. apa pun korang leh try masuk sinHow to Gain 5kg in 10 Weeks Banneri jom kita sama2 kurus !!!! dan bukan hanya kurus yang penting SIHAT..!

02 December 2012

JOM bercuti ~ Port Dickson

Cuti sekolah dah beberapa minggu berlalu baru kini ummi sempat bawa anak2 pergi bercuti. Itu pun lepas urusan2 penting dah di settlekan. Ummi nak berkongsi percutian pertama kami pada cuti sekolah disember 2012 ini. Kami pilih Port Dickson sebagai tempat percutian kami. Kali ni kami pilih PD PERDANA CONDO RESORT sebagai tempat untuk lepak. kami pilih apartmen 2 bilik cukup la untuk kami 5 beranak. apartmen yang kami dapat betul-betul mengadap kolam, apalagi suka la anak-anak. Belum sempat barang-barang keluar dari kereta mereka dah terjun ke dalam kolam. Termasuk la ummi bersama baby .Dah puas berendam hampir 4 jam baru lah kami naik ke apartmen untuk berehat. Ummi memang rekomen la pada yg ingin mencari tempat percutian bersama keluarga untuk pilih PD PERDANA CONDO RESORT . memang bebaloi dengan apartmen yg luas serta bersih.Dapur serta peralatan juga disediakan. Tapi kalau nak bawa barang2 memasak sendiri pun lagi elok lebih menjamin kebersihan.