30 November 2010

KENAPA..?

Kenapa lah agaknya ya..
susah sangat nak jadi orang yang setia. Dah punya pasangan yang menyayangi dan diri amat disayangi...kenapalah susah sangat untuk menjadi seorang yang setia dan jujur pada pasangan mereka...

Ummi bukan apa..
cuma nak berkongsi perasaan dan luahan hati TEMAN ummi...

Yelah..si isteri ni, dengan sepenuh hati menyayangi suaminya..sentiasa bersikap jujur dan tidak berahsia dengan si suami demi menjaga hati dan perhubungan mereka supaya sentiasa aman.
TETAPI....
sisuami ni yang sentiasa menganggap isterinya BODOH..dan tidak tahu apa-apa senang lenang bergembira dengan sikap tidak jujur dan sentiasa berbohong pada isterinya. Demi menjaga perhubungan mereka supaya tidak dilanda badai..si isteri bertahun-tahun memendam rasa kecewa dengan sikap suaminya.
TAPI...sampai bila isterinya mampu bertahan bila saban hari pertanyaan dijawap dengan penipuan walaupun ianya hanyalah "satu pertanyaan kecil".

Bagai sudah menjadi keseronokkan pula bagi sisuami untuk sentiasa berbohong dan tidak jujur pada siisteri. Sedangkan si isterinya tahu apa yang dilakukan oleh suaminya..bak kata teman ummi..."TUNGGU TSUNAMI" je ni .. aku telan dan aku muntahkah lalu akan aku biarkan dia tersadai lemas ditepi pantai...
huh..! dalam sungguh maknanya tu.

Adu teman ummi lagi...
Rajin ajak isteri keluar dengan anak-anak , tapi kalau berjalan tak pernah nak bersebelahan..mesti macam orang tak kenal..lepas tu bila nampak je pompuan lawa..mak ai...tak leh control mata 2, 3 kali menoleh tak pikir perasaan isteri kat belakang tu. Huuhuhu..dia ingat isteri dia tak nampak agaknya..

Mmmmm...
Apa nak dinasihatkan ye..
SABAR je lah temannnn...ye
Tapi kalau ummi pun memang lah ummi akan terasa kecil hati..kalau suami bersikap macam tu ..dan ummi rasa bukan kami saja rasa cam tu tapi semua kaum HAWA...

Buat sisuami teman ummi atau mana2 suami / lelaki tolonglah sensitif skit dengan perasaan pasangan kita...dan kaum hawa juga kena peka dan sensitif dengan perasaan pasangan anda..

KITA MANUSIA PUNYA HATI DAN PERASAAN.

18 November 2010

BILA AKU TELAH TIADA .....

Kekadang bila kita ditimpa macam-macam kesengsaraan...kesakitan ...kesusahan dan berbagai lagi " ke...."

Kita akan mula berfikir bermacam-macam benda pelik atau karut maruk..yang dicipta oleh akal kita yang sedang kusut....berserabut.

Antaranya kematian... Crying 1 

Padahal apa yang kita tanggung itu tidak lah...seberat mana pun..
cuma kita ter .....
terlebih emosional ...
dan terhasillah ...
perasaan yang mengundah gulana kan diri kita sendiri...

Mungkin orang yang membaca luahan ini tidak paham..apa yg nak disampaikan ...atau apa yg cuba disampaikan...(biarkan aje lah..tak yah nak pikir bebanyak ye...)

TAPI bagi orang yang mengalami situasi TERSEBUT....(memang dia aje lah yang paham)

BAGI SEORANG ISTERI..IBU..ANAK..DAN ADIK/KAKAK/ABANG kepada sebuah keluarga :-

apa yang diinginkan hanyalah doa...bacaan ayat-ayat al-quran mengiringi ketiadaan nya kelak.
doa dari anak2 yang soleh/solehah, sedekah ayat2 suci dari keluarga dan teman2 nya untuknya.
 Rings Bagi seorang ibu kepada anak2- sudah tentu dia inginkan sisuaminya menjaga anak2 yang ditinggalkan nya dengan sepenuh kasih sayang .
 Bride And Groom Supaya si suami tidak salah memilih penggantinya untuk meneruskan didikan dan mencurahkan kasih pada anak2nya.

BILA AKU TELAH TIADA....

Kau carilah pengantiku namun jangan sesekali kau abaikan tanggungjawabmu pada "permatahati" kita....

KERANA PEMERGIANKU DEMI PENGORBANANKU UNTUK MU....

 Beating Heart





IDEA ada tapi xde DAYA..!

Dalam keadaan yang kurang "sihat"..ummi masih ada banyak idea untuk di curahkan ..tapi yang membataskan idea ini di tempek kan di sini ialah DAYA yang semakin berkurangan...