Di Sebalik - AUNIALYA BOUTIQUE

http://www.facebook.com/fashionlovermuslimah


Tulisan : Has Jan


Bismillah
Salam Sejahtera ,


 Saya Haswati Binti Mohd Jan , saya juga di kenali sebagai HAS JAN . Mulanya menulis sekadar suka-suka atas dasar mengisi masa terluang setelah menjadi surirumah sepenuh setelah berhenti kerja di sebuah bank .

Saya merupakan seorang IBU kepada 3 cahayamata ,
Seperti orang lain juga , saya menyimpan  impian besar untuk di gapai selagi khudrat ini masih mampu .
Sejak dahulu lagi saya amat meminati kebijaksanaan usahawan internet Dr Irfan Khairi yang menjadi jutawan di usia mudanya. Antara  pencapaian yang memberi kepuasan pada diri saya  di usia 40 tahun ialah saya  telah menjadi pelajar kepada idola saya iaitu Dr Irfan Khairi  dan telah menamatkan pembelajaran dalam bidang PRODIMS (baca entry ada cerita tentang ini) 

Sebagai wanita semestinya menjadi perkara biasa jika saya  mencintai kecantikan, Saya juga pernah mengikuti kursus pengurusan SPA dan telah menerima sijil kelayakkan dalam bidang berkaitan tetapi di atas sebab kesihatan saya perlu bertukar bidang  . Pada 2006 saya juga mengikuti kursus jahitan di bawah kelolaan GIATMARA dan terpilih menjadi pelatih terbaik dalam ketogari JAHITAN 2006 , Selepas tamat program di IKSB - OUM selama 9 bulan saya mula mengorak langkah  menceburi dunia fesyen muslimah secara serius . Bermula bulan November 2014 saya membina jenama Aunialya dan berniaga di atas Talian .Disamping memperkenalkan jenama sendiri iaitu Aunialya , saya juga menjadi agen kepada beberapa  jenama busana muslimah terkenal .


Masih panjang perjalanan yang perlu saya lalui, Doakan keutuhan perniagaan ini dan ketabahan saya melalui setiap 

ujian dalam perniagaan dan sebagai seorang blogger.


Bicara dari hati 


Has Jan 

Aunialya Boutique














Bersama salah seorang idola , Dr Irfan Khairi 
ketika sesi mini talk di IKSB 
Koleksi Aunialya 


Koleksi Aunialya



Koleksi Aunialya


No comments:

Post a Comment