29 October 2015

Apakah anda sedar anak anda sedang mengalami Growing Pain ?

Tulisan : Has Jan
Foto : sumber dari Google

Bismillah ,


Membuak-buak hati ni nak berkongsi sedikit info yang telah saya geledah di Pak Google. Apa ceritanya ? . Ok, sebelum tu saya nak tanya , pernah tak anda perasan anak kecil anda sukar tidur , gelisah dan sering merenggek akibat sakit kaki ?. Mungkin ada yang perasan dan anggap itu cuma ragam si manja untuk menagih perhatian kita. Tapi percaya lah wahai ibu-ibu bahawa anak-anak kita sedang menaggung rasa nyeri , bisa , lenguh yang sebenar-benarnya pada bahagian kaki mereka terutama peha, betis ataupun pelipat (belakang lutut) dan ia di panggil * GROWING PAIN *.

Pada beberapa minggu kebelakangan ini, si kecil saya yang berusia 4 tahun sering merengek tiap kali malam tiba, oleh kerana usianya yang sudah 4 tahun maka mudah untuk saya bertanya di mana sakitnya dan bagaimana rasa kesakitannya itu. Kata anak saya sakitnya macam kena patah-patah dan kena cucuk-cucuk (mungkin itu yang dia faham ). Setiap kali waktu dia hendak tidur , dia akan kelihatan gelisah dan minta  saya memicit kakinya hingga dia lena. Pada mulanya saya cuma anggap dia mengada-gada dan inginkan perhatian , kerana sebelum ini pun dia akan meminta saya mengosok belakangnya hingga dia lena. Tetapi apabila saya perhatikan keadaan nya semakin hari semakin merisaukan , hingga ada masanya dia menendang-nendang kaki nya ke udara kerana sakit kena cucuk (katanya), dan setiap kali saya menggosok bahagian yang di katanya sakit itu dia akan berkata " macam tu tak hilang sakit kaki baby la ummi , kena picit-picit baru tak sakit "

Sebagai ibu mestilah rasa syak dan akan terfikir bukan-bukan , saya check setiap penjuru kaki nya mencari kesan cedera atau lebam, manalah tahu dia terjatuh atau berlaku sesuatu kecederaan pada bahagian kakinya, tapi memang tiada apa-apa kesan .Hingga lah dua hari lepas saya terfikir untuk mencari info di Pak Google , manalah tahu ada perkongsian dari ibu-ibu lain tentang perkara yang sama . Akhirnya saya terjumpa beberapa info berkaitan GROWING PAIN . 


(sumber foto : google)


APA ITU GROWING PAIN 

Growing Pain  adalah rasa  nyeri yang sering terjadi pada anak-anak berusia sekitar 2 – 12 tahun , 25%-40% berkisar antara usia 3 – 5 tahun, serta antara 8 – 12 tahun. Biasanyagangguan itu terjadi dalam ototbukan sendi pada kaki dan agak jarang pada lenganGangguan nyeri itu biasanya terasa di kedua belah dan muncul di waktu petang  atau di malam hari dan akan hilang bila anak bangun tidur waktu pagi dengan rasa sakit yang bervariasi dari ringan sampai sangat parah. Ada masa rasa nyeri dapat dirasai pada waktu  malam atau kadang tidak timbul selama berhari-hari malah ada sampai berbulan-bulan. Kesakitan ini biasanya akan hilang apabila meningkat usia 12tahun , Walaubagai mana pun ia mengganggu kehidupan kanak-kanakGrowing pains pertama kali digambarkan seperti pada tahun 1823 oleh seorang dokter Prancis.


(sumber foto : google) 

Walaupun Growing pain ini tidak mendatangkan bahaya pada anak-anak, tetapi ia mengganggu waktu tidur anak-anak, setelah saya tahu tentang GROWING PAIN ini, makanya saya cuba mengcari ikhtiar bagaimana untuk menghilangkan atau sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sedikit kesakitannya. Perkara pertama saya cuba lakukan adalah menyapu minyak aroma therapy selepas memandikannya di sebelah petang , saya sapu dan gosok pada bahagian yang sering sakit , alhamdulillah percubaan pertama itu menjadi kerana saya tanyakan pada anak saya sebelum dia tidur  apakah dia rasa sakit kaki lagi ? tidak katanya. Alhamdulillah . Tetapi di tengah malam dia terjaga dan bagitau yang kakinya terasa sakit dan minta saya memicitnya , terus saya capai minyak Aroma Therapy dan gosok kakinya perlahan-lahan hingga dia terlena. 

Tugas saya belum selesai walaupun saya dah tahu apa punca anak saya mengadu sakit , tugas saya mencari bagaimana cara untuk saya bantu mengurangkan kesakitannya atau menghilangkan terus tanpa perlu menunggu dia berusia 12 tahun . 

oh ye , untuk lebih memahami tentang Growing pain , anda boleh merujuk di link 
 http://dokterindonesiaonline.com/tag/growing-pains-nyeri-kaki-pada-anak/

23 October 2015

Nak tak Resepi Kek Batik Cheese Krunchy ?

Tulisan : Has Jan
Foto : Has Jan 
Resepi : Has Jan


Kek Batik krunchy

Pernah dengar atau pernah makan tak Kek Batik Cheese yang ranggup ? Kalau belum pernah saya nak share resepi yang saya ubah suai sendiri ni. Saya tak pasti samada dah ada yang guna resepi yang sama macam yang saya gunakan atau tidak , tapi setakat yang pernah saya dapat kebanyakkan nya menggunakan biskut marie. ok jangan sembang panjang-panjang , jom kita tengok bahan-bahannya.

KEK BATIK CHEESE CRUNCHY


BAHAN-BAHAN

VICO 
SUSU PEKAT 
SUSU CAIR (tin)
BUTTER (saya guna buttercup)
BISKUT -->> CHEESE MASIN & YANG BERINTI CHEESE 
TELUR (1 biji ) 






CARA-CARA

**API PERLAHAN YE

Panaskan butter (1/2 )
bila dah cair , masukkan susu pekat 1/4 tin dan susu cair 1/4 cawan (bukan 1/4 tin ye) * jika suka manis boleh gunakan susu pekat sahaja 1/2 tin .
Gaul hingga bahan2 di atas cair dan sebati 
kemudian Masukkan vico (2 cawan ) * jika nampak terlalu cair tambah lagi
gaul hingga sebati 
kemudian Masukkan telur (1 biji) * jangan lupa cuci dulu telur 
Bila semua bahan sudah cair dan sebati di dalam kuali 
masukkan biskut yang sudah di patah2 sedikit demi sedikit 
hingga semua menjadi likat .
Tutup api , tuangkan bahan2 tadi ke dalam loyang atau bekas yg sesuai .
Lenyek2 kan bahan2 tadi di dalam loyang/bekas hingga mampat .

**
Tambahan : 
Anda boleh juga taburkan cheese diatas bahan2 tadi atau boleh juga letakkan coklat cair diatasnya .
Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam atau hingga keras . 

Taraaa...dah siap 
senang kan tak sampai 10 min pun .

Selamat mencuba !


Has Jan 
Bicara Dari Hati 
(Aunialya.Boutique)


15 October 2015

Makan di Mana ? --------> @ Billionair's Concept Cuisine , Melaka

Tulisan : Has Jan 
Foto : Has Jan 

Bismillah 
Salam Sejahtera.


     Masih lagi dalam mood bercerita pasal makan , ada yang dah bosan ke ? Jangan bosan dulu tau, di Melaka banyak lagi tempat makan-makan yang best saya nak kongsikan dengan anda semua. Melaka merupakan negeri yang terkenal dengan pelancongan bersejarahnya serta amat popular dengan masakkan Assam Pedas , tapi saya nak lari sikit dari menu biasa , saya nak kongsikan menu serta kedai-kedai baru anak-anak muda Melayu yang terbaru di Negeri Melaka ini. 

     Seronok sekarang sebab di Melaka dah senang  nak cari Restoran makanan Barat hasil air tangan anak-anak melayu kita. Bukan saja hiasan dalaman kedai yang menarik tetapi hiasan pada setiap hidangan juga wallah ! HEBAT !!!. Kalau hiasan saja hebat pun tak guna juga kan , tapi di Billionare's CC ni memang tak rugilah untuk singgah . Makanan yang enak mengembirakan tekak , hiasan yang cantik mengembirakan mata. Tentang harga pada saya , amat sesuai dengan rasa dan keselesaan yang di sediakan.


Green Tea & Hot  Chocolate
Foto : Has Jan 

Ais coklat
Foto : Has Jan 


Aiskrim Oreo
Foto : Has Jan 


Set Burger Ayam
Foto : Has Jan

Sebenarnya banyak lagi menu menarik yang kami order pada hari kami ke sana tapi terlupa nak ambil gambar , hehe dah masuk perut dulu baru teringat , apa nak di kata kan.


Boleh cuci-cuci mata dulu di Facebook BBC untuk pilih menu apa nak makan sebelum ke sana, 


Di bawah ini alamat Billionare's CC , so jangan lupa singgah .
013-201 8282

Harap perkongsian kecil dari saya ini, dapat memberi anda idea tentang tempat menarik dengan rasa yang hebat di Melaka 
bila anda berkunjung ke Melaka suatu hari nanti.


Bicara dari Hati
Has Jan 

Aunialya Boutique

13 October 2015

Makan dimana ? @Dealoova Cafe ,Melaka

Tulisan : Has Jan
foto : Has Jan


Bismillah
Salam sejahtera ,


Tentu ramai yang pernah bercuti ke Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah kan ? atau pun mungkin ada yang sedang merancang untuk bercuti ke Melaka pada musim cuti sekolah nanti . Ok lah saya nak share tempat makan baru di Negeri Melaka ini, selain dari Assam Pedas Melaka tentu ada di antara anda yang ingin bertukar selera , Ada yang rasa nak makan masakkan Western tak ?.

Dealoova Cafe , antara restoran kepunyaan anak melayu yang beroperasi di Taman Sri Krubong .
Cafe ini menyajikan menu dari Barat dan masakkan Melayu termasuk lah Laksa Penang.




Speggeti Bolognise

Sewaktu berkunjung ke Sana baru-baru ini saya mencuba beberapa menu yang ada disana antaranya Speggeti Bolognise , Meat Ball set , Nasi Goreng Kampung  (jom kita cuci mata )


Meatball set


Meatball Set ini merupakan kesukaan saya kerana dagingnya yang lembut , memang menyelerakan .
untuk Meatball ni saya bagi 5/6 bintang .

(gambar ihsan dari FB Dealoova Cafe )


(Gambar insan dari Dealoova Cafe)

(Gambar Ihsan dari Dealova Cafe)

Pada awalnya saya terbaca post berkenaan di group facebook Kami Anak Melaka, terus saya ajak suami pergi mencuba hidangannya, kebetulan saya memang mengemari makanan barat dan anak-anak pula sukakan masakkan melayu terutama si bujang saya merupakan pengemar tegar Nasi Goreng , dan di Dealova Cafe ini kami boleh menikmati kedua-dua hidangan pilihan dalam satu cafe mudahkan .

Jika ada yang ingin mencuba , anda boleh la ke alamat di bawah , atau boleh tinjau-tinjau menu yang ada di cafe dengan hanya klik link yang saya sertakan di bawah .

DEALOOVA CAFE
No 13, Jalan Sri Krubong 6
Taman Sri Krubong
Melaka

Anda boleh juga google Facebook nya https://www.facebook.com/vapewesterncafe/timeline

SELAMAT MENJAMU SELERA 



Has Jan 
Aunialya.Boutique 
CARI BLOUSECARI KAMI 







12 October 2015

SOHO Directory: Busana Muslimah (Aunialya Boutique)

SOHO Directory: Busana Muslimah (Aunialya Boutique):   TAG LINE : SOPAN BERGAYA AURAT DI PELIHARA Nama perniagaan : Has Jan Enterprise Jenis perniagaan : busana muslimah (jenama A...

Makan di mana ? Jom Cendol @ Senawang

Tulisan : Has Jan
Foto : Has Jan

Bismillah,
Salam sejahtera,

CENDOL @ SENAWANG 

Baru-baru ini menjadi viral di Facebook tentang Tokey Cendol Kuang Ajau di Senawang , mak ai tajuk nya menyentap jiwa bila di baca. Walau apa pun gara-gara tajuk itu lah gerai cendol beliau di serbu peminat cendol hingga membawa saya juga ke sana.

Dalam cuaca terik di tengahari saya bersama suami dan anak-anak singgah ke gerai cendol Maha yang mana kedudukannya di kawasan kilang serta berhampiran Sekolah agama as sofa dan berdepan dengan Kilang Sahabat Retort Food.





Jangan tak percaya, ramai yang sanggup beratur panjang walaupun dalam panas terik (termasuk la saya ( alang2 dah sampai , biar lah dapat merasa kan)

Cendol Durian RM3.50 
Rasa cendol yang tidak berapa manis dan durian yang segar memang mampu 
menyegarkan tekak time cuaca panas terik seperti sekarang .

Menu dan Harga  untuk memudahkan pelanggan membuat 
pilihan , oh ye disini adalah LAYAN DIRI ye . Sambil-sambil beratur tu boleh la jeling2 dan fikirkan apa yang nak di order . Bila sampai turn saya terus abang misai wak doyok pantas mengambil order untuk cendol dan adik-adik manis pula mengambil order rojak  (hehe saya yang letak nama tu sebab misai brother yang amik order tu ala-ala wak doyok) . Kerja mereka pantas , maka tak terasa panas hati walaupun terpaksa berpanas matahari untuk semangkuk cendol. Anak-anak muda ini juga tidak lokek dengan senyuman pada setiap pelanggan mereka walaupun nampak kepenatan .


ROJAK AYAM + Kuih  RM5.50


Pada pengemar Cendol, boleh la mencuba cendol di sini . Jika di tanya saya berapa bintang saya nak bagi , saya akan bagi 4/6 . Itu hanya pandangan saya, yang pasti lain orang lain seleranya. Tak salah mencuba , kalau tak cuba kita tak tahu. 

Bangga dengan anak-anak muda ini yang rajin berusaha , tak kira lah apa jua pekerjaan yang mereka lakukan yang pasti mereka ada wawasan dalam hidup mereka. Semoga perniagaan mereka akan lebih maju , kaya dan Berjaya dunia akhirat .