27 December 2013

INFO : cara mengajar anak kecil *mengajar vs Menguji

Mengajar vs menguji.

Apa beza antara mengajar dan menguji?
Ramai ibu bapa yang saya jumpa, lebih gemar menggunakan kaedah menguji. Apabila diberi mainan, maka si ibu pun mulalah menguji anaknya ‘Bagi mak cawan’ ‘Mana sudu?’ ‘Ni apa dia ni?’ ‘Tengok kakak buat apa tu?’ ‘Ni siapa dia ni?’
Kebanyakkan ayat yang keluar dari mulut ibu @ bapa adalah dalam bentuk ayat tanya dan arahan.
Secara psikologinya, si ibu @ bapa nak membuktikan kepada saya bahawa anaknya boleh faham, boleh sebut perkataan-perkataan tertentu atau sekurangnya boleh meniru sebutan. Selain itu, ibu bapa juga mungkin beranggapan bahawa memang begitulah caranya untuk mengajar anak bercakap.
Menguji anak adalah perlu apabila kita nak memahami tahap kebolehan @ kemahiran anak. Sama seperti peperiksaan sekolah seperti UPSR, PMR & SPM. Tujuannya adalah untuk menentukan tahap pencapaian akademik pelajar.
Berbeza pula dengan konsep mengajar. Ia memakan masa, kesabaran, ulangan berkala, pengalaman, pemerhatian, kepelbagaian strategi dan sebagainya.
Begitu juga dengan mengajar anak-anak bercakap. Ayat penyata adalah lebih mudah diterima oleh anak. Ini kerana anak lebih rasa selesa, tidak rasa diuji oleh ibu bapanya sendiri. Sekiranya anak tersilap sebut sekalipun, dia tidak perlu nak berasa kecewa kerana telah salah. Berbeza dengan konsep ujian yang mesti ada ‘bagus’ atau ‘corot’.
Contohnya jika nak ajar anak sebut anggota badan, maka sebutkan ayat penyata saja. ‘Ni mata mama. Mata mata adik. Ni mata baby.’ Tunggu dan lihat respon anak. Kemudian ulang lagi sekali, ‘ni mata mama, ni mata adik, yang ni, ………(tunggu beberapa saat) (kalau dia tak sebut juga baru sambung) mata baby’
Selalu yang saya jumpa, si ayah terus tanya, ‘mata mana mata?’ ‘Ni la mata.’ ‘Mata mana mata?’ Ajar sekali saja, dah terus test anak dia. Akhirnya si anak rasa susah, rasa tak minat dan hilang tumpuan.
image
Kesimpulannya, banyakkan ayat penyata semasa mengajar. Ayat tanya hanya untuk menguji sahaja.
Hubungi sms @ whatsapp 0133109701 untuk mendapatkan slot speech therapy di Ruby Speech Therapy, sungai petani.



***kredit to RUBY SPEECH THERAPY




25 December 2013

Apa itu Viral Croup ( sering menyerang bayi dan kanak)


**kredit to blog http://mamamunie.wordpress.com 

dimana ibu ini mengalami sendiri situasi mendebarkan apabila anak kecil beliau berada dalam keadaan kritikal akibat serangan Viral Croup . Jom kita lihat dan kenali apa itu VIRAL CROUP . Uols boleh baca kisah tentang ibu dan anak ini di Link di berikan nanti ye.

Viral Croup – Simptom, Cara Merawat & Cara Mencegah



2 Votes

Merujuk pada komen2 pada post saya tentang ini< http://mamamunie.wordpress.com/2013/05/18/kerana-viral-croupanakku-kritikal />, ramai juga ibu-ibu yang prihatin dengan memberi maklumbalas supaya diterangkan dengan lebih terperinci tentang penyakit ini. Thanks ibu-ibu semua! Banyak kebaikan yang saya dapat daripada komen-komen anda. Saya sangat menghargainya. Walaupun ada komen yang tak sempat saya balas, namun saya membaca kesemua komen dengan teliti. Jadi, saya buat post ini supaya anda semua dapat tahu lebih lanjut dan dapat menghadapi dengan baik jika perkara ni berlaku terhadap budak lain. Melalui pencarian saya di google dan sebagainya, tak banyak artikel mahupun perkongsian perkara ini dalam Bahasa Melayu. Mungkin penyakit ni belum popular di Malaysia. Saya sendiri pun tak pernah dengar tentang penyakit ni sampai la bila dah tertimpa atas batang hidung sendiri, kalut la saya mencari maklumat. Dan hal ni menguatkan lagi semangat saya untuk buat post ni! Yes!!! go Mamamunie go!!!hahaha.
Apakah itu Viral Croup?
Viral croup jangkitan atau keradangan pada saluran pernafasan atas hingga menyebabkan pembengkakan pada kerongkong. Pembengkakan kerongkong ini akan mengganggu pernafasan anak anda sehingga menyebabkan suaranya parau dan batuk yang berbunyi seperti salakan anjing (barking cough). Simptom ini akan lebih teruk lagi di malam hari dan apabila anak anda menangis. Suaranya akan kedengaran seperti tersekat sekat. Selalunya pesakit akan dirawat dengan menggunakan steroid dan, epinephrine (adrenalin) akan digunakan jika anak anda berada pada tahap kesakitan yang serius.

Nampak tak pembengkakan saluran pernafasan dalam gambar ni? Bengkak yang serius boleh menutup terus laluan udara/oksigen.Sumber gambar : http://www.childrensdayton.org
Tanda/Simptom
1)Batuk yang kedengaran seperti bunyi anjing
2)Demam panas melebihi 38.5 darjah celcius
3)Mata kelihatan layu dan tidak bermaya
4)Anak nampak kurang aktif
5)Bibir kering dan pucat/ nampak kebiruan
Punca & Penyebab
Kebanyakkan croup berpunca daripada jangkitan virus parainfluenza type 1 dan 2.  dan hanya kira-kira 25% kes berpunca dari bakteria. Masa Luqman kena croup ni doktor ada tanya duduk kawasan mana dan ada sebarang proses pembangunan ataupun ubah suai rumah. Saya cakap, YA. Doktor cakap debu dari simen juga mungkin menyebabkan berlakunya croup ini.
Tahap Penilaian Viral Croup
Tahap penilaian ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu ringan, sederhana dan berat. Dulu Luqman dikategorikan dalam bahagian berat(severe).
Ringan – Croup yang ringan hanya menunjukkan tanda demam dan batuk yang berbunyi seperti anjing.
Sederhana- Demam, batuk seperti anjing, dada masuk ke dalam setiap kali bernafas. Pesakit masih boleh bercakap.
Berat- Batuk sudah tidak kedengaran, pesakit hampir tidak sedarkan diri, bibir bertukar kebiruan, demam yang tinggi, suara tidak kedengaran (dah tak mampu cakap). Croup berat hanya dialami pada 1% kanak-kanak yang mengalaminya, dan Luqman salah seorang.
Cara Merawat
Anda sebagai ibu bapa kena pastikan anak anda berada dalam keadaan yang sangat selesa, berusaha agar dia tidak menangis dan tenangkan anak semasa dia mengalami kesukaran bernafas semasa doktor sedang merawatnya. Kanak-kanak ini akan diberi rawatan dengan menggunakan steroid dan adrenalin. Mereka juga akan diberi bantuan pernafasan iaitu oksigen jika paras oksigen didalam darah kurang dari 92%.
1)Jangan biar anak anda tidur bersendirian walaupun batuk croup dia tidak serius kerana croup boleh menjadi serius pada bila-bila masa sahaja tanpa anda sedari.
2)Dapatkan rawatan kecemasan dengan segera jika anak anda yang diserang Viral Croup turur menunjukkan tanda tanda kesukaran bernafas, kencing yang sedikit, enggan makan atau minum, dan bibir yang kebiruan.
3)Pastikan anak anda minum banyak air. Dia tak nak makan tak apa. Jangan paksa. Cuma pastikan air diberi dengan cukup. Beri anak minum air glukos atau air kelapa muda yang boleh memberi tenaga dan kesegaran kepadanya. Namun pada croup peringkat teruk sehingga susah untuk minum, mungkin doktor akan pasang drip untuk masukkan air.
Cara Pencegahan
Kebanyakkan viral croup boleh dicegah sekiranya anak anda mengambil vaksin Influenza dan Diphteria. Luqman tak pernah ambil vaksin ni. Mungkin bagi sesiapa yang anaknya dalam lingkungan umur 6 bulan hingga 6 tahun boleh ambil vaksin ni sebab Viral croup amat kerap terjadi pada kanak-kanak usia begini. Namun, bagi sesiapa yang anti vaksin, saya harap anda tidak menghantar komen yang menghentam saya dan ibu bapa lain yang memilih untuk memberi vaksin kepada anak mereka, DAN ibu bapa yang vaksin anak pula tolong jangan hentam ibu bapa yang memilih untuk tidak vaksin anak mereka kerana semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak masing-masing. Terpulang kepada cara masing-masing mencari, mengumpul dan mentafsir maklumat.
Sekian, Terima Kasih.

30 November 2013

RAHSIA HAWA ... PAKAI macam TAK PAKAI

selamat hari minggu semua

hari ni rasa cam nak share sesuatu dengan kaum HAWA..
ermm.. apa ye.?

cer klik link di bawah ni :- (jangan risau x kena bayar pun)

YUP... GENIE BRA..

sapa yang dah pernah pakai ?
dah tentu lah soklan ni untuk kaum HAWA ajew..(hihihi)
ok gini ummi nak share skit pengalaman *memakainya* . nak tahu tak... xpa tak nak pun ummi nak gak citer kat N3 kali ni (*mood perasan tahap gaban)

cam gini citer nye .
Dulu akhir tahun lepas lebih kurang la.. ummi ternampak iklan bra ni kat TV.. so ummi pun cepat2 godek tenet cari info pasal GENIE BRA ni.. malang nya time tu mmg susah nak dapat kt Malaysia.. so kebetulan ummi ada kawan yang baru nak mula meniaga jadi ummi bg dia idea untuk cari produk ni untuk dia jual.. so di pendek kan citer ... dia pun Jual dan Ummi lah salah sorang pembeli nye...

JADI...
bila dah *memakainya* ummi terus jatuh cinta pada bra ni.. WHY..? cewah omputih la plak.. sebab nya ummi rasa amat selesa bila memakainya umpama *TIDAK PAKAI* .. pun.  ? cam na lak tu ..? ishhh susah nak citer kan ada yg bukan kaum HAWA nak try plak semata2 nak dapat feel *PAKAI UMPAMA TAK MEMAKAINYA* tu hihihii.. camna la gamaknya ye..(opss dah..dah.. jangan nak berimaginasi lelebih plak)



haaa... ni dia rupa *GENIE BRA* (https://www.facebook.com/GENIEBRA.4U?ref=hl) tu.. uols boleh klik kat link sebelah tu klu nak tengok kaler2 lain atau nak tanya tentang size atau pun klu nak tengok apa kata testimoni ... 

dah rasanya dah cite pun benda yang nak di kongsi kan tu ..
ok nanti jumpa lagi 
nak wat assignment ni blom siap agi.. minggu depan ummi nak bawa anak2 g jalan2 pusing kota melaka...
banyak dah tempat baru kat Melaka ni.. contoh Bird Park.. bla..bla..bla.. (*next N3 la ye) ada gambau baru syiokkk.

k baii....









04 November 2013

SAMBUNG BELAJAR PADA USIA 40AN..???

yup...

betul tu , seperti N3 diatas..
umur 40an baru nak sambung blaja..
salah ke ?

owh semestinya TIDAK

ummi bercakap tentang siapa ni?
 ummi x bercerita tentang orang lain tapi ummi berkongsi tentang UMMI sendiri.

hahaha.. cam perasan pula ye post gambar sendiri (ada aku kesah oppsss ...)


This month pd 24hb maka akan bermula lah hari pertama ummi menjadi pelajar.
Walaupun hanya sebulan sekali je ummi akan ke kelas tapi setiap hari ummi akan belajar melalui ON9
itulah cara terbaik untuk ummi yang berniagaan ON9 dan juga surirumah ni kan.


i loike kata2 semangat camni... 
owh lupa nak bgtau course apa ummi akan amik nt ye..

Tadaaa....


BERSAMA IDOLA UMMI ... WOW TERUJA SANGAT NK MENDALAMI BIDANG YG AMAT DIGEMARI.. APATAH LAGI BERSAMA IDOLA ...Perghhh.... tak sabar nya .


UMMI TAK PERNAH KISAH KALAU ORANG NAK KATA PASAL UMUR .. TAPI UMMI AMAT KECEWA SEBAB RAMAI ANAK2 MUDA YG MAMPU UNTUK BELAJAR TAPI MALAS NAK BELAJAR.... (* Sekarang tak macam zaman ummi dulu.. sekarang pelbagai pilihan untuk belajar .. mau atau tidak aje.)

WISH ME LUCK 
JUGA SEMOGA PERNIAGAAN UMMI SEMAKIN BERKEMBANG 


JOM LIKE-

- FB : MOM N BABY CLOSET 
FB : TUDUNGLOVER




17 September 2013

DUNIA ~ HeLLO KItty yg cumil



arhhhh... mabuk ngan barangan Hello Kitty la pulak..
hari Malaysia baru2 ni ummi dah bawa anak2 ke HELLO KITTY TOWN di JB.. fuhh mmg giler kentang dok dlm sana. Rasanya  mak2  yg over melebihi anak2 dara ..hihi termasuk la ummi. Cuma agak terkilan skit sebab x banyak sgt barangan hello kitty yg dijual di MALL di Ground Floor tu.. sblm pergi ummi dah berangan nak tangkap sebiji Hbag seperti yg dh di usha dlm internet tapi ahhhh xde la pulak.. yg baiknya sep KOS lew..hehe

pergi jangan tak pergi ke HELLO KITTY TOWN ye..

cadangan : pergi la awal .. seawal boleh sebab klu dh tghari org dh bersesak-sesak.. nak kena Q panjang pulak utk masuk ke setiap section..

20 March 2013

Bezey BeBeNaU

bABY SYASYA dah nak masuk 2 tahun .. sesi kejar mengejar bermula hihi.. mmg tak terdaya kekadang tu tapi seb baik la ada kakak dan abang nye yg boleh bantu kejar kan baby syasya terutama time nak mandi dan makan adoiiiiyai sikit nye susah..

Ummi pun dh mula jalankan semula bisnes yg terkubur selama mengandung dan berpantang ari tu ..so ummi nk share ngan uols bisnes ummi sudi2 kan le jenguk pages ni ye

FB PAGEs : KRUNCHY KARAMEL ALMOND MELAKA TENGAH (* utk yg sukakan NUTs)
FB PAGEs : momNbabyCloset (untuk peminat Pakaian Muslimah )

SHOp BlogS :(klik sini ) http://momnbabycloset.blogspot.com **

30 January 2013

tablet

hissshhhh geram betul lew... Dah lama ummi pkai tab 7.7 nih... Tapi masih x rasa selesa untuk guna bila nk update blog... Rasa x syok la sbb x leh nk taip laju2 cam guna laptop.. Ermmm laptop sony ummi dah bagi pada anak bujang, nampak gayanya nak kena bodek untuk pinjam laptop tu la bila nak update blog nanti.. Kekadang benda yang cnggih ni byk kekurangannya juga. Itu kata ummi. Kata korang ummi x tahu la...