29 April 2010

Sharing IS Caring :- KANTOI.....

I juz read a artikal from one BLOG ni...and it's nice to share la tajuk dia "BILA ISTERI BERCHATTING" - juz to remind all the isteri-isteri out there if u nak berchatting it's ok sebenarnya but u must know the limits..jgn main hentam n don't even thinz nak try your market value...PLEASE laaa!
yes it's happend out there ...

Ok let's me share skit la what's in the BLOG....
It's about satu wife ni memang suka chatting, and bcoz her hubby was so slamber n wat tak kisah je so she become lagi rancak la...nak dijadikan cerita one night...as usual la she start chatting ngan lawan dia , and at the same time her hubby lalu n jeling-jeling pada monitor n try to get the wife nickname. Bila dh dpt si hubby tell his wife that he nak went out ngan kengkawan jap kat luar so u know kemana dia pergi ....huh ! he went to CC and trus on9 n chatting ngan this 'wife' using nickname la...wah memang dia layan...
SO one day si hubby ni tell his wife that he need to go to JB becoz of kerja la (outstation) dalam 2 day and at the same time juga si hubby yg menyamar rakan chatting wife tadi bgtau nak jumpa si wife ni....di LAYAN beb...
seperti yang dijanjikan mereka berjumpa..opssss sebelum tu mereka dh bertukar gambar yg hubby ni guna gambar kawan dia la dan wife ni plak mmg bagi gmbr dia yg betul. Dengan pertolongan kawannya mereka berjumpa dihotel setelah hotel di BOOKing oleh wife tadi...mulanya mereka ke cafe sembang2 dan lepas tu kawan tadi suruh wife naik dulu kebilik dan dia akan menyusul sekejap lagi sebab ada urusan nak dibuat dulu ....so wife ni masuk ke bilik dan kawan tadi ni berjumpa si hubby  dan tugas pun bertukarlaaaa...
Lebih kurang 3pagi si hubby masuk ke bilik hotel n nampak si wife ni tidur dengan lena dengan pakaian yg seksi bangatttt...memang dia tak sedar ada org masuk ...lampu ditutup dan si hubby ni baring disebelah yg best nye dia siap guna minyak wangi kawan dia skali...bila dah baring disebelah si wife pun tersedar dlm suasana gelap-gelita tu WAH..!!! berlaku lah adegan*******  . dah bila dah selesai tut tut...baru lah si hubby ni bangun dan nyalakan lampu...TERgamam si wife tadi dan her hubby trus continued zzzzzzzz....n he never talk about that 'adegan' pun n si wife tu hidup dengan seribu persoalan ...... tapi mereka masih teruskan perkahwinan kerana si suami masih cinta dan sayangkan si isteri....

APA PENGAJARAN yang korang dapat.....makna nya hidup ni jangan nak mengatalll...je ! JUJUR tu penting lebih-lebih lagi dalam perkahwinan...keseronokan kita kadang mengundang penderitaan pasangan kita - ADA LU PIKIR ke ? FIKIR-fikir kan lah


**SEMOGA BERBAHAGIA dengan PASANGAN ANDA
 dan BUKANnya PASANGAN ORANG LAIN.
(sendiri mau ingat la)

27 April 2010

S.I.C - Bunuh Diri

PELAJAR NAK BUNUH DIRI

Kalau u'll perasan this few days ada kuar dalam news paper pelajar cuba bunuh diri....oh my GUCCI..!
so scareyyyyyy...Apa lah agaknya yang menyebabkan mereka terfikir untuk bertindak macam tu .
One of the reason was BULLY- yes depa kena ejek ngan kengkawan , kena buli....so makna nya budak-budak sekarang ni dah jadi gengster di sekolah....
Kena pulak budak2 yang di BULI ni jenis tak ada tempat nak mengadu ..mak bapak cibuk ngan urusan dunia...urusan luar hingga lupa tanya apa masalah anak kat sekolah...
YA ke...nak salahkan ibu bapa saja?
atau pihak sekolah yang terlepas pandang atau buat-buat tak nampak dengan si pemBULI ini. Macammana plak dengan IBU bapa anak2 yang jadi pemBULi ni ...adakah anak-anak ini belajar dari orang tua mereka ?...

Kalau nak di fikirkan memang pening ... sebenarnya ini tanggungjawab kita bersama...

PETUA @ Anjung

ANAK KENCING MALAM

Bagi ibu-ibu yang ada masalah anak-anak kencing malam penang pening kepala..
Kalau bapaknya yang kencing malam tak apa laaa..he he he
CARAnya :-
1) Ambil satu sudu kecil madu lebah, perah sedikit air lemon
Berikan pada anak sebelum tidur dan pada waktu padi
Amalkan hingga nampak perubahannya.

2) Asah putik kelapa di belakang pasu. Ambil airnya dan sapu
pada ari-ari.
Sabar dan tunggu hasinya.

PETUA @ Anjung

MAKE-up TAHAN LAMA

so bagi yang suka ber make-up selalunya owang pompuan ar...ni nak share camna nak bagi make-up tahan lama....
CARAnya :- sebelum memakai make-up cuci muka terlebih dahulu dengan air mineral selepas itu baru lah ber make-up - insya'allah make-up bertahan lebih lama

SELAMAT MENCUBA

MAK ANDAM

seperti yang telah dijanjikan inilah HASIL dari sentuhan jemari TANIA (nama juru make-up)
Bagi sesiapa yang berminat boleh la klu nak alamat tapi by msg ar ye....

26 April 2010

LAPTOP kesayanganku


Sony vaio

Teman karib yang tak dapat dipisahkan. Tempat ku meluahkan segala yang terfikir oleh benakku.
as a housewife , ramai yang kata tak ada masa untuk belajar benda lain selain dari wat kerja umah..tapi bagi i kalau nak belajar u can do it anywhere n anytime as long as u ada minat n kesungguhan. Alasan tak main...sebab terlalu banyak alasan... u duduk la disitu selama-lamanya.
Tak ada istilah TER lambat..

23 April 2010

SeLAmAt MaLAm

Saje je nak ucap selamat malam...bukan ada apa pun..!
Ni sementara tunggu anak sulong balik tuition ku godek-godek dulu laptop putih ku ini .... nak bersembang tak de lawan jadi aku bersembang la sorang-sorang kat dalam BLOG ni.

SELAMAT MALAM SEMUA.....!!!!!!

PETUA @ AnjUNg

DARAH TINGGI

Ni satu lagi nak share ngN BLOGGER , klu ada sesiapa yang menghidap DARAH Tinggi - boleh dicuba cara ini untuk mencontrol tekanan darah supaya tidak la tak terkawal

Seminggu  kali sahaja ya jangan lebih ...
ambil  1 batang celery (ada jual kt market) ingat 1 batang sahaja
ambil 2 biji carrot
bland kan btg celery dan carrot tadi jadikan jus
seelok-eloknya jangan dicampur air tapi kalau tak ada blander khas utk jus
boleh la masukkan air suku cawan je
 DAH boleh MINUM........

Amalkan seminggu sekali sahaja di ulangi seminggu sekali sahaja tetapi untuk org yg tekanan darah rendah tak digalakkan minum sebab nanti makin rendah tekanan darah anda.

TERIMA KaSiH

 Terima kasih !

Mekasih pada blogger-blogger yg sudi singgah di BLOG ini, dan bertambah banyak kasihnya pada BLOGGER yang sudi mendaftar menjadi ahli @ FOLLOWER blog ini.
TAK TAHU camna nak jadi FOLLOWERs
ok tengok space belah kanan anda ada perkataan FOLLOWERs
clik disitu dan ikut je arahan ...dah siap..
KAN MUDAH...

Terima kasih kerana SUDI follow bagi yang belum tu SUDI-sudikan lah...


S.I.C - AWET MUDA

sEMe owang klu cite pasal cantik ... sah-sah seme nak cantik kan. Ni i nak share some tips bcoz i do care ( Sharing is caring).

Nak awet muda cuba cara di bawah ni tapi klu nak awek muda pandai-pandai la usaha sendiri i tak nak tolong he he he ..sebab i pun dah terkeluar dari katogeri awek muda. OK back to the topic READ this :-

1) MUdah je - ni amalan yang owang-owang tua dolu-dolu selalu amalkan . Bangun pagi sebelum gosok gigi minum AIR SUAM jgn plak air batu cik joyah oiiii.AMALANkan setiap hari jgn la sebulan skali je , lepas tu seminggu skali tu rajin-rajinkan mengurut wajah u'll caranya mula dari dagu ke pipi ke dahi (maknanya urut dari bawah ke atas) guna la minyak zaitun jangan plak ko guna minyak masak yg sisa goreng ikan masin...hah tu ko tanggung la sendiri akibatnya...

CUBA JANGAN TAK CUBA
*tips lain akan menyusul nanti (sabar la ye)

22 April 2010

Free Counters
Free Counters

HA HA HA

Lilypie Trying to Conceive 21 to 37 day cycle tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

SEKEJAP ...

Banyak plak urusan rumah nak diberesin hari ni , juz finis mopping tingkat atas n bawah fuhhh...dulu beriya-iya nak duduk umah 2 tengkat..hah bila dah dapat - cam tak best plak coz bila tiba cleaning time waduhhhh tak sangguppp..
   But what to do.dah ini lah kerjaya sepenuh masaku sekarang , klu dolu-dolu masa kerja kat bank ,bila tension datang rasa dah teruk abis...tapi bila difikir-fikirkan ITU lah masa yang sangat indah.
Time tension ada gak kengkawan yang sengalll hotaknya leh wat aku tersenyum kambing , dan dalam sekelip mata je jadi HAPPY. Kat umah ni lain ko tension ke ko penat ke..pandai-pandai la nak idupp.
Jadi bagi kengkawan yang masih bekerja tu..teruskan lah bekerja selagi terdaya. Seme kerja ada cabaran even u dok kat umah pun ada cabarannya tau, cuma cara nya aje yg berbeda.
Sekurang-kurangnya at d end of d month poket berisi - berbayar jugak kerja2 yang dilakukan...kat umah belum tentu - klu dapat suami yang nak bagi duit poket sama cam gaji yang kita dapat masa keje atau sekurang-kurangnya leh ar wat saving RM100 ke RM200 ke tiap2 bulan ok gak . Klu dapat yang jenis tak de hati perut atau yang duit cukup-cukup tuk belanja dapur tak ke sakitttttttttt...!
Itu yang buat kepala penuh hangin je..nak beli spender pun nak kena tebalkan muka minta duit..klu dapat tak per klu dia kata "alaaaa..spender yg koyak skit tu kan masih bole pakai..bukan adq orang nampak pun" hah apa cite?
Belum tiba bab nak beli make-up atau bedak...jauh skali minyak wangi.., lepas tu sibok complain "asal badan u ni bau bawang..?" pulakkkk....
Dah cam tu jadi lah muka bini tu berkerak tebal seinci, mana x nya cuci muka guna sabun mandi- nak merasa g wat facial jauhhhhhhh sekali.

Fikir-fikirkan lah wahai kaum pompuan camna pun kita jaga diri kita dulu sebelum org lain kita cantikkan diri kita dulu sebelum org lain sbb bila kita sihat dan yakin maka kita akan berjaya menjaga keluarga kita .
Kaum lelaki plak fikirkan lah isteri anda jangan asyik tau nak melawa sorang je...bila bini tak lawa carik peluang intai awek muda yg bergetah...ishhh ishhh ishhhhh...(isteri tu tanggungjawab anda kalau anda beli sehelai baju untuk anda maka dengan harga yang sama jugalah anda patut belikan pakaian untuk isteri anda.)

SELAMAT BERBAHAGIA...

21 April 2010

RELAX...

WEDnesday..sepatutnya lepas sesi pagi anak-anak ummi, kena pula ke sekolah sesi petang Sek Agama la...
Tapi hari ini , bebudak ni di beri cuti atas sebab-sebab yang tak yah la di citekan . Oh seronoknya dapat la ummi berehat skit dari tugas anta mengantar ni. Banyak tip-tip yang dah ummi kuar kan dari koleksi ummi yang dah bertahun terperap dalam file di rak bacaan tu untuk di share kan dengan blogger ..tungguuuu!!!!!

20 April 2010

SUMthing NEW

Since i'm not working anymore, i need sumthing new to change my routine. Be a mom is a good thing but when u juz stay at home alone everyday it BORING..waiting for kidz coming back from school and juz do the same thing everyday ..OH - I NEED NEW LIfe , I NEED New HOBBY .. yes ! writing is my hobby.

BEAUTY @ aNJUNG uMMI

AMALAN salah yang tak kita sedari dalam penjagaan wajah:-

APA yang salahnya? ikuti antara kesalahan yang kita buat tapi tak perasaan pun yang ianya SALAH.
1) MEMAKAI SABUN
-wah bukan main cuci muka tapi guna sabun mandi, alasan ala boleh JIMAT duit...hah !
sebenarnya penggunaan sabun ni hanya akan buat kulit muka dehidrasi, ia hanya akan menghilangkan minyak semulajadi yang diperlukan oleh kulit kita.
*Seelok-eloknya gunalah pencuci muka yang lembut

2) TIDAK MEMBERSIHKAN WAJAH SEPATUTNYA
Macam dah jadi habit ya..bila nak tidur baru nak cuci muka ...
JANGAN buat macam tu sepatutnya lepas dh kuar rumah tu , bersihkan wajah anda dan sapukan juga produk perawatan kulit. Walaupun anda tidak menggunakan make-up, wajah anda masih perlu dicuci.
* Cuci 2 kali sehari pagi dan malam...

3) TAK GUNA KRIM MATA
INI lagi satu...yang kita buat-buat tak perasan sebab selalunya harga KRIM MATA lebih mahal dari harga pencuci TETAPI -
Kena ingat , bahawa bahagian MATA ini lah merupakan bahagian pertama yang menunjukkan penuaan.Produk yang diformulasikan untuk bahagian mata ini mengandungi banyak nutrien yg diperlukan oleh mata berbanding pelembab biasa. JANGAN abaikan bahagian ini , jika tidak akan menimbulkan masalah kantung mata dan penampilan jadi kurang segar.
* Guna 2 kali sehari

4) KURANG MINUM AIR PUTIH
Air putih membantu memecahkan masalah kulit dari dalam. Air mengenyalkan kulit dan membantu perjalanan darah.
*Minum sebelum rasa benar-benar HAUS

5) TIDAK MEMAKAI KRIM PELINDUNG (UV)
Gunakan UV cream ikut SPF yang sesuai dgn keadaan kerja anda.UV Cream dpt melindungi kulit dari kedutan yg datang lebih awal serta jeragat yang mencacatkan penampilan wajah.


SELAMAT MENCUBA

TENGAH carik ....

TENGAH cari mana letaknya tip-tip yang ummi dh simpan tuk dimasukkan ke dalam blog ni..tapi ishhhh kemana pulak pergi benda alah nih. Kejap ar nanti jumpa i'll share the beauty tip in my BLOG. Nak g carik agi ni....

19 April 2010

SiC - MATI PUcuk (ED)

JIKA MaTi PUcUK PErgILah BERubAt

ITU BARU baca tajuknya dah seram sejuk ya..!

Dalam ruangan S.I.C (Sharing is Caring ) kali ni ummi nak share cite tentang owang lelaki plak, depa ni memang susah nak mengaku klu ada penyakit lebih-lebih lagi bab yang ni.
Tapi tak pe ummi harap dengan info yang ummi catatkan disini dapat membantu mereka2 yang rasa ada masalah di atas ,atau pun sekadar langkah berjaga-jaga sebelum TERKENA..!

ED - Erection Disfuntion (erektil disfungsi)

MALU...jgn jadikan sebagai alasan xnk jumpa doktor , kerana kesannya bukan hanya pada si pengidap tetapi juga pada pasangannya terutama bg yg dah berkahwin la..JADI TERUSKAN membaca:-


Secara umumnya, lelaki yg bermasalah ED ni gagal mencapai eraksi untuk bersetubuh dengan pasangannya kerana kekurangan darah yang masuk ke zakar.
Selain faktor usia, gaya hidup juga menyumbang kepada masalah ED . Bg yang suka minum minuman keras, obesiti, selalu tertekan, kurang bersenam dan merokok - LEBIH terdedah kepada masalah ED.
Punca mereka yang menghidapi masalah ED tidak mahu bertemu doktor - malu, takut diketahui oleh org , tidak yakin dgn doktor, ada juga yg takut pasangannya akan meninggalkan nya. Malahan ada yg tak mahu mengaku diri mereka bermasalah kerana EGO. Sepatutnya masalah ED ini patut diselesaikan secara berpasangan dan KAUM wanita memainkan fungsi penting dlm memperbaiki hubungan seksual dengan menggalakkan pasangan mereka berbincang tentang masalah tesebut dgn Doktor. (Maknanya wahai kaum lelaki kalau ada masalah bagitau pasangan anda dan kaum wanita pula berilah sokongan pada  pasangan anda.Bagi yang tak nak buka mulut tu jgn salahkan pasangan anda bila keadaan anda tak dapat di bantu lagi)
Masalah ED sering di kaitkan dengan lelaki yang berumur 40 tahun keatas TETAPI jangan terkejut kerana ED juga dihidapi oleh mereka yang berumur di bawah 40an ...

JADI LAGI CEPAT ANDA bertindak MAKA MASALAH ANDA mungkin dapat diatasi daripada terus berdiam diri hanya akan MEMAKAN DIRI.


petikan diambil dan diubah gaya bahasanya mengikut gaya penulis
METRO AHAD 4 JUN 2006

sharing is caring - BERSIH vagina secara DOUCHing?

SELAMATKAH - BERSIH VAGINA CARA DOUCHING?

WANITA sering menggunakan sabun ATAU cecair pembersih unutk menjaga bahagian "SULIT".
Douching juga boleh digunakan untuk tujuan menjaga bahagian ini.
APA kemende douching tu ek????
Douching - tu maknanyer cara memasukkan air atau cecair pembersih kedlm bah SULIT.
TETAPI...menurut pakar kesihatan, sebaiknya elakkan melakukan 'douching' terlalu kerap , ini kerana jika ia dilakukan terlalu kerap - ia akan menyebabkan pH di dalam vagina menjadi tidak seimbang.
BILA pH dah tak seimbang ia akan menyebabkan bakteria-bakteria 'BAIK' mati, dan mudahlah kuman atau bakteria dari luar memBOLOSI bahagian 'SULIT' .Bila ini terjadi jangkitan bakteria MUNGKIN boleh menular ke organ lain di bahagian atas vagina kita.
Keadaan  macam ni la yang akan menyebabkan wanita sakit bila nak datang haid dan kalau teruk mungkin menyebabkan sukar untuk hamil.
Kajian yang dilakukan di AMERIKA Syarikat juga membuktikan bahawa seorang wanita yang melakukan douching mempunyai risiko yang lebih besar untuk terkena masalah kesihatan berbanding wanita yang tidak melakukanny secara rutin.
So ..apa lagi ..beringat dalam setiap apa yang nak kita buat...!

*info dari MW -jan 2006

18 April 2010

BOWLING @

My gurlz she so happy ar dapat main.



Abang alwiz serius ar ...mat BELIA nie



Gaya cam 'PRO'

Dalam zaman yang sesangat mencabar skunx ni ummi cuba jadi IBU yang terbaik untuk anak-anak ummi, BUT sumtime we still can't read ur kids mind..as a mother ummi cuba memahami mereka dari perbuatan,percakapan dan memek muka ..jika anak pompuan memang agak mudah sebab mereka mudah meluahkan isihati dan apa yang mereka rasa tapi anak lelaki ni SESANGAT berbeza , mereka lebih suka berdiam diri dan kekadang ada air mata di kelopak mata kecil nya..(JGN terlepas pandang) - Kalau nak pujuk suh mereka story kat kita apa yg tak kena jangan harap ar..tapi sebagai ibu kita ada SATU 'NALURI' yang di anugerahkan oleh ALLAH jadi gunakan untuk membaca isi hati mereka ..

17 April 2010

CERITERA-CEriTerI 1

(gambar ini tiada kena mengena dengan cerita hanya sebagai SImBOLIK sahaja)






OH LELAKI ..!

Ada seorang mamat ni dulu hanyalah orang biasa-biasa saja tapi dah rezeki dia - jadi ar dia seorang yang mempunyai pangkat BESAR .Bermula la episode tragis mayB bcoz of the KEzuTAN Budaya kot.
         Isteri yang ada dirumah lupa nak diberi PErhaTIAN..kerana sibuk melayan kemanjaan PURa-PuRA Secretas yang berstatus isteri orang di pejabatnya. KeAyuan isteri dah x nampak agi ar seme yang isteri buat nampak x kena dan buruk nye aje dan apa saja  yang si Secretas tu lakukan adalah yang terINDah di hati dan MAtanya ..ye lah orang tengah ANgAu.
         Nak dijadikan cerita si Isteri ni dapat a tahu tentang PERcinTAan si suami .. agak-agaknya apa yang berlaku..?
         Semuanya kembali pulih seperti biasa, walaupun HATI si ISteRi ni telah BerKEcai. Tapi itulah sifat TERpuji seorang wanita - sentiasa mendahulukan kepentingan dan kebahagian orang lain sebelum DIriNYa. Si Isteri ini berusaha sedaya-upaya menjadi yang terbaik untuk si suami dan si suami pula bersikap eksen dan ego buat BIASA-BIASA je dengan si ISteri.
          Dalam diam-diam rupanya ada seorang lelaki yang sering terlihat SI IsTerI ini dan rupanya sedang memendam perasaan dengan siISTeri yang dianggap x punya keISTimewaan dan TAK diBEri Perhatian oleh si SUamI. Si LeLaki MisterI ini pula melihat si Isteri yang X dihargai tadi dengan nilai yang cukup ISTimewa bila dibandingkan dengan IStERinya yang jarang-jarang menguruskan keperluannya dan yang tidak tahu mengurus diri dan tidak mahu bergaya. HUH ! begitu pula ya pandangan orang lain terhadap si ISterI yang SI Suaminya Sedang sibuk memuji dan meliHAt kelebihan milik orang lain dan tidak menghargai apa yang di MikILinya.
          Agak-agaknya yang terjadi ?????????????

          Si Lelaki msteri ini kerana terlalu meminati dan memuja si Isteri yang tidak dihrgai oleh suamiNya tadi, akhirnya menghubungi si Isteri yang tidak dihargai oleh suaminya LALU meluahkan perasaannya. Apa agaknya REAKsi siIsTEri yang tidak dihargai oleh suaminya ek?

           TAnpa putus asa dan dengan kekaguman yang sungguh tebal terhadap siISteri yang tidak dihargai oleh suaminya ini ,si lelaki misteri ini setiap hari menghubungi siIsteri yang tidak dihargai oleh suaminya itu dan memberi kata pUJIAn dan sering bertanya Khabar pada siISTeri yang tidak dihargai oleh sisuami tadi. BAGAIMANA perasaan seorang isteri yang memang dahagakan pujian bila orang lain pula yang memberi pujian dan menaya khabar tentang dirinya setiap hari ? Adakah dia gembira? Adakah dia rasa dihargai?

            Dalam masa yang sama siSuami sibuk memberi kata pujian pada sekretas di kantornya yang mana si secretas ini pula apabila dirumah tidak menjaga keperluan suaminya malahan suaminya pula yang menyediakan makan dan minumnya. (Itulah kehidupan - kita selalu lupa untuk menghargai apa yang kita MILIKI)

             Apa agaknya yang terjadi pada siISteri yang tidak dihargai oleh suaminya , bila dirinya diberi perhatian oleh orang luar? Cair x hatinya ...


Pening ker BAca cerita ni..saja je tapi nampak tak apa kesan dari perbuatan siSUami dan bagaimana Pandangan SEtiap orang tidak SAma.

**Lihatlah pasangan kita dengan kasih-sayang dan sayangi mereka kerana JIKA kita leka memuja dan mengejar yang lain PASTI suatu hari nanti APA YANG KITA miliki diSAMBAR!!!!

16 April 2010

SAmbAl TahI MInYak

Menu masakan hari ini SAmbAL Tahi MInyAK. Nak tahu ini lah masakan pure dari orang-orang lama Melaka. Tak la susah mana nak memasakyer. Masa 1st blajar rasa cam temeh je tapi bila dah cuba kali ke 2 dah PRO ar. Bahan yang penting kena ada ialah TAHI Minyak tu ar. kedua cili bland , bawang , arrhh jangan lupa PETAI, Belimbing bosi (yg kecik tuh) ...klu nak lagi sedap masukkan Kupang atau Pucuk Ubi kayu fuhhh ..TEraNgkat cakap lu.

15 April 2010

LUNCH @

Today is rest day di Melaka - so i pun amik ar cuti memasak 4 2 day .
Lunch di Jusco Bandaraya @  masakan babaNyonya boleh bagi 3 star for d FOOD ,itu ikut tekak i ler, orang lain i tak tahu ar nak tahu boleh cuba sendiri ke Locales cafe  di aras bawah di JUSCO Bandaraya di Melaka ..mungkin ada juga branch lain di bandar-bandar lain tapi tak pula teringat nak tanya tadi.

Lepas makan round kejap layan telatah anak2 yang bujang tu apa lagi tambah koleksi toys nyer la dan yang anak dara kenit tu plak klu abang dah beli dia mana boleh TIDAK.

I pun nak juga satu barang he he he ...x mahal sepasang KASUT jerk. Masa muda-muda dulu fashion ni dah ada n now dah kuar semula jadi bila disarung ke kaki terasa cam MUDA smula ar ..ha ha ha .

BUDAK BARU belajar

Nak menghias blog ni klu x reti ada jugak pauyah nyer..tapi x per i'll try till i can complete this BLOG like a pro ..huh ! cam eksen jek bunyi nyer , mesti orang dengar kata "ish ..poyo ar ummi ni", tapi - ADA aku kisah ! he he he .
Ya lah i don't have IT backgrd and my hubby was not layan my hobby but i DON't care , apa yg aku tahu aku nak ..nak ..nak JUGAK.
Tk per start dr bawah dari x start langsung .mana ada seme benda kita pandai or trus pandai..like a baby - BARING,MERANGKAK,Bertatih,bru lepas tu berjalan ..tu pun kekadang jatuh- bangun- jatuh- bangun .SEMANGAT baby skunx was inside my BODY.

SHE wolf

Sekarang i do crazy about NOah @ She Wolf  @ TV3 every mon - Thu 3pm. Walaupun ni kisah cinta tapi yang best nya cinta terpendam dan tersimpan oh so touching ar. The best part was NOAH ..he so so so handsome ..with a so nice body.
Sapa kata pempuan tak suka tengok lelaki yang badan sasa dan muka handsome cuma kaum wanita ni jenis yang suka memendam dan tak suka menyakitkan hati pasangan mereka lebih-lebih lagi klu yang dah berkahwin like me.
Baiknya hati wanita ni ye..klu lelaki ar depan kita pun dia slamber kodok je jeling kat awek seksi yang lalu depan dia ek without thinx about our feelling lolx . But it's ok WANITA/PEREMPUAN/GADIS  or wat ever names d guys call us kita tetap punya jiwa dan hati yang KUAT and MURNI .
BAck to She Wolf - bila free cuba ar tgk and feel the actor n actress feelling ...i just can say ..OH !

14 April 2010

KERETAKU


Inilah kereta ku.
-amacam dasat x? skali jeling cam kereta orang muda kan. Sebenarnya suamiku memang giler 'make-up' kereta . So kereta kenari merah ni pun jadi one of the experimen nye la. Mula2 dulu aku selalu hangin juga sebab rasa cam membazir duit je wat seme tu tapi lama kelamaan - aku mengalah je ar...asalkan dia bahagia dengan HOBInya dan tiap2 bulan bahagian aku dan anak-anak x pernah MISSSS.

OH it's me

HI..i wati tapi boleh ar panggil 'ummi' - writing is like a 'habit' to me , don't know Y tapi i x boleh duduk diam tanpa thinking of sumting to jot down on the paper..dulu i mesti simpan satu buku sekolah untuk buat satu catitan aktiviti i setiap hari dan apa yang i nak buat esok hari nya..tapi masa berlalu dan seme benda semakin canggih, bila i dah start fall in love with this white sony laptop i'm thinkin Y not i tulis je my aktiviti i dalam BLOG.
BERmula la AnjungUMMI.
Emm nak tahu kenapa "AnjungUMMI" ?
ok UMMI adalah panggilan anak-anak i yang comel tu pada i dan juga panggilan PAPAnya pada i dan Anjung tu kira like a place 4 orang lepak depan rumah and chat ar..
Mungkin ada yang pening dengan bahasa yg i gunakan tapi bukan tujuan untuk merosakkan bahasa cuma ia lebih sempoiii dan 4 me it's fun ..
Di lahirkan pada tahun 74 so u can panggil ummi or kak ummi pun boleh apa-apa aje la..janji selesa.Nama sebenar macam i bgtau kat atas tadi.