27 December 2013

INFO : cara mengajar anak kecil *mengajar vs Menguji

Mengajar vs menguji.

Apa beza antara mengajar dan menguji?
Ramai ibu bapa yang saya jumpa, lebih gemar menggunakan kaedah menguji. Apabila diberi mainan, maka si ibu pun mulalah menguji anaknya ‘Bagi mak cawan’ ‘Mana sudu?’ ‘Ni apa dia ni?’ ‘Tengok kakak buat apa tu?’ ‘Ni siapa dia ni?’
Kebanyakkan ayat yang keluar dari mulut ibu @ bapa adalah dalam bentuk ayat tanya dan arahan.
Secara psikologinya, si ibu @ bapa nak membuktikan kepada saya bahawa anaknya boleh faham, boleh sebut perkataan-perkataan tertentu atau sekurangnya boleh meniru sebutan. Selain itu, ibu bapa juga mungkin beranggapan bahawa memang begitulah caranya untuk mengajar anak bercakap.
Menguji anak adalah perlu apabila kita nak memahami tahap kebolehan @ kemahiran anak. Sama seperti peperiksaan sekolah seperti UPSR, PMR & SPM. Tujuannya adalah untuk menentukan tahap pencapaian akademik pelajar.
Berbeza pula dengan konsep mengajar. Ia memakan masa, kesabaran, ulangan berkala, pengalaman, pemerhatian, kepelbagaian strategi dan sebagainya.
Begitu juga dengan mengajar anak-anak bercakap. Ayat penyata adalah lebih mudah diterima oleh anak. Ini kerana anak lebih rasa selesa, tidak rasa diuji oleh ibu bapanya sendiri. Sekiranya anak tersilap sebut sekalipun, dia tidak perlu nak berasa kecewa kerana telah salah. Berbeza dengan konsep ujian yang mesti ada ‘bagus’ atau ‘corot’.
Contohnya jika nak ajar anak sebut anggota badan, maka sebutkan ayat penyata saja. ‘Ni mata mama. Mata mata adik. Ni mata baby.’ Tunggu dan lihat respon anak. Kemudian ulang lagi sekali, ‘ni mata mama, ni mata adik, yang ni, ………(tunggu beberapa saat) (kalau dia tak sebut juga baru sambung) mata baby’
Selalu yang saya jumpa, si ayah terus tanya, ‘mata mana mata?’ ‘Ni la mata.’ ‘Mata mana mata?’ Ajar sekali saja, dah terus test anak dia. Akhirnya si anak rasa susah, rasa tak minat dan hilang tumpuan.
image
Kesimpulannya, banyakkan ayat penyata semasa mengajar. Ayat tanya hanya untuk menguji sahaja.
Hubungi sms @ whatsapp 0133109701 untuk mendapatkan slot speech therapy di Ruby Speech Therapy, sungai petani.



***kredit to RUBY SPEECH THERAPY




25 December 2013

Apa itu Viral Croup ( sering menyerang bayi dan kanak)


**kredit to blog http://mamamunie.wordpress.com 

dimana ibu ini mengalami sendiri situasi mendebarkan apabila anak kecil beliau berada dalam keadaan kritikal akibat serangan Viral Croup . Jom kita lihat dan kenali apa itu VIRAL CROUP . Uols boleh baca kisah tentang ibu dan anak ini di Link di berikan nanti ye.

Viral Croup – Simptom, Cara Merawat & Cara Mencegah



2 Votes

Merujuk pada komen2 pada post saya tentang ini< http://mamamunie.wordpress.com/2013/05/18/kerana-viral-croupanakku-kritikal />, ramai juga ibu-ibu yang prihatin dengan memberi maklumbalas supaya diterangkan dengan lebih terperinci tentang penyakit ini. Thanks ibu-ibu semua! Banyak kebaikan yang saya dapat daripada komen-komen anda. Saya sangat menghargainya. Walaupun ada komen yang tak sempat saya balas, namun saya membaca kesemua komen dengan teliti. Jadi, saya buat post ini supaya anda semua dapat tahu lebih lanjut dan dapat menghadapi dengan baik jika perkara ni berlaku terhadap budak lain. Melalui pencarian saya di google dan sebagainya, tak banyak artikel mahupun perkongsian perkara ini dalam Bahasa Melayu. Mungkin penyakit ni belum popular di Malaysia. Saya sendiri pun tak pernah dengar tentang penyakit ni sampai la bila dah tertimpa atas batang hidung sendiri, kalut la saya mencari maklumat. Dan hal ni menguatkan lagi semangat saya untuk buat post ni! Yes!!! go Mamamunie go!!!hahaha.
Apakah itu Viral Croup?
Viral croup jangkitan atau keradangan pada saluran pernafasan atas hingga menyebabkan pembengkakan pada kerongkong. Pembengkakan kerongkong ini akan mengganggu pernafasan anak anda sehingga menyebabkan suaranya parau dan batuk yang berbunyi seperti salakan anjing (barking cough). Simptom ini akan lebih teruk lagi di malam hari dan apabila anak anda menangis. Suaranya akan kedengaran seperti tersekat sekat. Selalunya pesakit akan dirawat dengan menggunakan steroid dan, epinephrine (adrenalin) akan digunakan jika anak anda berada pada tahap kesakitan yang serius.

Nampak tak pembengkakan saluran pernafasan dalam gambar ni? Bengkak yang serius boleh menutup terus laluan udara/oksigen.Sumber gambar : http://www.childrensdayton.org
Tanda/Simptom
1)Batuk yang kedengaran seperti bunyi anjing
2)Demam panas melebihi 38.5 darjah celcius
3)Mata kelihatan layu dan tidak bermaya
4)Anak nampak kurang aktif
5)Bibir kering dan pucat/ nampak kebiruan
Punca & Penyebab
Kebanyakkan croup berpunca daripada jangkitan virus parainfluenza type 1 dan 2.  dan hanya kira-kira 25% kes berpunca dari bakteria. Masa Luqman kena croup ni doktor ada tanya duduk kawasan mana dan ada sebarang proses pembangunan ataupun ubah suai rumah. Saya cakap, YA. Doktor cakap debu dari simen juga mungkin menyebabkan berlakunya croup ini.
Tahap Penilaian Viral Croup
Tahap penilaian ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu ringan, sederhana dan berat. Dulu Luqman dikategorikan dalam bahagian berat(severe).
Ringan – Croup yang ringan hanya menunjukkan tanda demam dan batuk yang berbunyi seperti anjing.
Sederhana- Demam, batuk seperti anjing, dada masuk ke dalam setiap kali bernafas. Pesakit masih boleh bercakap.
Berat- Batuk sudah tidak kedengaran, pesakit hampir tidak sedarkan diri, bibir bertukar kebiruan, demam yang tinggi, suara tidak kedengaran (dah tak mampu cakap). Croup berat hanya dialami pada 1% kanak-kanak yang mengalaminya, dan Luqman salah seorang.
Cara Merawat
Anda sebagai ibu bapa kena pastikan anak anda berada dalam keadaan yang sangat selesa, berusaha agar dia tidak menangis dan tenangkan anak semasa dia mengalami kesukaran bernafas semasa doktor sedang merawatnya. Kanak-kanak ini akan diberi rawatan dengan menggunakan steroid dan adrenalin. Mereka juga akan diberi bantuan pernafasan iaitu oksigen jika paras oksigen didalam darah kurang dari 92%.
1)Jangan biar anak anda tidur bersendirian walaupun batuk croup dia tidak serius kerana croup boleh menjadi serius pada bila-bila masa sahaja tanpa anda sedari.
2)Dapatkan rawatan kecemasan dengan segera jika anak anda yang diserang Viral Croup turur menunjukkan tanda tanda kesukaran bernafas, kencing yang sedikit, enggan makan atau minum, dan bibir yang kebiruan.
3)Pastikan anak anda minum banyak air. Dia tak nak makan tak apa. Jangan paksa. Cuma pastikan air diberi dengan cukup. Beri anak minum air glukos atau air kelapa muda yang boleh memberi tenaga dan kesegaran kepadanya. Namun pada croup peringkat teruk sehingga susah untuk minum, mungkin doktor akan pasang drip untuk masukkan air.
Cara Pencegahan
Kebanyakkan viral croup boleh dicegah sekiranya anak anda mengambil vaksin Influenza dan Diphteria. Luqman tak pernah ambil vaksin ni. Mungkin bagi sesiapa yang anaknya dalam lingkungan umur 6 bulan hingga 6 tahun boleh ambil vaksin ni sebab Viral croup amat kerap terjadi pada kanak-kanak usia begini. Namun, bagi sesiapa yang anti vaksin, saya harap anda tidak menghantar komen yang menghentam saya dan ibu bapa lain yang memilih untuk memberi vaksin kepada anak mereka, DAN ibu bapa yang vaksin anak pula tolong jangan hentam ibu bapa yang memilih untuk tidak vaksin anak mereka kerana semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak masing-masing. Terpulang kepada cara masing-masing mencari, mengumpul dan mentafsir maklumat.
Sekian, Terima Kasih.