25 May 2014

AKU YANG DULU BUKAN LA YANG SEKARANG

Aku yang dulu bukan la yang sekarang
Dulu ku leka sekarang alhamdulillah 

Dulu klu sopinx nak g Pavillion aje
tecso Mydin pandang sebelah mata je
Makan nak dalam Restoran
Kaki lima jangan nak berangan 

Pakai baju Tshirt sendat singkat-singkat
Perabih duit beratus untuk sehelai tshirt ketat
Terasa diri sangat hebat 
padahal pakai kejap dah tak muat 














Tiap-tiap bulan mesti sopinx je
Konon ikut fesyen semasa
Padahal fesyen tah hape-hape
Syok sendiri dok kumpul dosa


Berkumpul ngan kawan-kawan 
fasyen baru topik utama
ko beli brand apa
berapa harganya ?

Pakaian yang tak de brand 
jangan klua rumah 
pakai waktu tidur atau memasak je
oh.. berlagak nya 
aku dulu bukan la yang sekarang 

Baju cantik..handbag mahal
dari atas sampai bawah 
tapi hati masih tak puas
Ku tanya apakah ????

Mungkin Allah sayangkan aku
Di kirimkan teman2 baru 
membuka mata ku
Bahagianya bukan Harta beribu 
Tapi iman serta jalan hidup baru.

Ku temui satu jalan 
asalnya nampak sukar
Tapi hati terus melonjak
Ingin jua ku tempuhi

Ku lalui hari2 baru 
sedikit demi sedikit 
Aku tak rasa malu 
walaupun ada yang menyindir

Baju sendat ku bungkus 
Ia bukan milik ku lagi
Jenama luar negara 
tiada erti lagi bagiku

Aku kini bukan la yang dulu 

Hidupku lebih tenang 
walaupun ada orang kata 
aku pakai baju kembang 
sesuai untuk ziarah orang mati 
kesian kat  dia... bukan kat aku 

Aku dah tak peduli
Ini yang memberi aku 
KETENANGAN 
dan inilah keselesaan 
SEBENAR.

Aku yang dulu bukan la yang sekarang
Dulu ku leka sekarang alhamdulillah 

Syukur...syukur...syukur...
Padamu YA ALLAH
kerana memberi aku peluang .








20 March 2014

APA CERITA ?

Dah lama juga ummi tak menjengguk ke anjung ni, agak bezey dengan assignment ... APA ??? ummi ada assignment ??? huhuhu jangan tak tahu ummi pun masih memburu ilmu , walaupun usia dah 40 tahun tau..


Bidang yang ummi pelajari sekarang berkait rapat dengan BLOG dan pemasaran , nak tahu apa yang ummi belajar dan di mana ? 
okey la meh cni ummi kongsikan dengan korang , mana lah tahu kan kot2 ada yang sedang mencari2 bidang untuk di ceburi atau pun sedang cuba menambah sebanyak mungkin ilmu perniagaan serta blogging ni. 

PROFESIONAL DIPLOMA IN INTERNET BUSINESS & SOCIAL MEDIA STRATEGY
DI OUM(OPEN UNIV MSIA) DENGAN KERJASAMA IKSB (IRFAN KHAIRI S/B)

   inilah bidang yanng ummi sedang ceburi sekarang , kembali ke meja blaja tidak jadi halangan walaupun usia sudah 40 tahun , apa yang penting ialah semangat dan TUJUAN kita untuk memajukan diri serta menambah sebanyak mungkin ILMU.

anak2.. , yang masih tercari2 apa yang perlu di buat.. elok la tinjau2 kursus ini , mana tahu ia sesuai untuk anda. Yang mak-mak atau abah-abah pun tak jadi masalah .. JANGAN JADI KAN USIA HALANGAN UNTUK ANDA MELANGKAH KE DEPAN 


http://brageniebra.com/blog/tips-bina-keyakinan-diri/



jOM tinjau dan dapatkan info cantik, sihat dan yakin untuk warga HAWA di www.brageniebra.com/blog. 


ummi chaaauu chinnn chauu dlu 
kbaiiii !!!! 
muahhh !!!







27 February 2014

WANITA PERU TAHU - 12 JENIS PENYAKIT BAHAYA









JENIS-JENIS PEMERIKSAAN KESIHATAN UNTUK WANITA


**kredit pada ->>>http://brageniebra.com/blog/ 
 (uols boleh kehttp://brageniebra.com/blog/   untuk lebih banyak info2  kesihatan  & kecantikan )

   Sebagai wanita kita seringkali terdedah kepada risiko penyakit. Umur muda juga tidak terkecuali berisiko terhadap penyakit2 yang seringkali menghantui kaum wanita. Oleh itu, amat penting semua yang bergelar WANITA melakukan beberapa pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali atau dua tahun sekali mengikut usia anda.
 Berikut kami kongsikan jenis-jenis pemeriksaan kesihatan yang  wajib di lakukan oleh wanita:
1) Pemeriksaan Secara Klinikal Payudara
Pemeriksaan  payudara adalah pemeriksaan yang dilakukan doktor  untuk mengetahui adanya perubahan atau kelainan pada payudara. Menurut  American Cancer Society Susan G. Setiap wanita wajib menjalani  pemeriksaan ini. Bagi wanita usia 20 -39 tahun sebaik-baiknya menjalani  pemeriksaan secara klinikal payudara sekurang-kurangnya tiga tahun sekali dan bagi  wanita berusia 40 tahun keatas, pemeriksaan  payudara harus  dilakukan sekurang-kurangnya 1 tahun sekali.(pemakaian bra yang sesuai dapat membantu anda menjalani hidup yang lebih selesa sepanjang hari)
2) Mamografi
Mamografi adalah pemeriksaan payudara menggunakan sinar X yang dapat  mengesan kelainan pada payudara dengan tepat. Wanita di atas usia 40 dan yang mempunyai sejarah barah payudara  dalam keluarga wajib melakukan ujian mamografi sekurang-kurangnya sekali dalam  satu atau dua tahun. (* untuk pemeriksaan mamografi anda boleh mengambil borang untuk pemeriksaan secara percuma di hospital berdekatan dengan anda atau anda juga boleh bertanya kepada doktor anda berkenaan perkara ini)
3) Pemeriksaan Kadar Kolestrol
Untuk mencegah penyakit jantung dan penyakit kronik yang lain,  penting bagi wanita untuk melakukan pemeriksaan kadar kolestrol.  Pemeriksaan kadar kolestrol boleh dilakukan dari usia 20-an, sebaiknya  dilakukan lima tahun sekali. Pemeriksaan kadar kolestrol dapat dilakukan  secara berperingkat iaitu dengan pemeriksaan darah. Paras ideal adalah 200mg /  dL (miligram per desiliter).
4) Pemeriksaan Tekanan Darah
Pemeriksaan tekanan darah perlu  dilakukan sekurang-kurangnya dua tahun sekali. Tekanan darah tinggi sering  disebut sebagai ‘silent killer’, jika jarang diperiksa ianya mungkin akan menjadi penyebabkan  kepada serangan jantung dan stroke. Anda  juga bolehmembuat pemeriksaan tekanan darah ini di rumah  kerana sudah banyak farmasi yang menjual mesin pengukur tekanan darah. (tetapi amatlah digalakkan agar anda membuat pemeriksaan tekanan darah ini dengan pemantauan dari doktor terlatih)
5) Pemeriksaan Gula Darah
Wanita wajib melakukan pemeriksaan gula dalam darah setiap tiga tahun sekali dan bagi yang lebih berumur adalah lebih kerap  . Bagi yang mempunyai masalah diabetes  diwajibkan melakukan pemeriksaan sebelum mencecah 45 tahun. Jika  hasilnya 100 mg/ dL atau lebih maka boleh dikatakan anda terkena  diabetes atau masalah diabetes.
6) Body Mass Index (BMI)
Body Mass Index (BMI) adalah sebuah ukuran berat terhadap tinggi badan.  Nilai BMI mengklasifikasikan tubuh Anda termasuk dalam kategori  kurang berat badan, normal, berat berlebih atau obesiti. Berat badan berlebihan dan obesiti membuat Anda mudah terkena  penyakit jantung, diabetes termasuk stroke.
7) Pemeriksaan Kulit
Barah kulit adalah penyakit yang paling sering terjadi di antara  penyakit barah lainnya. Menurut American Cancer Society, lebih dari 2  juta orang Amerika dikesan menderita barah kulit setiap tahun.  Untuk hindari hal tersebut, jangan lupa membuat pemeriksaan   kulit sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengalami masalah pada kulit.
8) Pap Smear
Pemeriksaan ini dilakukan untuk mengesan barah serviks (barah pada  pangkal rahim). ujian pap smear dilakukan setelah tiga tahun aktif  berhubungan seksual atau pada usia 21 tahun. Bagi wanita yang mempunyai  anggota keluarga yang terkena penyakit HPV atau barah rahim harus  mengikuti arahan doktor mengenai pemeriksaan selanjutnya.
9) Kolonoskopi
Menurut National Cancer Institute, sebahagian besar wanita mengidap  penyakit barah usus. Barah  usus (barah kolon) menduduki ranking  keempat setelah barah kulit, payudara dan paru-paru. Kolonoskopi  merupakan pemeriksaan menggunakan kamera untuk melihat keadaan usus  besar adakah barah atau polip. Pemeriksaan ini wajib dilakukan  setahun sekali dan sangat dianjurkan bagi wanita yang berumur 50 tahun  atau lebih tua, kerana penyakit ini sering terjadi di usia tua.
10) Tiroid Test
Tiroid Test juga amat penting  bagi wanita untuk melakukan pemeriksaan  secara teratur  untuk memantau paras hormon yang dihasil tiroid. Pemeriksaan ini berguna  mengukur paras hormon yang dihasilkan tiroid.
Menutur American Thyroid Association, 88 % wanita di Amerika  didiagnosa mengidap penyakit ‘graves’ (merupakan bentuk dari  hipertiroid). Sementara 95% wanita di Amerika mengidap penyakit  ‘Hashimoto thyroiditis (bentuk dari hipertiroid). Menurut ahli tiroid,  Mary Shomon, penyakit tiroid biasa menyerang wanita berusia 60 tahun.
11) Bone Mineral Density (BMD) Test
Osteoporosis adalah dimana keadaan tulang menjadi lemah dan mudah pecah. Ini disebabkan ‘loss bone’ yang terjadi pada wanita  setelah menopause. BMD test atau pemeriksaan tulang dilakukan  menggunakan sinar X yang mampu mengukur mineral pada tulang dan  mengesan osteoporosis. Pemeriksaaan disarankan bagi yang berusia 60 tahun dan  keatas.
12) Dental Checkup
Menjaga kebersihan gigi dari bakteria membuat senyum Anda kelihat lebih  menarik dan dapat mencegah terkena penyakit jantung. Bakteria di dalam  gusi dan gigi dapat meningkatkan tompokan flug yang dapat menyebabkan  serangan jantung atau stroke. Rajin memberus gigi dan berjumpa doktor gigi  dapat membantu memastikan adanya gejala barah mulut dan tenggorokan.
Lawati www.brageniebra.com – ( untuk info lanjut tentang pemakaian bra yang memberi anda keselesaan sepanjang hari)
1267749306272123201013

15 February 2014

Cyst (sista) boleh di rawat

Nak sambung lagi kesah Cyst (sista)

Pada yang telah di kesan ada sista jangan risau , tapi jangan abaikan ye. Perlu dapatkan pemeriksaan berterusan utk pastikan ianya hanya cyst(sista) dan bukan cancer.

ummi nak share sedikit info dibawah :

Laparoskopi rawat sista 


Oleh NORAINON OTHMAN
Pembedahan laparoskopi atau juga disebut pembedahan lubang kunci ialah pemeriksaan melalui parutan kecil pada dinding abdomen.
Sekurang-kurangnya satu lubang tebukan dilakukan bergantung keadaan dan tebukan biasanya dilakukan di pusat bagi memasukkan kamera. Tebukan juga boleh dilakukan di bahagian iliak (pinggang) atau lumbar (bersebelahan ari-ari). Ia dilakukan sebagai alternatif kepada pembedahan melalui parutan yang besar.
Perunding Perbidanan dan Sakit Puan Pusat Perubatan Tropicana, Dr Arifah Mohd Amin berkata kebanyakan pembedahan dilakukan bagi masalah pembengkakan kilang ovari (`cyst' atau sista) atau pada rahim.

Kehadiran sista di ovari setiap bulan adalah normal, namun ada juga yang boleh membawa gejala bahaya. Terdapat dua kategori sista iaitu tidak bahaya (benign) dan kanser (malignant). Gejala dialami bergantung kepada jenis sista terbabit.
Foto
KAEDAH laparoskopi membantu pesakit cepat sembuh.

Antara gejala yang memerlukan pembedahan segera adalah kesakitan yang akut (acute pain) yang boleh juga disusuli dengan loya atau muntah dan pitam.

Sista yang hadir setiap bulan sekitar haid digelar ‘functional cyst.’ Jenis ini tidak membawa sebarang gejala atau tanda. Ia tidak bahaya dan akan hilang dengan sendiri.

‘Endometriosis’ atau ‘polycystic ovaries’ adalah di antara sista yang juga tidak bahaya tetapi selalunya berkaitan dengan masalah kepayahan untuk hamil akibat ketidaksuburan. `Endometriosis’ boleh hadir dalam bentuk tumbuhan kecil (spots) atau sista. Sekiranya pembedahan dilakukan kepada ‘endometriotic cyst,’ kandungannya adalah kumpulan darah lama.

“Sejenis lagi sista yang biasa berlaku kepada wanita muda adalah ‘dermoid cyst’ dan kandungannya adalah kumpulan lemak, rambut, gigi atau tulang. Kebanyakan ‘dermoid cyst’ tidak dapat dikesan sehinggalah saiznya agak besar dan menyebabkan sedikit ketidakselesaan,” katanya.

Dr Arifah berkata, kebaikan prosedur laparoskopi melebihi pembedahan biasa kerana ia membolehkan pesakit cepat sembuh dan kembali ke aktiviti harian seperti biasa dan waktu berada di hospital selepas pembedahan juga boleh dikurangkan. Ini disebabkan parut yang kecil dan tempoh sembuh yang cepat. Jangkaan tempoh sesuatu pembedahan laparoskopi bergantung kepada prosedur yang dilakukan dan beberapa faktor lain.


Cara mengetahui kehadiran sista:


  • Ia mungkin berlak u secara kebetulan ketika pesakit melakukan pemeriksaan dengan pakar sakit puan. 
  • Perut buncit.
  • Sakit di bahagian bawah abdomen – sista yang pecah dan bocor boleh menyebabkan kesakitan. Pembedahan perlu dilakukan segera bagi menyelamatkan bahagian ovari lain yang masih baik.
  • Haid tidak teratur, sakit ketika haid atau ketika melakukan hubungan kelamin.
  • Tekanan pada pundi kencing yang menyebabkan kerap kencing atau kencing tidak lawas.
  • Hilang selera makan dan berat turun dengan mendadak bersama buncit di bahagian abdomen (antara tanda kanser ovari).


    Menurutnya, walaupun tidak ada cara yang pasti untuk mencegah pertumbuhan sista, pemeriksaan secara berkala tetap adalah satu cara untuk membantu memastikan perubahan dalam ovari didiagnosis seawal mungkin.

    Di samping itu, seseorang itu perlu peka kepada perubahan dalam kitaran haidnya, termasuk sakit atau turutan yang tidak teratur. Berbincang dengan pakar mengenai perubahan ini supaya rawatan susulan boleh dijalankan sewajarnya.
    Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/29
  • CYST atau SISTA - WANITA perlu tahu !

    N3 kali ini ummi nak share tentang CYST atau dalam bahasa melayunya sista. Kalau ada yang pernah baca dulu ummi ada ceritakan yang ummi dikesan punya ovari sista waktu preggy iaitu dalam usia kandungan 4bulan.. So ketika itu kata doktor ummi tak perlu risau kerana ia akan hilang apabila usia kandungan berusia 6 bulan . Alhamdulillah seperti jangkaan doktor memang ianya hilang ketika pemeriksaan kandungan dilakukan pada usia kandungan ummi 6bulan . Lega rasanya !. Kata doktor lagi jika pada usia 6 bulan itu sista utk masih ada dan membesar ia perlu di buang .

    Semalam ummi pergi membuat pemeriksaan kesihatan setelah agak setahun ummi rasa kurang selesa di bahagian perut sebelah kanan . Dalam hati terasa bimbang sebab apa yang ummi rasa sewaktu mengandung dan di kesan ada sista di ovari kanan , kini *rasa* yang sama ummi alami. Satu lagi perkara yang buat ummi benar2 risau ialah Semakin hari perut ummi semakin besar .. mungkin peningkatan berat bertambah tetapi tidak seperti biasa jika berat bertambah perut akan buncit selari dengan pertambahan berat badan tapi dalm kes ini perut ummi buncit seperti sedang mengandung 5 bulan . Ia juga di ikuti dengan rasa kembung dan bisa2 di kawasan ari2 serta paling sakit di bahagian kanan perut . Malah ada kalanya ia teramat sakit secara tiba2 apabila ummi pusingkan badan.. Walaupun sakitnya tidak berpanjangan atau berlaku hari2... tetapi ia agak mengganggu aktiviti seharian apabila ia berlaku .



    Oh ya kita sambung bab jumpa doktor semalam tu .
    Selepas membuat scan doktor kata ada semacam air didalam perut ummi yang merisaukan doktor sebab terlalu banyak. (????????) dan nampak ovari ummi bengkak(?????) bila doktor cakap camtu ummi lagi la risau (hehehe) . so doktor buat pemeriksaan dengan memasukkan camera (tah apa nama alat tu dlm bahasa doktor) kat mana masukkan camera tu ? (paham2 sendiri la) - Selepas tu baru lah doktor dapat pastikan punca air (?) yang doktor nampak masa sesi scan tadi.. *( air itu sebenarnya DARAH.. ) dari mana datang darah tu? ermm rupanya darah tu datangnya dari telur yang *pecah* .. bukan telur ayam ye .. agak susah nak memahami nya kan.. ummi pun 2-3 kali juga la tanya doktor sebab mmg tak paham. Seb baik doktor tu penyabar dan explain kan dengan detail wpun hingga sekarang ummi paham 60/70% je dari apa yang doktor tu cakap.



    Kata doktor ovari kanan bengkak lebh kurang saiz 2.8cm so tak la besar mana.. dan tak bahaya pun.. tapi yang bab DARAH tu kata doktor jika kedua2 ovari berlaku nya pendarahan - Operation perlu di lakukan segera.. So dalam kes ummi ni hanya sebelah sahaja ovari yang BERDARAH cuma bezanya ia agak banyak dari kebiasaan nya. Kata doktor lagi punca ialah dari TELUR yang biasanya akan pecah dan mengeluarkan darah sedikit sahaja cuma dalam kes ummi ni ia pecah dan berlaku pendarahan yang banyak (*punca sakit di perut - ari2 & sblh kanan perut) TELUR tu ia telur dari si suami yang berada dlm ovari yang masih aktif(subur) la maknanya.. & jika berlaku persenyawaan mungkin boleh menghasilkan BABY.. kikiki opsss ( harap korang paham la ye)

    so rasa2 nya boleh paham x apa yg ummi cuba sampaikan. OVARI SISTA(cyst) ni tak merbahaya dan bukan dalam kategori PENYAKIT tetapi boleh jadi bahaya jika .....

    ok ummi nak attach sedikit info yg ummi dapat ni sekurang2nya boleh tambah pengetahuan utk yg rasa2 nak tahu lebih kan..

    ** SEMUA WANITA JANGAN ABAIKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN (PAP SMEAR dan lain2) kalau malu cari lah doktor wanita ... **


    *kredit to : myMetro
    Sista atau cyst ialah kantung tidak normal yang terbentuk di mana-mana organ dalam badan manusia. Ia boleh mengandungi udara, cecair atau selaput.
    Nama diberi pada cyst berbeza bergantung kepada jenis dan lokasinya.
    Cyst pada kilang telur wanita, dikenali sebagai Ovarian Cyst atau sista ovari, antara paling kerap berlaku.
    Cyst ovari ialah pengumpulan cecair dalam kantung yang berada dalam ovari wanita.

    Ia boleh berlaku pada bila-bila masa hidup seseorang wanita tetapi paling kerap ketika usia subur iaitu antara usia remaja dan sebelum putus haid.
    Kebanyakan cyst ini adalah jenis tidak berbahaya atau ‘benign’ dan ia biasanya cyst yang terbentuk akibat proses fisiologi normal seorang wanita dalam sesuatu kitar haid.
    Akibat rangsangan hormon wanita, sel telur yang matang akan membentuk cyst bagi menghasilkan telur yang subur ketika ovulasi sebelum berlakunya persenyawaan.
    Cyst ini akan pecah dan mengeluarkan telur yang subur.

    Jika persenyawaan tidak berlaku, cyst ini akan mengecut dan akhirnya lenyap dalam sistem pembiakan wanita.
    Selain itu, ada beberapa lagi jenis cyst tidak normal yang boleh terbentuk dalam kilang telur wanita.

    Antaranya sindrom ovari polisistik (polycystic ovarian syndrome), endometriosis, dermoid cyst dan beberapa jenis cyst lain.
    Simptom cyst ovari adalah berbeza bergantung kepada individu.

    Ada juga wanita yang mempunyai cyst ini tidak mempunyai simptom.
    Sakit pada bahagian bawah perut sekitar kawasan ari-ari adalah simptom paling kerap berlaku.

    Sakit ini sering timbul beberapa hari sebelum atau selepas datang bulan.
    Ada kalanya kitaran haid menjadi tidak menentu dan berlaku pendarahan tidak normal, kerap membuang air kecil atau masalah membuang air besar seperti sembelit juga boleh berlaku, terutama jika saiz cyst sangat besar.
    Selain itu, simptom seperti tiada selera makan, susut berat badan, selalu mengalami keletihan adalah simptom yang merisaukan.
    Sebanyak 95 peratus daripada kes cyst ovari adalah bukan kanser dan tidak merisaukan.

    Ujian ultrasound atau CT scan (computed tomography) boleh membantu mengesahkan masalah ini.
    Ujian darah dan air kencing perlu dilakukan pada peringkat awal untuk membezakan cyst ovari dengan masalah lain seperti appendicitis, terutama jika terasa sakit pada bahagian kanan kilang telur wanita.
    Pakar juga boleh mencadangkan untuk membuat ujian saringan kanser darah jika ujian awal scan menunjukkan ia bukan cyst biasa.
    Rawatan untuk cyst ovari bergantung kepada beberapa faktor, antaranya saiz cyst, usia pesakit, kekerapan sakit berlaku dan jenis cyst yang kelihatan ketika ‘scan’ dilakukan.
    Jika perlu, pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan kantung berkenaan dan tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesahkan sama ada ia mengandungi sel kanser.
    Untuk cyst biasa dan tidak berbahaya, pembedahan tidak perlu dilakukan.

    Ubat penahan sakit diberi bila perlu, terutama ketika haid.
    Tuam dengan tungku atau botol mengandungi air suam pada bahagian ari-ari sekerap mungkin untuk mengurangkan rasa sakit pada ba hagian itu.
    Ada kalanya, pil perancang diberi untuk menjadikan kitaran haid pesakit terkawal dan mengurangkan kebarangkalian terjadinya pembentukan cyst.
    Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/17

    14 February 2014

    Pleaseee.....SAY NO TO VALENTINE . WHY ????


    Rasanya tiap2 tahun dah di kaborkan dah di nasihatkan pada seluruh umat islam .. di ulangi ye pada seluruh umat islam supaya tidak mengikut kaum lain dalam BAB menyambut hari kasih-sayang yang dalam erti kata lain nya VALENTINE's DAY yang memang tiap2 tahun mereka raikan pada tarikh 14 feb..

    Dah berbuih mulut para ulama.. ustaz-ustazah.. malah ibubapa pun ramai yang menasihati anak2 muda untuk tidak meraikan hari VD ni.

    Yang ummi terkilan amat-amat sangat ada juga yang dah tua bangka masih nak sambut VD ni.. tah di mana letaknya akal logik mereka.. yang muda mungkin boleh kita kata kurang faham.. atau lambat paham sebab muda dan darah muda (*apa pun salah tetap SALAH) malangnya yang dah tunggu masa je nak di kapan kan ni kenapa masih tak paham2.. alasan bodoh tu dah x laku .. nak sambut hari kasih-sayang semalam boleh ape.. esok pun boleh ape.. kenapa pada 14/2 ni juga yang ko nak sambut ... poyo la sangat .. amarica la sangat konon.. (* nak marah pun ummi x kisah )


    Dah macam2 cara dah sahabat2 kita ni buat untuk selamatkan akidah sahabat2 yang masih tebal ke*mangkau*an nye..
    Golongan2 yng masih bersabar dan berusaha dalam memberi kesedaran pada mereka2 yang liat ni tiada niat lain melainkan kerana cintanya pada agama dan sahabat seagama (ISLAM)


    BANGKITLAH..

    bangkitlah..

    bangkitlah..

    terima lah kenyataan 
    yang HARAM TETAP HARAM
    yang halal yang masih ada !


    *kredit pada FB page :   INDAHNYA BERPURDAH (https://www.facebook.com/Indahnyaberpurdah
    (gambar2 diatas diambil dari page ini)



    18 January 2014

    STROK ? Apa tu ?

    Hye uols..
    Sembang-sembang juga.. Sekali skala ummi nak share info2 yang perlu kita semua tahu. Mungkin ramai yang dah pun tahu , tapi rasanya masih ramai juga yang belum nak ambil tahu. Moh le kita tinjau2 demi kesihatan diri kita .. tak pun demi orang2 yang kita sayang.

    Jangan Ingat Orang TUA aje yang boleh jatuh sakit ye, Penyakit di era moden ni tak mengenal usia.. asal dia berkenan je dia singgah lebih lagi jika kita kurang jaga makan dan olahraga (*ehemmm cam ummi le tu)

    Jom kita jenggah sikit apa itu strok..

    **owh sebelum tu nak bg kredit skit le kat #www.nasam.org#

    Strok di Malaysia.

    #Emosi. Imbangan. Koordinasi. Penglihatan. Pendengaran. Deria rasa. Pergerakan Terkawal.
    #Strok adalah punca kematian ketiga terbesr di Malaysia.
    # Hanya penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok.
    " Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak"
    -> Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.

    Apakah strok?


    Fungsi-fungsi otak.
    Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.
    Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.
    Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.


    Serangan Iskemia Sementara (TIA)

    Strok Iskemia: Apabila timbunan plak terbentuk di dalam arteri, ia menghalang pengaliran darah, menyebabkan ketulan-ketulan darah beku terbentuk, lalu mengganggu bekalan darah ke otak.
    Satu tanda penting ancaman strok adalah Serangan Iskemia Sementara (TIA), juga dikenali sebagai strok mini. Ia berlaku kerana gangguan bekalan darah yang sementara kepada bahagian-bahagian otak. Gejala-gejalanya amat serupa dengan strok sebenar, tetapi, tidak seperti strok yang serius, gejalanya muncul kurang dari 24 jam dan kemudian pulih sepenuhnya.
    TIA adalah petunjuk yang sebahagian otak tidak mendapat darah yang mencukupi dan terdapat risiko berlakunya strok. TIA tidak boleh sekali-kali dibiarkan dan perlu dilaporkan kepada seorang profesional perubatan secepat mungkin.





    **Penghargaan: Rajah-rajah digunakan dengan kebenaran Stroke Foundation of New Zealand.

    17 January 2014

    apa cerita dengan KANGKUNG..?

    aiyarkk..

    opsss silap mukadimah dengan salah ayat pula

    Selamat pagi.. (selamat tengahari/selamat malam) * ikut pada waktu korang masuk blog ni la kan..

    Ni apa cer kecoh Kangkung sana-sini.. ermm memula itu lah persoalan yang berlegau (bahasa owang melaka) kat minda ummi nih.. pastu tengok kat fesbuk rata2 post dlm beberapa hari ni citer pasal kangkung .. akhirnya tahu la ummi kisah nya. tapi ummi tak nak komen apa2 pasal kangkung ni ni isu sensitip pada sesetengah orang so jalan selamat *ShhhhhSSSSh* aje la kan.


    # dh le lama tak hupdet blog tetiba dok merapu plak ummi ni ye#
     sejak dah  jadi student tua ni masa agak mencemburui (cewahhhh) ye la .. terkejar nak siapkan assignment lagi.. nak wat susu dak baby syasya lagi (tu pun loghat owang melaka) nak g amik dak kakak kat sekolah .. nak antau dak abang ke asrama nak masak..bla..bla..bla.. (stop jgn membebel ummi).


    *ini lah sebab nya ummi susah nak berenti membebel ~~~~~ faktor umur ahakk (x pasal2 umur yg di persalahkan)

    okey nanti ummi sambung ar.. ni ada urusan kecemasan yg di buat2 perlu di uruskan..
    muahhhhaaahaha.....