31 May 2010

SUKMA @ MELAKA

TAK LAMA LAGI DAH NAK MULA SUKAN "SUKMA" YANG KALI NI MELAKA DIPILIH JADI TUAN RUMAH....MEMANG MERIAH PERSEDIAANNYA...BOLEH DILIHAT DISEPANJANG JALAN DI NEGERI BERSEJARAH NI

TARIKH KERAMAT 10/6/2010 JEMPUTLAH KE MELAKA - SAMA-SAMA KITA MEMERIAHKAN "SUKMA"

BUNTING AGAKNYA.....


DUA TIGA hari ni aku peratikan si NICKI ni cam malas semacam jew...aku agak-agak dia bunting la...



Dia dah malas nak megerjakan lipas atau cicak yg melintas...asyik tido jew...pasti tu bangun makan..
kendian sambung tido...tu je la keje dia...




KEKASIH SEJATI....

SI NICKO pula memang dah pemalas dari kecik he he he ...cam kucing garfield tuh....jangankan lipas lalu ... gajah melintas pun di wat tak tahu...TIDO lagi best...
ni hah..! dia menemankan si NICKI membuta...
tapi jap lagi bila aku masuk bilik air ,mesti dia akan mengintai dari bawah pintu bilik air tu..he he he - gatal boleh tahan gak ....

Ni lah teman aku kat umah ..wat layan sembang..aku tahu dia paham apa yang aku cakap tapi dia tak leh nak jawab jew...so aku tetap bercakap ngan dia walaupun mak aku kata aku "cam org gila" he he he

LUNCH @ PAVILLION FOOD COURT




yummy...yummy...yummmyyyy




ADA SATU HARI TU ...KAMI G SHOPPING @ PAVILLION TETIBA TERASA LAPAR PLAK..SO HUB-B AJAK LA MAKAN DI FOOD COURT DI TINGKAT BAWAH MALL .
SO PILIH PUNYA PILIH...AKU TERTARIK TENGOK MENU DI WESTERN CORNER , SO  AKU TRY LA SPAGET DIA..UMMMM MEMANG SEDAP..
SO HARI SABTU BARU 2 HARI LEPAS AKU AJAK HUB-B AKU SKALI LAGI KE PAVILLION SEMATA-MATA UNTUK MENIKMATI SKALI LAGI KELAZATAN SPAGET NYA..
- MEMANG SEDAP-





CHICKEN CHOP NYA PUN BOLEH TAHAN TAPI SPAGET NYA LEBIH HEBAT....
CHICKEN CHOP NI AGAK CRUNCHY ..DAN NIPIS SO SESIAPA YG TAK BERAPA SUKA MAKAN DAGING AYAM BEBANYAK , AKU RASA MESTI DIA SUKA CHIC CHOP NI.

KLU KORANG NAK TRY G LA KE FOOD COURT @ PAVILLION SHOPPING MALL DI TINGKAT BAWAH KEDAINYA DIHUJUNG SEKALI BERHAMPIRAN TEPANYAKI ...


27 May 2010

SHARE IDEA BUKAN NAK CURI....

AKU SUKA G BLOG ORANG YANG LAWA-LAWA DAN UNIK..KEKADANG ADA GAK BILA TENGOK BLOG ORANG-ORANG YANG KREATIF NI ...MEMBERI AKU IDEA , UNTUK MENAMBAH APA YANG KURANG PADA BLOG ATAU N3 AKU....

SEBENARNYA AKU NAK UCAPKA TERIMA KASIH...SEBAB KORANGLAH AKU DAPAT BELAJAR SECARA TAK LANGSUNG BERGURU DENGAN KORANG-KORANG SEME...

AKU SHARE IDEA KORANG UNTUK LENGKAP APA YANG KURANG PADA BLOG AKU, MAKLUMLAH AKU TAK DE ASAS BLOGGING NI...DULU MEMANG BUTA 'IT' ....TAPI AKU MINAT ...SEBAB ITU AKU CUBA...WALAUPUN TAK SEBAGUS MANA TAPI CUKUP UNTUK AKU TERSENYUM PUAS...TAPI BELUM PUAS HATI 100% ...BANYAK LAGI YANG NAK AKU PERCANTIKKAN..

TERIMA KASIH SECARA TAK LANGSUNG PADA BLOGGER-BLOGGER YANG MEMBERI AKU IDEA SECARA TAK LANGSUNG ....

TERIMA KASIH SEKALI LAGI....!

ADA KENDURI

ESOK I DUN  THINX BOLEH UPDATED NEW N3...SO AI NI I DO PULUN ABIS-ABISAN , UNTUK WAT STOK 4 TUMUROW.

TUMUROW ADA KENDURI PLAK KAT UMAH BIRAS KU ...SO KENA LAH GIE RINGAN-RINGAN KAN TANGAN MEMBANTU APA YANG PATUT...DAN TUMUROW JUGAK TEMAN LAMA SEWAKTU BERKERJA DI BANK NAK DATANG KE MELAKA...SO AKU BERHARAP DIA DAPAT 'HINGGAP' KEJAP KAT SANGKAR  AKU NI...BOLEH LE BERSEMBANG SKIT SEBANYAK CITE-CITE TERKINI KENGKAWAN LAMA...

LEPAS KENDURI PLAK AKU NAK BERANGKAT KE 'KL' ....PULANG KE BANDAR ...MENYAPA PARENTS AKU DI SANA... SELALU BERBORAK DALAM PHONE TAK BEST TAK LEH SEMBANG LAMA-LAMA NANTI BIL MELAMBOOONNG...

JADI NANTI AKU UPDATE SEMULALAH NEW N3 DI BLOG AKU ...



JANGAN RINDU-RINDUAN...!
TUNGGU-TUNGGUAN JEWWWWW....!!!!!

DIARI BUAT SUAMI DARI ISTERIMU

SUAMI.....
ISTERIMU HANYA INGIN....

  • KAU MEMIMPIN TANGAN TIKA MELINTAS JALAN - agar dia tidak dilanggar kereta
  • KAU BERJALAN BERIRINGAN DENGAN NYA WAKTU DI MALL - agar dia tidak disangka anak dara
  • KAU MENYUAP MULUTNYA DENGAN SUAPAN SAYANG - agar dia tidak teringin disuap oleh orang lain
  • KAU MEMELUKNYA TIKA DIKAMAR SEPANJANG MALAM - agar dia tidak bermimpi tentang lelaki lain di dalam tidurnya
  • KAU MENGUCUP DAHINYA SEBELUM KELUAR BEKERJA - agar restu dan kasihmu bersamanya sepanjang kau  di pejabat
  • KAU MENGUCAPKAN "I LOVE U" PADANYA - agar semakin mekarlah setia dan kasihnya padamu
  • KAU MENELEFONNYA SEKALI SEHARI - agar kau tahu dia sedang merinduimu..dan dia sedang menanti kepulanganmu dengan kasih sayang
  • KAU MEMBAWANYA BERCUTI - agar dapat dia luangkan masa berdua dengan mu seperti waktu bercinta dulu
  • KAU SETIA PADANYA - agar dia juga setia padamu
  • KAU JUJUR PADANYA - agar dia juga jujur denganmu
  • KAU MENYARUNGKAN BADANNYA DENGAN SEPENUH KASIH MU - agar dia bisa menjaga dirinya dan kehormatannya tika kau tiada..
  • KAU BERCERITA DENGANNYA - agar dia juga bisa bercerita dengan mu
SUAMIKU...
JANGAN KAU SALAH SANGKA BILA.....

  • AKU MENGHUBUNGIMU TIKA KAU TELAT PULANG - itu kerana aku risau kau kecelakaan dijalanan
  • AKU BERTANYA APA YANG KAU MAKAN HARI INI DI KANTOR - itu kerana aku risau kau kelaparan kerana sibuk mencari wang
  • AKU MENCARI TAHU SIAPA TEMAN-TEMANMU - itu kerana aku bimbang kau dipergunakan oleh teman2 yang tidak baik lakunya
  • AKU MENEGUR BILA KAU BOROS - itu kerana aku risau kau bakal muflis jika terusan begitu
  • AKU BERDIAM DIRI BILA KAU MARAH - itu kerana aku ingin menjaga hatimu supaya kau tidak terus marah

SUAMIKU ....
ISTERIMU INI HANYA AKAN....

  • PERGI BILA KAU TIDAK LAGI MEMERLUKANNYA

DAN ... SUAMIKU ....
ISTERIMU INGIN MENDENGAR KAU MEMANGGIL NYA 'SAYANG'
ISTERIMU INGIN KAU BERKATA " SAYANG, AKU RINDU PADAMU" ...
ISTERIMU INGIN MENDENGAR KAU BERKATA " SAYANG, AKU CINTA PADAMU"
SEBAGAIMANA YANG TELAH KAU KATAKAN PADA KEKASIH GELAP MU...


KATAKAN LAH...PADA ISTERIMU SEMENTARA MASIH ADA WAKTU ....
KATAKAN LAH PADA ISTERIMU SEMENTARA DIA MASIH BERNYAWA....

CINTA PERTAMA

AKU RASA SEMUA DARI KITA ADA AND TENTU PERNAH MELALUI PENGALAMAN "CINTA PERTAMA". BANYAK MAKNA CINTA PERTAMA NI TAPI YANG I TRY TO STORY NI IALAH TENTANG CINTA YANG DATANG DARI HATI KEPADA INSAN YANG BERLAINAN JANTINA...

ADA ORANG GELAR CINTA PERTAMA MEREKA ITU " CINTA MONYET", AKU CONFIUS JUGAK...DIA ORANG NI BERCINTA DENGAN MONYET KEW... he he he

ADA JUGA YANG "CINTA PERTAMA" MEREKA MENJADI CINTA TERAKHIR DALAM HIDUP MEREKA...UMMMM YANG NI BEST KAN. ADA ANTARA KAWAN-KAWAN AKU YANG BERCINTA BERKAHWIN DAN BAHAGIA ...SAMPAI SKUNX.

ADA JUGA CINTA PERTAMA NI ... MENJADI PERMULAAN UNTUK MENCARI CINTA KEDUA..KETIGA...KEEMPAT..DAN KE BEBERAPA LAGI LAH...

BAGI SESETENGAH ORANG CINTA PERTAMA TAK DAPAT DILUPAKAN WALAUPUN MEREKA TELAH MENEMUI CINTA KEDUA..KETIGA..., MESTI KITA TERTANYA-TANYA KENAPA SUKAR SANGAT UNTUK MELUPAKAN CINTA PERTAMA YA?

CINTA PERTAMA JADI SUKAR DILUPAKAN , BILA KESUCIAN CINTA ITU TERJAGA .., BILA KE  IKHLASAN DAN KEJUJURAN SEWAKTU CINTA ITU BERPUTIK DIHARGAI  ...BILA ORANG YANG MENJADI PASANGAN CINTA PERTAMA ITU BENAR-BENAR MENGHORMATI CINTA ITU DENGAN PENUH KASIH-SAYANG DAN BUKAN KERANA NAFSU.

CINTA PERTAMA YANG JUJUR TETAP AKAN DIKENANG DAN DISIMPAN DALAM HATI..BUKAN BERMAKNA CINTA ITU MASIH MEKAR ....TAPI KERANA KENANGAN MANIS ITU MASIH SEGAR..BUKAN KERANA INGIN KEMBALI MENYEMAI CINTA PERTAMA ITU , TAPI SEKADAR MENGIMBAU SAAT-SAAT MANIS CINTA PERTAMA BERSEMI.

SEKURANG-KURANGNYA DIWAKTU CINTA KEDUA ATAU KETIGA DICEMARI KECURANGAN.. KENANGAN INDAH CINTA PERTAMA LAH MENJADI PENGUBATNYA. KENANGAN CINTA PERTAMA ITULAH YANG MENJADI PENAWARNYA....DAN KENANGAN CINTA PERTAMA ITULAH YANG MENJADI KEKUATAN PADANYA ...




CINTA PERTAMA AKU CINTA YANG SUCI..
TAPI CINTA KEDUA KU ADALAH NYAWAKU....

26 May 2010

KENAPA AKU MENULIS..?

AKU MENULIS KERANA AKU SUKA MEMBACA...

AKU MENULIS KERANA AKU TAK SUKA BERBICARA...

AKU MENULIS KERANA AKU ADA IDEA...

AKU MENULIS KERANA AKU SUKA MENULIS...

AKU MENULIS KERANA AKU INGIN BERKONGSI...

AKU MENULIS KERANA INI KEPUASAN BAGI AKU..

AKU MENULIS KERANA AKU RASA LEBIH RELAX...

AKU MENULIS KERANA AKU  MAHU LARI  DARI TEKANAN..

AKU MENULIS UNTUK MELUAHKAN RASA HATI AKU...

AKU MENULIS KERANA INGIN MELEPASKAN KEMARAHAN AKU...

AKU MENULIS KERANA RASA CINTA AKU...

AKU MENULIS KERANA AKU INGIN MELUPAKAN KEKECEWAAN

AKU MENULIS UNTUK HILANGKAN RASA SUNYI

AKU MENULIS KERANA BANYAK SEBAB...

JADI JANGAN TANYA KENAPA AKU MENULIS ....DALAM BLOG INI.


TAK PERLU TANYA KENAPA AKU MENULIS CUMA BACA SAJALAH APA YANG AKU TULIS...(ITU PUN KALAU SUKA)

BILA RASA INGIN....




BERINGAT-INGATLAH:-


BILA RASA INGIN BERBOHONG
 FIKIRKAN :-
APA RASA BILA KITA  DIBOHONGI


BILA RASA INGIN MENIPU
FIKIRKAN :-
APA KITA AKAN RASA BILA KITA DI TIPU


BILA RASA INGIN MEMBENCI
FIKIRKAN :-
APA RASA BILA DIRI KITA DIBENCI


BILA RASA INGIN BERAHSIA
FIKIRKAN :-
APA PERASAAN ANDA BILA PASANGAN ANDA JUGA MERAHSIAKAN SESUATU DARI ANDA...?


BILA RASA INGIN BERLAKU CURANG
FIKIRKAN :-
APA PERASAAN KITA BILA PASANGAN KITA JUGA CURANG PADA KITA


BILA RASA INGIN BERZINA
FIKIRKAN :-
APA YANG KITA RASA BILA PASANGAN KITA LAKUKAN PERKARA SAMA PADA KITA.



JIKA ANDA RASA ANDA GEMBIRA KERANA SEDANG MEMBOHONGI PASANGAN ANDA FIKIR-FIKIRKAN LAH MUNGKIN ANDA JUGA SEDANG DIBOHONGI OLEH PASANGAN ANDA...ADAKAH ANDA MASIH RASA GEMBIRA..?

JIKA ANDA TIDAK MAHU PASANGAN ANDA BERAHSIA DENGAN ANDA MAKA ANDA JUGA TIDAK PERLU MENJADI PERAHSIA TEGAR PADA PASANGAN ANDA...ADAKAH ANDA MASIH MAHU TERSENYUM BILA MENGETAHUI SEBENARNYA PASANGAN ANDA JUGA SEDANG MERAHSIAKAN SESUATU DARI ANDA ...APA YANG ANDA RASAKAN...?

JADI ...FIKIR-FIKIR KAN LAH SEBELUM BERBUAT SESUATU JIKA KITA TIDAK MAHU APA YANG KITA LAKUKAN PADA ORANG LAIN BERLAKU PULA PADA DIRI KITA..TERUTAMA PADA YANG TELAH BERUMAHTANGGA..



YANG PASTI BUMI INI BULAT...
DAN BEGITULAH JUGA RODA KEHIDUPAN KITA..SENTIASA BERPUTAR..
KADANG DIATAS ..KADANG DIBAWAH...

BERINGAT-INGAT LAH ...

25 May 2010

TIPs




BELANJA BERHEMAH..

- SENARAIKAN BARANG KEPERLUAN YANG INGIN DIBELI
- LETAKKAN DALAM BAJET JUMLAH BARANGAN YANG DIKEHENDAKI
- LAKUKAN PENELITIAN PREMIS YANG HENDAK DIKUNJUNGI UNTUK LEBIH BERJIMAT
- ELAK MENGGUNAKAN KAD KREDIT
- USAH BERBELANJA KETIKA PERUT LAPAR KERANA IA MENDORONG UTK KITA BERBELANJA LEBH
- BELI BARANG KEPERLUAN SECUKUPNYA DAN ELAK PEMBAZIRAN
- PASTIKAN BARANG YANG DIBELI MEMPUNYAI NILAI BERPATUTAN
- UTAMAKAN BARANG TEMPATAN (iks) KERANA KUALITI NYA SETANDING DENGAN BARANGAN IMPORT MALAH HARGA LEBIH BERBALOI..


FIKIR-FIKIRKAN SEBELUM
BERBELANJA...
-

19 May 2010

BILA HATI BERBICARA

Kita semua manusia biasa, ada hari kita rasa gembira dan ada hari-hari tertentu kita disapa duka. Bila gembira tiba ..ketawa..sentiasa bersama ,tapi bila duka menjelma , dimana kita nak sembunyikan airmata?.

Kekadang hanya kerana satu "perkataan" mampu membunuh keriangan. Hanya kerana satu "perkataan" mampu mengundang duka. Hanya kerana satu "perkataan" jugalah mampu membangkitkan kesedihan silam.

Nak mencipta kegembiraan memerlukan masa yang panjang, tapi untuk mengundang duka hanya sekali lafaz sahaja.

Hati setiap orang berbeza, perasaan setiap orang tak sama, malah kenangan silam setiap orang juga lain ceritanya.

Sokongan dan kasih sayang dari insan tersayang amat diperlukan tika mereka melalui saat-saat duka ..cuba fahami mereka sedaya mungkin dan usah diabaikan kesedihan mereka dengan berharap mereka pasti terawat sendiri.


MUNGKIN HARI INI DUKA MENYAPA MEREKA...
ESOK ...ADAKAH UNTUK KITA ..?

15 May 2010

TENGAH DLM PROSES NAK TULIS CERPEN...

Dah lama jugak , aku berangan-angan nak menghasilkan satu cerpen...ya sebuah cerpen..! kenapa cerpen dan bukan novel ?
la...sabar la dulu...kena lah yang pendek-pendek dulu kot ada rezeki allah bagi pinjam idea yang mencurah-curah mungkin boleh aku hasilkan sebuah novel....

uisshhh...aku berangan lagi ke ni..?
tak la..memang dulu sebelum aku layan blog ni..aku dh menulis sebuah cerpen , cuma ceritanya terhenti seketika kerana masalah yang tak dapat di hindari. Jadi sekarang aku rasa eloklah kalau aku boleh sambung semula menulis cerita yang dah separuh jalan terbengkalai tu...

jadi kalau dah siap nanti , aku pasti syer ngan korang semua..

TUNGGU LA YA...

CANTIK KE...

ADA ORANG BAGITAU YANG GAMBAR-GAMBAR MAKANAN DALAM BLOG AKU NI MENARIK , BUAT TERLIUR BILA DIA ORANG TENGOK...HE HE HE YE KE?

KALAU MACAM TU , AKU KENA BERTERIMA KASIH LA PADA HUB-B AKU, SEBAB SEMUA GAMBAR2 MAKANAN TU DIA YANG HASILKAN...

KIRA DAH MAKIN TERROR LA HUB-B AKU NI YE..AL'HAMDULLILLAH...! BERKESAN JUGA HASIL USAHA DIA DALAM BIDANG YANG BARU NAK DIPELAJARINYA NI.

TAHNIAH..PAPA
TERUSKAN BERLATIH...snap snap snap...

13 May 2010

SEPARUH JIWAKU PERGI

eh ...! bukan lah..tak de kena-mengena tajuk tu ngan ummi pun.Itu tajuk lagu anang...alaaaa penyanyi indo bekas suami krisdayanti tu..hah ! dah tau kan.

Bila dengar lagu ni..terbayang-bayang beberapa berita dari keratan akhbar akhir-akhir ni...asyik-asyik cite suami cuba cederakan isteri, suami bunuh isteri, suami dera isteri...hissss apa nak jadi ni..? apa dah jadi ni? apa akan terjadi esok lusa pulak..?

Banyak yang jadi punca sebab suami syak si isteri bermain kayu 3, si isteri berlaku curang, si isteri bawa jantan masuk rumah...,
wah..wah..wah... senang jew kan kaum lelaki ni..bila syak je isteri buat tak senonoh terus rodok je ngan pisau...terus libas ngan parang..
bukan ummi nak sokong isteri-isteri yang berbuat onar ni..tapi cara kaum suami tu tak kena...jangan menghukum sendiri...

** hah ..! on kan lagu ni baru ada feellllll...

Memang ummi pun menentang sekeras-kerasnya perbuatan siisteri tu , itu pun kalau apa yang si suami itu syaki benar-benar terjadi...kalau tidak benar..bagaimana..? Tentulah geramkan..senang-senang jew mencederakan kaum hawa.

Bila time kaum lelaki ni berlaku curang..ada ke si isteri-isteri ni pergi rodok mereka..? ada ke si isteri ni pergi parangkan 'anu' mereka..? malahan kaum lelaki ni lebih teruk lagi..berzina ..malahan ada yang berulang kali...
apa tindakan  si isteri...cuma hadiahkan airmata jew...

apa-apa pun biarlah hukuman yang sewajarnya diberikan oleh pihak yang berkuasa..dan jangan kita pandai memberi hukuman sendiri - akhirnya tak pasal-pasal... ke lokap, ke tali gantung ...

renung-renungkan lah ...
dan bersikap jujurlah dalam rumahtangga.

BERCINTA BOLEH...TAPI......

APA NAK JADI DENGAN ANAK-ANAK MUDA SEKARANG NI YE..?AKU TERTANYA-TANYA JUGA KENAPA MEREKA JADI BEGITU...? HAMIL ANAK LUAR NIKAH...BUANG PULA BAYI...

TAK KAN MASIH NAK SALAHKAN IBU-BAPA JUGA..MEREKA DAH BESAR PANJANG..MALAHAN ADA YANG DARI GOLONGAN TERPELAJAR...
MANA KURANGNYA DIDIKAN IBUBAPA?
ATAU ANAK-ANAK INI MEMANG TAK TAHU MENGHARGAI PENGORBANAN ORANG TUA MEREKA..?


I ALSO HAVE A DAUGHTER ..AND AS A MOTHER I DO RISAUKAN ..PERKARA-PERKARA SEPERTI INI, AND AS A MOTHER TO  ANAK TERUNA ALSO....I TRIED TO TEACH THEM THE BEST WAY I CAN...TAPI ADAKAN INI MENJAMIN KEHIDUPAN MEREKA.


REMAJA NI RAPAT DENGAN RAKAN2 DAN KITA AS A PARENT'S MEMANG KENA TENGOK DENGAN SIAPA MEREKA BERGAUL..KERANA RAKAN2 MEREKALAH YANG AKAN MEMPENGARUHI CORAK PEMIKIRAN MEREKA  LEBIH KUAT DARI KITA.






TO ALL THE TEENAGER OUT THERE PLEASE LA ...
LOVE YOUR SELF ...YOUR MARUAH..AND JANGAN ABAIKAN DIDIKAN ORANG TUA ANDA...



JANGAN FIKIR SERONOK YG SINGGAH SEKETIKA TAPI FIKIRKAN KEDUKAAN YANG HARUS ANDA TANGGUNG NANTI AKIBAT TINDAKAN ANDA.


BERCINTA BOLEH ...TAPI JANGAN ...KERANA NAFSU


JIKA ANDA TELAH MELAKUKAN KESILAPAN SEKALI , JANGANLAH DIULANGI UNTUK KALI KEDUA, KETIGA DAN SETERUSNYA ANDA TIDAK MAMPU UNTUK BERPATAH SEMULA....


HENTIKAN KESILAPAN ANDA
DAN
MULAKAN KEHIDUPAN YANG BARU
DENGAN
AZAM YANG BARU

PASTI BOLEH....!!! KERANA ANDA JUGA
BERHAK UNTUK BAHAGIA...

12 May 2010

WHEN 'DADDY' FALL IN LOVE AGAIN...

HUH...memang sadissss la.

Lelaki mudah jatuh cinta dan boleh berbagi kasih,itu memang hakikatnya. Bila dilamun cinta do u thinz this daddy will thinz about the kidz feelllinggg?
 i don't thinz so.
Kalau setakat hati mummy dah confirm la dia tak layan tapi ....
why ???? dia tak fikir juga hati dan perasaan anak2.

N3 ni muncul ,bila tetiba aku teringat berita dalam newspaper beberapa ari lalu, tentang seorang bapa berumur 60tahun dah ketogeri wargamas tu...sanggup jual kereta untuk ikut kekasihnya yang berumur 30an pulang ke Indonesia.

Itu lelaki yang berumur 60tahun ...apatah lagi yang 30an..40an..dan seangkatan dengannya. Aku cuma nak tanya
 "ADA KOME FIKIR ANAK2 TAK?

Jangan ingat perbuatan kome tu tak memberi kesan pada psikologi anak2 kome ye. Ingat Budak zaman sekarang ni cepat matang dan lebih banyak berdepan dengan tekanan,  jadi tolonglah fikir sepuluh kali atau lebih pun tak apa ...
 jika tetiba terlintas dihati untuk kome  jatuh cinta lagi atau bercinta lagi...tak kiralah dengan anak dara ke, janda ke atau pun bini orang.

Nilai kan dulu kesan buruknya pada your family dan pleasee la  don't juz ingat seronok dapat yang baru...memang la mula-mula semua indah..bila dah lama...macamana? nak tukar lain pulak..? sampai bila...?
Macammana anak2 nak jadikan kome IDOLA kalau perangai sendiri pun tak betul..dan jangan pula kome menunding jari pada orang lain atau anak2 bila mereka hilang hormat pada kome nanti.

YANG BARU AKAN LAMA ...
INGAT!!!!!
DUNIA INI SENTIASA BERPUTAR
HARI INI KITA DIATAS ESOK LUSA....LU PIKIR LA BEB...!

NAK MAAF SENANG JE TAPI NAK LUPA ...PAYAH LA

Aku rasa semua orang pun ada rasa yang sama..sebab kita ni manusia...dan manusia yang mampu memaafkan dan melupakan kesakitan atau kekecewaan  yang pernah mereka alami adalah orang yang paling hampir sempurna di muka bumi ini.

Setiap dari kita tentu pernah melalui saat-saat yang mengecewakan dalam kehidupan kita . Samada dalam pelajaran, percintaan, perkahwinan, perhubungan atau pun pekerjaan...malah banyak sumber-sumber yang boleh memberi kita kekecewaan.

Waktu kita menghadapi saat yang mengecewakan itu , kekadang kita hampir putus asa, atau telah pun berputus asa. Bagi kita situasi kitalah yang paling teruk ..dan tak ada orang lain yang mengalami kekecewaan yang lebih teruk dari kita....tapi ...
sebenarnya, seteruk-teruk kekecewaan atau kegagalan yang kita alami - ada orang lain yang lebih teruk dari kita.

Mungkin sewaktu kita melalui kekecewaan itu , kita boleh memaafkan orang yang menghadiahkan kekecewaan pada kita secepat kilat ..atau paling kurang setahun dua....tetapi "tepuklah dada" adakah kita dapat melupakan kekecewaan atau kegagalan kita?...

Jika jawapannya YA... saya ucapkan TAHNIAH..!!!
tetapi jika jawapan nya TIDAK...jangan risau..teruskan membaca...

Sebenarnya ... kajian telah mendapat undian tinggi yang mengatakan bahawa orang yang pernah kecewa atau gagal terutama dalam perkahwinan atau percintaan boleh memberi kemaafan dengan mudah tetapi mereka tetap tidak dapat melupakan kesakitan akibat kekecewaan tersebut.

Ada kebaikannya bila kita tidak dapat melupakan kekecewaan yang pernah kita alami..

1) Kita akan jadi seorang yang lebih berhati-hati
2) Kita akan jadi seorang yang lebih bersiap-sedia
3) Kita akan jadi seorang yang lebih bersemangat juang
bla..
bla...
bla..
dan yang paling baiknya kita akan jadi orang yang lebih baik dari sebelumnya.

Jadi , tak perlu gusar dengan kekecewaan lampau - jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk kita berubah menjadi lebih baik.


KITA LAYAK UNTUK MENDAPAT YANG LEBIH BAIK...!

SAMBUT HARI IBU ..... @ SECRET RECEIPI


PADA HARI MINGGU yang lepas, kami sekeluarga ke TESCO, Melaka sekadar untuk meraikan HARI IBU .


oleh kerana siang harinya ummi dah memasak, jadi kami hanya makan yang ringan-ringan aje la




cheese cake




jus....




yogurt...





for me - a slice of aiscream cake

  for my boy...mini burger


yummy..yummmy...yummy
Thank to HUB-B and KIDs for the celebration.
LUV U all


11 May 2010

SNAP...SNAP...SNAP...


AKU TAK PASTI...APA TAJUK AKU NAK LETAK PADA STORY KALI NI..

GAMBAR-GAMBAR NI SEMUA GARA-GARA HUB-B AKU TENGAH MENCUBA CAMERA BARU DIA...JADI TERHASIL LAH GAMBAR-GAMBAR INI..he he he


DAN INI......


DAN INI JUGA....


MALAHAN INI JUGA...

(KESIAN PLAK AKU TENGOK KUCING INI..TAPI TAK PULA AKU PERASAN BILA MASA HUB-B AKU SNAP...)


JUGA YANG INI....

NI ONE OF MY HUB-B COLLECTION''s PUN BOLEH DIJADIKAN 'TARGET' UNTUK snap...snap....snap...


APA-APA SAJA LA.....ASALKAN BAHAGIA..!

GILA KO TAK SUKA

Sapa kata dia tak suka bila blog dia dikunjungi oleh Blogger-blogger yang terlebih dahulu menerjah BLOG.

Memang gila la klu dia kata dia tak kisah..samada dia gila atau pun dia memang bodoh sombong.

Bagi aku lah, kalau Blogger-blogger popular ni terjah blog aku..dan apatah lagi bagi komen pada n3 aku...sah-sah kena serangan sakit jantung punya...(harap2 jgn la- saje nak menyedapkan ayat..kwang..kwang..kwang)

 Bila aku baca komen dari BEN ASHAARI, katanya kita ni sama aje cuma bezanya jantina..wow! bertambah TABIK!!!! aku pada dia ...bukan aku nak mengendeng dia suh dia jenguk BLOG aku...tapi ni ikhlas dari hati aku
dan bertambah bersemangat aku bila dia kata macamtu...

Aku teringin untuk jadikan blog aku ni satu blog yang digemari kerana kelainannya..walaupun skunx ni aku masih teraba-raba untuk menepek macam-macam benda untuk mencantikkan blog aku ni...ada yang berjaya dan ada gak yang masih tak dapat-dapat untuk dilink kan sampai skunx...tapi itu tak melemahkan semangat aku...ianya menambahkan lagi semangat aku adalah...

SEMOGA HAJAT AKU TERCAPAI...

10 May 2010

SINGGAH KEJAP DI BLOG - BEN ASHAARI

Fuiiih..! Terasa kecik bebenor plak aku bila tengok blog-blog owang popular cam Mr Ben dan Mrs Red ....
Tapi yang aku nak cite this time ialah pasal Blog Mr Ben. Tadi aku singgah jap kat  blog Mr Ben ni nak melayan story-mory dia yang sentiasa dikemaskini tu. So tajuk terkini masa aku baca tu tentang dia dah wat satu pertandingan plak..fuhh gempak betul pemikiran Mr Ben ni..camna dia boleh terfikir untuk sebegitu aktiv dan menarik blogger-blogger untuk bersama-sama memeriahkan blog dia..tak tercapai dik akal aku...

Tapi itu lah setiap orang berbeza...itu kelebihan dia dan kita yang tak sebijak dia boleh belajar dari kebijaksanaan dia ...tak salah bukan?

Apa-apa pun - CAYOK lah BEN ASHAARI..

09 May 2010

MELANCONG LAH KE MELAKA

Silalah berkunjung ke Melaka, dijamin anda pasti berpuashati dan akan tertarik dengan keindahan Negeri Melaka yang terkenal dengan gelaran Bandaraya Bersejarah. Sudah pasti semua blogger-blogger tahu keunikan dan tarikan Melaka adalah kerana kesan peninggalan sejarahnya.
Tapi sekarang Melaka bertambah setapak lagi sebagai Melaka Maju. Memang layak diberikan gelaran itu kerana kepesatan pembangunan didalam negeri indah ini.

Walaupun ummi bukanlah warga asal Melaka, tetapi setelah hampr 7 tahun menetap disini, ia sudah menjadi sebati dengan diri ummi. Jatuh cinta pada kepesatan pembangunannya dan juga jatuh cinta pada keenakan makanannya iaitu satu lagi tarikan untuk warga Malaysia berkunjung kesini. Bercerita tentang makanan ... negeri Melaka sememangnya terkenal dengan Assam Pedas, Sambal Tahi Minyak, Masakan Baba Nyonya, Masakan Portugis dan terlalu banyak untuk diceritakan disini.

Bagi yang suka membeli-belah, pelbagai shopping complex telah dibina untuk anda terokai. Mahkota Parade, Melaka Mall, JUSCO Bandaraya, Jusco Ayer Keroh dan banyak lagi.ZOO malam juga dibuka untuk pengunjung menyaksikan bagaimana kehidupan haiwan-haiwan pada waktu malam yang pasti ianya memang mendebarkan dan mencabar.

Penginapan tidak perlu dirisaukan, pilih saja Hotel Hilton, Hotel Equatorial, sebut saja yang berapa bintang dan bagi yang suka menginap dipersisiran pantai anda juga boleh mencuba resort-resort yang indah disekitar pantai. Jangan risau pada yang ingin pakej budget ... chalet, hotel budget juga banyak di Melaka malah Homestay juga ada( http://mudah.my/)

Datanglah berkunjung ke negeri kecil tapi indah ini dan rasai KEISTIMEWAANnya.


ANDA PASTI TERUJA..
JEMPUTLAH DATANG!!!!

08 May 2010

MAKAN @ ALI cafe'


KALI NI I TELAH TERJAH KE SATU CAFE YANG SIMPLE AJE NAMANYA, IT'S ALI cafe'


ALI cafe' terletak di JUSCO BANDARAYA , di MELAKA di aras bawah tempat lain pun ada tapi becoz ummi tinggal di Melaka, so ummi nak perkenalkan tempat makan yang menarik di Melaka la.


SORBET COCONUT AISCREAM

Banyak pilihan makanan yang menarik disini, memang kena dengan selera i, antara yang menarik seperti gambar diatas AISCREAM - sorbet coconut. Makan aiscream dan berdiet, dengan rasa kelapa dan vanila......ummmh lazat.


CENDOL

WOW...!!!! itu yang boleh ummi katakan , this is one of the BEST cendol yang pernah ummi makan la...
walaupun  i cannot eat this cendol banyak sebab sakit tekak ...but i tak lepaskan peluang untuk merasa sesuatu yang istimewa seperti CENDOL ini. ***** 5 / 6 (BINTANG)


ROTI BAKAR + honey

Satu lagi roti bakar dengan curahan madu .... agak berbeza dari roti bakar di kopitiam-kopitiam yang lain ...kerana roti bakarnya RANGGUP ...

BAGI YANG MEMANG SUKA JALAN-JALAN CARI MAKAN ...JANGAN LEPASKAN PELUANG MENCUBA MENU-MENU MENARIK DI ALI cafe'.



SELAMAT MENJAMU SELERA






05 May 2010

APA RASA BILA 4 SERIES

APa rasa ye bila umur hampir ke 4 series...

Tak dapat aku bayang kan....

MayB for man lain perasaannya dan for the women pun lain la rasanya. Tapi i alwiz wondering la macamana bila umur dah 40 tahun...apa agaknya perubahan yang akan kita lalui especialy for the women la...sebab aku ni pun pompuan.

Ada orang kata wanita ni bila turn to 30 sumthin and 40 sumthin dia kelihatan more beautiful dari zaman anak dara atau awal 20an...ummmm YA ke ?

Tapi bagi lelaki dia semakin segak dan stabil dari segi kewangan dan konfiden diri dia... huuuuh I LIKE..
And becoz of kelebihan inilah sang arjuna ini akan mula bersikap lebih...berani..dan ingin mencuba sesuatu yang baru...
TAKUT...?
Tapi itu semua terletak pada hati masing-masing kita yang kawal keadaan dan bukan keadaan yang kawal kita.

Bagi wanita pula i thinz la mungkin banyak kelonggaran terjadi pada our body, face and more, kira luar and dalam la senang cakap. TETAPI itu bagi yang alpa dan leka ... bagi yang sentiasa bersedia 40an or 50an it won't be a problem..

BETUL TAK ?

Renung-renungkan ...

BILA selsema DATANG menjenguk...!

Adoooiii..memang tension bila kena selesema . Mata asyik berair dan terombong ku jangan cite la...bagai air paip ..huh ! . Ni nak update blog dah siap-siap standby kotak tisu kat sebelah, mudah skit untukk....sssuuuuuppp (paham-paham sendiri la ye)

Time ni idea memang lembab la..sebab kepala berdenyut-denyut ikut irama dangdut..dan badan pulak suam-suam kuku. Bagi i sedikit masa ye untuk sharing some new story and infoz.

Ohhh ya ..tetiba teringat plak ..pagi tadi kat TV3 ada sembang-sembang tentang 'smartparenting' dan tetamu jemputan ialah En Zaid dari http://www.smartparents.com.my/

So Klu blogger-blogger rasa terlebih masa atau banyak masa terbuang i thinz u better singgah sekejap di BLOG ini to get many-many-many more infoz regarding Parenting....so why not kita JENGUK untuk kebaikan anak-anak dan mencari ilmu untuk diri kita juga

YANG BAIK KITA KONGSI
BERSAMA

SELAMAT MEMBACA !

04 May 2010

BILA JUMPA KAWAN LAMA


Pada 1 mei ai tu sempena cuti Hari Pekerja aku, cuba call kengkawan aku untuk setkan waktu nak wat perjumpaan.
Akhirnya setelah berbalas sms persetujuan pun dapat dicapai...dan terhasil lah perjumpaan ini
Sahabat aku NoNIe carikan tempat dan seperti yang telah dijanjikan kami pun bertemu..... Oleh kerana masa aku tak banyak di KL hanya NoNIe dan YoNG je yang sempat aku hubungi...
Lepas jugak rindu aku pada kawan-kawan baik aku ni...
ye lah sejak kami berkahwin dh jarang bertemu dan bila aku berpindah ke Melaka bertambah sukar lah untuk kami berjumpa.


Aku dah tak ingat dunia dh masa jumpa best frenz aku dua owang ni ... rasa cam balik pada umur remaja plak...gelak tawa masih sama, nostalgia lama terbit semula ...wow !!!!!!
Memang tak dapat aku nafikan aku cukup gembira..

walaupun hanya sekejap kami bersama ...aku cuba gumbira.
Gembira melihat kegembiraan teman baik ku dan gembira melihat kejayaan sahabat-sahabatku...

SAYANG
KORANG BERDUA !

RESEPI - Sambal Tahi Minyak

Aku ni bukanlah pandai sangat dlm bab masak-memasak ni ,tapi kalau setakat menu-menu tertentu boleh la . So aku nak share skit la resepi SAMBAL TAHI MINYAK untuk blogger2 yang nak cuba resepi ni :-

SAMBAL TAHI MINYAK

BAHAN-bahan:-
Tahi minyak (beli la kt pasar) atau boleh masak sendiri tp lama 1jm lebih
Buah Belimbing (yg kecik tu)
Petai (mesti ada)
Pucuk Ubi (tambahan aje xnk pun xper)
Ikan bilis (wajib )
Cili kering (20 tangkai)
Bawang besar ( 2 ulas)
Bawang putih ( 1 ulas )
air asam jawa

CARA-cara :-

bawang merah/besar, bawang putih ,cili kering - kisar
BUah belimbing - potong kecik2

MULA-mula :-

tumis bawang dan cili hingga garing ..kendian masukkan tahi minyak tadi biar sekejap ,
 masukkan pula belimbing di ikuti petai biarkan seketika,
 dh naik bau masukkan ikan bilis dan air asam jawa
 dan secubit gula serta garam secukup rasa

biar pekat sedikit dah boleh angkat....

SELAMAT MENCUBA dan MERASA

cara pakai shawl

03 May 2010

MAKAN @ intai-intai

Lepas tengok rancangan JALAN-jalan Cari makan dulu tu aku bagai nak gile cari tempat ni...tapi akhirnya dengan bantuan sahabat baikku sampai juga ke INTAI-INTAI


INTAI-INTAI Restaurant , AMPANG
(dimiliki oleh En Baha (Akedemi Fantasia)



Nasi Goreng Pataya

Ikan Siakap masak Stim

Tomyam Pure Thai


Pandangan pertama bila sampai ke tempat ni dah tentulah suasana dia ....memang ada kelainan la...tempat makan di atur dengan indah mengelilingi tasik kecil dan kebetulan aku kesini pada waktu malam jadi keindahan tempat bertambah lah dengan cahaya lampu nya
Siap ada pemuzik yang bermain muzik dari satu meja ke satu meja yang lain dan yang menariknya pemuzik-pemuzik ini seperti mengikut acara yang di raikan oleh pengunjung restaurant ni. Kebetulan pada malam aku di situ ada beberapa keluarga yang menyambut ulang tahun kelahiran jadi beberapa kali juga la aku dengar lagu 'HAPPY BIRTHDAY to YOU ' dan 'PANJANG UMURmu' di alunkan...sedap didengar
Ok, Bab makanannya ..yang paling aku tertarik ialah TOMYAM la...sebab memang rasanya berlainan dari tomyam yang pernah aku makan sebelum ini dan namanya pun unik...aku terlupa nak salin laaa..kan klu aku tulis lain pulak ejaannya....haha . Masakan ikan siakap Stim nya pun ada kelainan., kira ada rasa tersendirilah...cuma yang kurang bestnya setiap menu yang ditulis tidak dibenarkan ditukar kepada menu lain , contohnya suami kepada sahabatku meminta sayur belacan di tukarkan kepada sayur ikan masin ...memang tidak dibenarkan - ketawa juga kami bila permintaan semudah itu tidak dapat dipenuhi. Tapi kami menghormati tukang masak itu bila alasannya adalah untuk menjaga kualiti masakan...
Sebenarnya banyak lauk yang kami oder tapi yang nak aku kongsikan hanya menu-menu yang ada keunikan tersendiri saja...Jika nak diberikan bintang untuk suasana dan keselesaan  aku bagi 4/5  dan untuk makanan 3/5 .
Cubalah sendiri 


SELAMAT MENCUBA 

KESIHATAN TAK MENGIZINKAN

Beberapa ari ni x dapat menulis di BLOG rasa gelisah jugak...tapi apa boleh buat keaadaan kurang mengizinkan...dah beberapa hari tekanan darah rendah jadik kepala ni pening jew...nak berjalan pun susah nak tengok LAPtop ni pun berpinau...tapi ai ni ku gagah kan jugak sebab nak share tempat makan yang dh ku terjah ....