01 December 2010

iPAD

MEMANG AKU BERHAJAT NAK MILIKI iPAD UTK HADIAH ANNIVERSARY PERKAHWINAN AKU TAK LAMA LAGI TAPI, BILA AKU TERJUMPA ARTIKAL NI..AKU BATALKAN JE LAH NIAT UTK DAPATKAN iPAD BULAN NI... KLU BETUL LA AKAN ADA iPAD 2 BAIK AKU TUNGGU UNTUK MINTA HADIAH HARIJADI AKU BULAN JANUARY NI...HUHUHUHU...(BOLEH KAN - hub-B..? )

Apple iPad Malaysia Price is CHEAP! Should You Wait for iPad 2?


According to Apple products’ lifecycle, the iPad 2 will be announced in early 2011 (probably January 2011) and become available few months later.
The coming iPad2 would definitely better than the 1st generation iPad. Rumors say iPad2 will include camera and support FaceTime video call (current iPad has no camera), lighter weight, USB port, Retina display (like in iPhone 4), and new 3-axis gyroscopes.
My two cents
If you are buying iPad as a X’mas gift, then go ahead! It would be one of the best gift to your love!
However, if you are buying iPad for yourselves, you might want to reconsider. After all, you have waited for so long time (almost 1 year) for iPad Malaysia, I bet you won’t mind to wait a few more months to get the next generation and better iPad 2.
If you cannot wait anymore and you want an iPad NOW the BUY it!
The latest iOS 4.2.1 update gave iPad a new life and make it a better iPad with new features such as multitasking, folders, etc.
I am a happy iPad owner. Welcome to the club.
Update: Along with Malaysia, there are 10 other countries launch iPad same day too: Czech Republic, Denmark, Finland, Hungary, Norway, Poland, Portugal, South Korea, Sweden, and Taiwan.

30 November 2010

KENAPA..?

Kenapa lah agaknya ya..
susah sangat nak jadi orang yang setia. Dah punya pasangan yang menyayangi dan diri amat disayangi...kenapalah susah sangat untuk menjadi seorang yang setia dan jujur pada pasangan mereka...

Ummi bukan apa..
cuma nak berkongsi perasaan dan luahan hati TEMAN ummi...

Yelah..si isteri ni, dengan sepenuh hati menyayangi suaminya..sentiasa bersikap jujur dan tidak berahsia dengan si suami demi menjaga hati dan perhubungan mereka supaya sentiasa aman.
TETAPI....
sisuami ni yang sentiasa menganggap isterinya BODOH..dan tidak tahu apa-apa senang lenang bergembira dengan sikap tidak jujur dan sentiasa berbohong pada isterinya. Demi menjaga perhubungan mereka supaya tidak dilanda badai..si isteri bertahun-tahun memendam rasa kecewa dengan sikap suaminya.
TAPI...sampai bila isterinya mampu bertahan bila saban hari pertanyaan dijawap dengan penipuan walaupun ianya hanyalah "satu pertanyaan kecil".

Bagai sudah menjadi keseronokkan pula bagi sisuami untuk sentiasa berbohong dan tidak jujur pada siisteri. Sedangkan si isterinya tahu apa yang dilakukan oleh suaminya..bak kata teman ummi..."TUNGGU TSUNAMI" je ni .. aku telan dan aku muntahkah lalu akan aku biarkan dia tersadai lemas ditepi pantai...
huh..! dalam sungguh maknanya tu.

Adu teman ummi lagi...
Rajin ajak isteri keluar dengan anak-anak , tapi kalau berjalan tak pernah nak bersebelahan..mesti macam orang tak kenal..lepas tu bila nampak je pompuan lawa..mak ai...tak leh control mata 2, 3 kali menoleh tak pikir perasaan isteri kat belakang tu. Huuhuhu..dia ingat isteri dia tak nampak agaknya..

Mmmmm...
Apa nak dinasihatkan ye..
SABAR je lah temannnn...ye
Tapi kalau ummi pun memang lah ummi akan terasa kecil hati..kalau suami bersikap macam tu ..dan ummi rasa bukan kami saja rasa cam tu tapi semua kaum HAWA...

Buat sisuami teman ummi atau mana2 suami / lelaki tolonglah sensitif skit dengan perasaan pasangan kita...dan kaum hawa juga kena peka dan sensitif dengan perasaan pasangan anda..

KITA MANUSIA PUNYA HATI DAN PERASAAN.

18 November 2010

BILA AKU TELAH TIADA .....

Kekadang bila kita ditimpa macam-macam kesengsaraan...kesakitan ...kesusahan dan berbagai lagi " ke...."

Kita akan mula berfikir bermacam-macam benda pelik atau karut maruk..yang dicipta oleh akal kita yang sedang kusut....berserabut.

Antaranya kematian... Crying 1 

Padahal apa yang kita tanggung itu tidak lah...seberat mana pun..
cuma kita ter .....
terlebih emosional ...
dan terhasillah ...
perasaan yang mengundah gulana kan diri kita sendiri...

Mungkin orang yang membaca luahan ini tidak paham..apa yg nak disampaikan ...atau apa yg cuba disampaikan...(biarkan aje lah..tak yah nak pikir bebanyak ye...)

TAPI bagi orang yang mengalami situasi TERSEBUT....(memang dia aje lah yang paham)

BAGI SEORANG ISTERI..IBU..ANAK..DAN ADIK/KAKAK/ABANG kepada sebuah keluarga :-

apa yang diinginkan hanyalah doa...bacaan ayat-ayat al-quran mengiringi ketiadaan nya kelak.
doa dari anak2 yang soleh/solehah, sedekah ayat2 suci dari keluarga dan teman2 nya untuknya.
 Rings Bagi seorang ibu kepada anak2- sudah tentu dia inginkan sisuaminya menjaga anak2 yang ditinggalkan nya dengan sepenuh kasih sayang .
 Bride And Groom Supaya si suami tidak salah memilih penggantinya untuk meneruskan didikan dan mencurahkan kasih pada anak2nya.

BILA AKU TELAH TIADA....

Kau carilah pengantiku namun jangan sesekali kau abaikan tanggungjawabmu pada "permatahati" kita....

KERANA PEMERGIANKU DEMI PENGORBANANKU UNTUK MU....

 Beating Heart





IDEA ada tapi xde DAYA..!

Dalam keadaan yang kurang "sihat"..ummi masih ada banyak idea untuk di curahkan ..tapi yang membataskan idea ini di tempek kan di sini ialah DAYA yang semakin berkurangan...

14 October 2010

3 BULaN

 Thank You
dah 3 bulan usia kandungan , masih mengalami alahan, betul kata orang tua-tua - setiap orang akan mengalami alahan yang berbeza sewaktu mengandung...

Waktu ummi mengandung permata sulung dan kedua..memang lain ... walaupun 'morning sickness' x dapat nak dielakkan...tapi selera ummi tak pernah putus...bahkan bertambah..hehehe

Cuma kali ini..agak berbeza...dari awal usia kandungan ummi mula putus selera makan...bahkan nak tengok makanan pun tak boleh...apatah lagi bila tercium bau makanan lebih-lebih lagi yang bergoreng ...uuuiiissshhhh..! susah nak cerita tapi ummi tahu ramai yang diluar sana pun pernah mengalaminya.

Sampai satu saat ummi langsung tak boleh bangun berminggu-minggu malahan nak bercakap pun orang tak boleh paham apa yang ummi tuturkan..hinggalah ummi dihantar ke hospital ... dan selepas itu HuB-B membelikan ummi suppliment untuk mengantikan makanan yang ummi tak boleh makan..ALHAMDULILLAH..ummi semakin bertenaga walaupun hanya bergantung pada suppliment yang dibelikan HUB-b.

Dan yang penting BABY sihat , walaupun cyst masih ada dan semakin membesar tapi ummi ikut nasihat doktor supaya tidak memikirkan tentang cyst supaya hati tidak risau..

TAK TERUCAP dan terbalas terima kasih ummi pada Hub-b , kerana banyak membantu ummi dalam hal anak-anak dan urusan rumahtangga sepanjang ummi terlantar tak berdaya. TERIMA KASIH - PAPA !





08 September 2010

Pregnant dan cyst..?

Dah lama tak muncul ..kesihatan tersangatlah merundum.
Sebelum terlupa , ummi nak ucapkan selamat hari raya pada semua sahabat blogger, semoga raya ini menjadi raya yang paling mengembirakan anda.

Dah lama tak update blog..so kali ni ummi cuma nak berkongsi perasaan ummi.

Semalam ummi pergi buat check-up..dah 2 bulan di alam kehamilan. Saat yang mengembirakan walaupun kali ni ummi mengalami alahan yang teruk..

Semalam juga ummi diberitahu oleh doktor bahawa ada cyst dalam perut ummi ni.. ummm, entah macam mana nak rasa pun tak tahu lah. TAKUT..? rasanya begitulah .

Walaupun doktor kata cyst tu kan hilang sendiri apabila hormon dah stabil.., hati ummi berbelah bahagi..antara nak percaya kata doktor atau tidak..bukan tak yakin dengan kepakaran doktor sakit puan tu ..cuma ummi paham doktor akan cakap sesuatu yg menyenangkan hati pesakit..

Jadi pepagi tadi ummi gagahkan jua diri untuk mengadap Lappy ni mencari maklumat tentang cyst ni...mmmm, seperti bisikan gerak hati ummi..kebanyakkan cyst akan berakhir dengan pembedahan..dan ummi cuma berharap 'baby' didalam kandungan ini sihat dan selamat.

Lagi sebulan..kena jumpa doktor untuk monthly check-up...dan tengok apa perkembangan cyst ni...

Ummi terima ini sebagai ujian dari yang maha esa..dan ummi anggap ini sebagai jawapan yang ummi cari selama ini.(Dalam keadaan inilah semua jawapan akan terungkai...) amin..!

27 August 2010

Mengidam

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, aku dikhabarkan dengan berita yang mengembirakan dan sememangnya amat di nantikan anak-anak dan Hub-b.
 Mom And Baby 
sekarang dah 5 minggu aku hamil, setelah usia anak kedua sudah pun 7 tahun. Bersyukur pada maha pencipta kerana makbulkan doaku untuk memiliki zuriat lagi.

Dalam usia yang terlalu awal aku perlukan rehat yang lebih, dan kunjungan "biasa" bagi wanita hamil ..dah mula menjengah.., memang tak daya badan ini..tekak mula hilang selera untuk menjamah hidangan..walaupun otak berligar2 mencipta selera.., kedang yang tak pernah kita suka jadi igauan pula..

mula2 sebelum disahkan mengandung , aku beria-ia nak makan tempe goreng kat restoran indonesia ..siap cicah dengan sambal belacan lepas tu nasi lemak ayam goreng ..rupa-rupanya ..orang didalam yang nak makan....

Dan sekarang ... bau makanan pun dh tak boleh ..semua buat aku loya..kesian anak2 dan hub-B dah lama aku tak dapat sediakan hidangan berbuka untuk mereka..

Alhamdullillah..aku dianugerahkan anak2 yang cukup memahami..dan rajin membantu..dan Hub-B yang boleh bersabar dengan kerenah ku..

sayang kamu semua

Ummi.





12 August 2010

SALAM RAMADHAN

LAMA UMMI X SEMPAT NAK UPDATE BLOG NI...MAKLUMLAH DEKAT2 RAYA NI MACAM2 BENDA NAK DIJAHIT...

SETIAP RUANG MASA YANG ADA KENALAH GUNA SEPENUHNYA...LABUCI DAN MANIK KAT BAJU RAYA UMMI PUN LUM ABIS JAHIT LAGI NI..hehe

NASIB BAIK BAB KUIH RAYA BUKAN BIDANG UMMI...MEMANG TIAP2 TAHUN "KUIH TUNJUK" AJE LA..

LAGIPUN DEKAT2 RAYA NI..KENA PROMOSI TUDUNG LEBIH SKIT...YE LAH DALAM ALIRAN NIAGA NI BYK SAINGAN..

PEPEHAL PUN UMMI INGIN UCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN BERAMAL DI SEPANJANG BULAN RAMADHAN INI...

28 July 2010

sembonia/ BONIA SALE.!

DAH TIBA MUSIM KEGEMBIRAAN BAGI KAKI SHOPPING..
DIMANA-MANA ...SALE..SALE..SALE..
UMMI NAK CITE SALE @ BONIA / SEMBONIA..
MEMANG GILER..MURAH BETULBETUL MURAH
TAPI ( tipS) KORANG KENA PANDAI PILIH LA...SEBAB SLLU NYA TIME HARGA RUNTUH NI..BARANG2 PESHEN LAMA SKIT...LEBIH-LEBIH LAGI HANDBAG..
NI UMMI CITER TENTANG BARANGAN YANG BUDGETNYA DLM 2 - 3 ANGKA LA..
LU BARANGAN YANG 4 ANGKA TU ..LAIN CITER YA..
SAMBUNG ...
ADA DISKAUN HINGGA 70-80%
TAK GILER KO DENGAR..




SEMPAT GAK UMMI TANGKAP SEPASANG KASUT NI...
KALER PEPEL U. RM129 DISKAUN 50%...UMPH..! APA LAGI REMBAT LA..

22 July 2010

Tips- TANGANI KEKECEWAAN

 PUTUS CINTA/ PUTUS KASIH / DITINGGAL AWEK  / BOYFRIEND DAPAT  Break Up Letter
 AWEK BARU / SUAMI KAWIN LAIN ..
.DAN TAH APA-APA LAGI LA JENIS KECEWA...TAPI KORANG LEH LA CUBA GUNA PAKAI TIPS DI BAWAH INI....

                                                                                                                                                             TAK SALAH MENCUBA..
.DARI DUDUK MELALAK-MELOLONG SAMPAI KUAR AIR  Crying 1 MATA   DARAH SKALI PUN TAK DE PEKDAH NYE...WAT TAMBAH SAKIT ATI ADALAH...DAN SI DIA PULAK..ASYIK-MASYUK MELAYARI BAHGIA..KO..DAPAT APA..?


1) UBAH PENAMPILAN

 - PERGI LA BELI BAJU /SELUAR BARU DENGAN GAYA/IMEJ YANG BARU
(KLU DULU ASYIK PAKAI t'SHIRT JE TRY PAKAI blouse PLAK ) TP BIARLAH GAYA TU 'BERTEMPAT' KLU BOLEH CARI KAWAN2 YG 'STYLO' MINTA IDEA DIA.
- BERSOLEK LA SKIT...TP JGN LA PLAK JADIK 'BADUT' BUAT MEMBAZIR MAKE-UP JE..ALA KADAR JE DAH LA..

2) KELUAR DARI KEPOMPONG

- ISHH BUKAN LA , SURUH KO JADIK RAMA2...TAPI MAKSUD UMMI, KO CUBA UBAH RUTIN YG BIASA KO BUAT..KLU BIASA KO BACA BUKU CERITA CINTA, APA KATA KO TUKAR PADA BUKU AGAMA KE..BUKU LAWAK KE..KLU DULU KO SUKA TGK TV..KO TUKAR G TGK WAYANG PLAK..(ITU CONTOH...YE ..CONTOH..)

3) BERGAUL

- KO CARI KAWAN2 BARU...TAMBAH STOK DAN KOLEKSI KENGKAWAN YG SEDIA ADA.
(UNTUNG2 DAPAT CARI PENGANTI..HEHE )

4) BERSENAM

- KO WAT LA APA-APA AKTIVITI YG ADA KAITAN NGAN SENAMAN...POCO-POCO KE..AEROBIK KE..JOGGING..KE..(TAK KAN TU PUN NAK KENA AJAR..)

5) DIARI

- HAA.. YANG NI, PENTING . KO AMIK LE BUKU TULIS ADIK KO YG TAK DI GUNA ( KLU X NK BAZIR DUIT LA) BUAT KAN SATU DIARI  UNTUK KO TULIS SEGALA ISI HATI KO..SEGALA APA YG KO RASA..SEME KO CATATKAN KAT DIARI TU.
.(BILA HATI KO DAH PULIH KO BACA SEMULA MESTI KO KETAWA hehe..)

6) LAGU

- ELAKKAN DENGAR LAGU 'JIWANG KARAT' ATAU SEBARANG LAGU YG ADA UNSUR2 SEDIH. KO GANTIKAN DENGAN CD ZIKIR...ATAU PUN MUZIK INSTRUMENTAL..(SENANG CITE MUZIK YG XDE ORG MENYANYI)

7) BERCUTI

- KLU ADA DUIT LEBIH SKIT KO G BERCUTI JAUH2..KLU AGAK2 POKET TAK BERAPA NAK PENUH TU..KO G LE KAT MANA2 SUNGAI DAN BAWA KHEMAH SENDIRI KO BERMALAM LA KAT SITU SEMALAM DUA (KIRA BERCUTI GAK TU)

8) TV/WAYANG

 - ELAK TGK CITE SEDIH...BILA TENGOK TV ATAU WAYANG..TENGOK CITE LAWAK JE

9) JAUHI TEMPAT KESUKAAN

- ELAKKAN DIRI DARI PERGI KE TEMPAT KO DAN SI DIA SUKA PERGI..KLU BOLEH, JGN PERGI LANGSUNG TAPI KLU TERPAKSA JUGA...TUTUP MATA BILA MELALUI KAWASAN TU...(haha boleh ikut ke ni )

10) LUAHAN

- APA-APA HAL PUN ..BILA KO BERMASALAH KO KENA LUAHKAN PADA SESEORANG . ORG TU BIARLAH ORG YANG BOLEH DI PERCAYAI...(KALAU BOLEH BIARLAH YG SAMA JENIS)

11) BARANG/HADIAH

- GAMBAR ..HADIAH..TAH APA2 LAGI LA YG KO SIMPAN YG BOLEH MENGINGATKAN KO PADA DIA ...KO CAMPAK KAN JE KE LAUT (eh..tu Pencemaran ..tak elok ..apa kata ko bg je kt ummi hehe..)


SELAMAT MENCUBA..KLU BERJAYA BAGUS
KLU TAK BERJAYA KO JGN MARAH KAN UMM PLAK..






LV


APA KE 'SENGAL' AKU TERGILA-GILAKAN COVER 'LV' NI..SAMPAI MERAJUK NGAN HUB-b.
Akhirnya setelah puas menerjah keserata kedai serta kiosk yg bersangkutan menjual aksesori HP
JUMPA
juga baju baru untuk N97 ku..
KAT mana..?
LOW YATT plaza..
kat situ la..dan dalam banyak2 kedai hanya ada satu kedai je
yang ada jual ...
PUAS hati aku..
SENYUM lebar sampai ke telinga aku

21 July 2010

Reunion - COPERO

 Cheater Tak sabar rasanya tunggu 31 july ni.
Dah hampir 20 tahun selepas habis SPM , ummi tak jumpa schoolmate . Entah macammana la agaknya rupa dan size dia orang..huhuhu..

 Daycare Dah beranak pinak ni...mesti banyak yang nak dibualkan...


Kami patut ucapkan terima kasih pada laman FB , sebab dengan FB lah kami semua dapat bertemu dan bersatu kembali...tak sia-sia lah niat ummi melayari Facebook untuk mencari teman-teman lama dulu..walaupun beberapa bulan jugak menanti..tapi akhirnya BERHASIL.

Pada 31 july ni, kami dah rancang untuk bertemu di rumah seorang teman yang sudi rumahnya digunakan sebagai tempat perjumpaan kami semua. TERIMA KASIH DATIN NONIE DIN.

Harap-harap tiada aral melintang untuk ummi tiba ke sana nanti.

SEKOLAH MENENGAH  CONVENT PEEL ROAD, KUALA LUMPUR - 1991




Pusing...

No 

Pusing kepala ummi...
ai tu hub-B budget Rm**** untuk renov dapur..
kononnya nak wat wet kitchen la ni..nak wat ala-ala english style..
dah panggil owang datang dah dapat budget yang dipersetujui...
pastu bila tengok ada yg x sedap mata memandang nak di tokok tambah..
Bila di tambah..maka nya RM nya pun kena lah tambah jugak...
tu yang buat pening ni...ishhh..ishhhh




20 July 2010

???

 Pouty 
Dah beberapa ari ni..badan asyik tak sihat yelah..apa tidak nya dah 2 minggu berturut-turut kena jadik orang katering dan chef tak bertauliah untuk kenduri umah ibu mertua ku dan bonda ku.
 Weight Of The World
Nak kata menantu kesayangan tu jauh la..tapi menantu yang ringan tulang rusuk ..itu boleh di ambik kita ar. Sebagai anak bongsu kepada bonda tercinta kira ummi lah yang kena jadi tulang ''sotong' setiap kali ada kenduri kendara..tu loa susah bila adik beradik tak ramai ni..( so sesiapa yang baru kawin atau plan nak kawin ...korang beranak le ramai2 senang bila ada kenduri kendara huhuhu..kesitu pulak ye..!)
 Moodswings 
Nak mengadu balik ni...oleh kerana dah 2 minggu berturut-turut bekerja keras so oleh kerana badan ummi yang cinonet ni tak termampu nak berlasak-lasak cam orang muda lagi..maka terbaring la beberapa hari..kelesuan dan kesakitan ... nak mentenet pun tak mampu walaupun dalam hotak tu ..berangan lagi nak bangun dan menekan punat-punat lappy ni..dan AKHIRnya hari ni ...dapat juga ilangkan kerinduan untuk mentenet..itu lah klu dah gila blogging ...tak leh tak layan satu hari ..rasa cam tak sempurna idup ni...

Pepehal pun ummi dah sihat dan akan menyusul le cite-citi yang mengarut dari UMMI...nanti.. 
Hearty Laugh
 









14 July 2010

Tom..oh Tom..

Kesian....

itu je yang boleh aku ucapkan..

kesian...

aku kesian ngan keluarga dia...si Tom tu la..minah kontovesi tuh..

Rata-rata lam Blog ada cite pasal dia...

kesian...

Buat baik di balas baik ...

Buat jahat ...Terimalah akibatnya..

kesian..kesian....

macam-macam nama dah dapat..award sebagai artis lum merasa
lagi..huhuhu

silap-silap ari bulan..

melepas nak jadi artis...

Kenapa isteri curang pada suami...

Bru kejap tadi ummi, YM dengan sahabat dizaman persekolahan..nak diceritakan kiranya sahabat ummi ni, antara anak dara cantik dan popular lah di alam persekolahan dulu (sekolah kami lain-2 ye)...dan ummi tengok dia pun masih lagi cantik dan bergaya walaupun umur je meningkat . Apa yang buat ummi terkezut, bila dlm ber YM tu terkuar le cite 'apa kes' ni...(lebih kurang camni la chat kami berdua)

 I have a secret

opssss sebelum tu, ummi dah bagitau dia yang ummi nak masukkan cite ni dalam blog ummi..dia kata suka hati u la..i tak kisah pun...so jom kita layan....!

ummi : apa cite u skunx

X        : i macam ni la..sihat je.

bal..bla..bla...(di shortcut kan cite..)

 X       : hubby i pun ada scandal

ummi : eh ..ye ke ( ummi memang kenal sangat dgn suaminya sama2 membesar)

X        : dengan off mate dia

ummi : u ok ke ni

X        : x per ok, x kisah pun

ummi : x kisah ?

X        : ye.. dia buat i pun buat, biar rasa

ummi : apa dah jadi  ni

X        : dulu dia dh buat i maafkan tp dia buat lagi..i dh xkuasa nk layan . i buat apa yg dia buat
             
ummi : biar betul u ni?

di shortcut kan lagi...

ummi : dengan siapa ?

X        : duda anak 3 , kenal masa g kursus

ummi : mmmm (terkelu seketika)

X       : i x leh ubah hubby i, so i ikut apa yang dia buat..so dia rasa apa yg i rasa dan i rasa apa yang dia rasa - ok kan..?

ummi  : susah nak komen

ummi : kenapa u pilih duda tu, apa beza hubby u

X        : dia caring, jg ati i, sakit pening i, makan pakai i, anak2 pun suka dia.
             si Z tu..i sakit pun dia x amik tahu, jgn nk jg ati i..

X        : Bf i sllu call and ckp miss me,  si Z x pernah sejak kawin

X        :  Bf i belikan i hadiah dia yg pilihkan, si Z klu i minta baru nk bg tu pun pandai2 pilih sendiri

ummi  : oooo u sayang lg x Z

X        : tah la..dia x syg i, dia lbh syg scandal tu

X        : i pernah baca sms dia kt scandal tu "i miss u" "i luv u" dan mcm2 ayat romantik laa

X        : kat i mana pernah

ummi : i x tau nk ckp apa psl ni

X       : x pe u dgr je

ummi  : k, so smp bila u nk trus camtu

X        : i pun x tahu, tapi i happy dgn duda tu (M)

ummi : ooo nama dia M ye..so u rasa Z tahu ke kes u ni

X      :  dia bz ngan pompuan tu ..mana ada masa jaga i

ummi : pompuan tu anak dara ke ?

X   : isteri orang

ummi  : ?????

shortcut lagi...

ada la skit nasihat yg cuba ummi bagi..tapi rasa-rasanya dia tak leh nak ikut sebab hati dan perasaan tengah kecewa dan 'bahagia' ..so 'APA KES NI' nak salahkan sapa ?..nak tolong camna ?

SUSAH NAK TULIS PENGAJARAN UNTUK KES NI...SEBAB UMMI TERKEDU ...!





13 July 2010

TIPs HIDU keCURANGan

info : http://www.tentangcinta.com/

Saya dapat tips ini dari seorang isteri yang sedang dalam dilema bagi meluluskan permohonan suaminya untuk berpoligami secara bersijil. Walaupun suaminya dah berkahwin di Thailand hujung tahun lepas, tapi sekarang dalam proses untuk mendaftar di Malaysia. Isteri berkenaan ingin berkongsi sedikit pengalaman dengan anda terutamanya isteri-isteri dan bakal-bakal isteri.




1. Tahu tak siapa yang berpotensi untuk menjadi kekasih suami kita? – teman rapat, kawan sekerja yang selalu outstation bersama dan juga kekasih lama.

    Office Romance  At Work Love 
Kisses!

2. Kekasih lama – tanpa mengetahui apa sebab suami berpisah dengan dia, sebenarnya is a bigger threat. Suami mungkin masih ada rasa cinta kepada kekasih lama. Jika tiba-tiba bertemu semula, awas lah! Memang perasaan cinta itu akan timbul semula lebih2lagi kalau kekasihnya itu pun memang layan suami kita.

   
Wazzup BoyChick

3. Bila suami mula jaga badan dan berdandan – tak macam selalu, selekeh atau tak ambil kisah penampilan diri! Ini menunjukkan suami dah mula beri perhatian kepada somebody

 Call Me 
4. Taliponnya selalu silent atau padam kalau kat rumah – memang ada yang dia sembunyikan. Periksa sekali sekala handphonenya tu! Kalau ada sms yang mencurigakan, tanya dia. Atau ada sms yang pelik2, kadang tu itu adalah kod rahsia dia berdua

 Call Me Glitter  Exec 2  Exec 
5. Suami pakai dua handphone atau lebih! Ini memang perlu diragukan! Apalagi kalau handphone satu lagi tu selalu off kalau di rumah

 I Love You 
6. Suami mula dingin atas katil! atau mula nampak kelemahan kita,  Thumbs Down mula komplen kita tak pandai itu tak pandai ini! Kalau tak komplen pun, dia masam muka

   Wink 
7. Suami banyak termenung sendiri sambil senyum2…haa, ini baru mula menjalin hubungan

 Caveman 
8. Suami mula pelupa!…fikirannya celaru dan asyik ingat girlfriend dia, jadi banyak benda yang dia lupa

 Gondola Kiss 
9. Kalau out station kita nak ikut, dia beriya-iya pujuk kita tak payah ikut! mungkin dia dah janji dengan girlfriennya nak jumpa masa outstation! Biarpun girlfriend tu jauh, sekarang ni ada tambang murah air asia

 I Love You  Serenade 
10. Memberi perhatian lebih pada kita…ha ini sebenarnya nak mengaburi mata supaya dia boleh divert kita punya syak wasangka

 I Miss You  Boy In Bed 
11. Selalu lewat tidur – dia hendak bersms dengan kekasihnya! Biasanya lewat malam tu masa yang boleh menimbulkan suasana romantis



12. Mula tergagap-gagap bila nak menjawab pertanyaan kita yang tiba-tiba, misalnya tanya kenapa nak jaga badan sangat sekarang ni?….atau terkedu bila kita tanya pasal ada tak dia suka perempuan lain?



13.Mula tak berapa ambil peduli anak-anak biarpun selama ini dia sangat mengambil berat hal anak-anak

   Daddy & Baby  Son & Father 
14. Rajin menghantar anak ke persatuan waktu cuti dan isteri di rumah. Masa ni dia gunakan untukmenghubungi kekasihnya

   Cheater 
Kawan2, saya bukan prejudis terhadap lelaki aka suami. Tapi percayalah saya 100%, kalau suami mula menunjukkan salah satu sikap di atas memang dia ada kekasih!!! Biarpun suami kita ni jenis sembahyang tak tinggal, atau nampak alim!! Ini betul!


Tips Cinta ini telah diterima melalui kiriman email.