18 January 2014

STROK ? Apa tu ?

Hye uols..
Sembang-sembang juga.. Sekali skala ummi nak share info2 yang perlu kita semua tahu. Mungkin ramai yang dah pun tahu , tapi rasanya masih ramai juga yang belum nak ambil tahu. Moh le kita tinjau2 demi kesihatan diri kita .. tak pun demi orang2 yang kita sayang.

Jangan Ingat Orang TUA aje yang boleh jatuh sakit ye, Penyakit di era moden ni tak mengenal usia.. asal dia berkenan je dia singgah lebih lagi jika kita kurang jaga makan dan olahraga (*ehemmm cam ummi le tu)

Jom kita jenggah sikit apa itu strok..

**owh sebelum tu nak bg kredit skit le kat #www.nasam.org#

Strok di Malaysia.

#Emosi. Imbangan. Koordinasi. Penglihatan. Pendengaran. Deria rasa. Pergerakan Terkawal.
#Strok adalah punca kematian ketiga terbesr di Malaysia.
# Hanya penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok.
" Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak"
-> Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.

Apakah strok?


Fungsi-fungsi otak.
Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.
Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.
Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.


Serangan Iskemia Sementara (TIA)

Strok Iskemia: Apabila timbunan plak terbentuk di dalam arteri, ia menghalang pengaliran darah, menyebabkan ketulan-ketulan darah beku terbentuk, lalu mengganggu bekalan darah ke otak.
Satu tanda penting ancaman strok adalah Serangan Iskemia Sementara (TIA), juga dikenali sebagai strok mini. Ia berlaku kerana gangguan bekalan darah yang sementara kepada bahagian-bahagian otak. Gejala-gejalanya amat serupa dengan strok sebenar, tetapi, tidak seperti strok yang serius, gejalanya muncul kurang dari 24 jam dan kemudian pulih sepenuhnya.
TIA adalah petunjuk yang sebahagian otak tidak mendapat darah yang mencukupi dan terdapat risiko berlakunya strok. TIA tidak boleh sekali-kali dibiarkan dan perlu dilaporkan kepada seorang profesional perubatan secepat mungkin.





**Penghargaan: Rajah-rajah digunakan dengan kebenaran Stroke Foundation of New Zealand.

17 January 2014

apa cerita dengan KANGKUNG..?

aiyarkk..

opsss silap mukadimah dengan salah ayat pula

Selamat pagi.. (selamat tengahari/selamat malam) * ikut pada waktu korang masuk blog ni la kan..

Ni apa cer kecoh Kangkung sana-sini.. ermm memula itu lah persoalan yang berlegau (bahasa owang melaka) kat minda ummi nih.. pastu tengok kat fesbuk rata2 post dlm beberapa hari ni citer pasal kangkung .. akhirnya tahu la ummi kisah nya. tapi ummi tak nak komen apa2 pasal kangkung ni ni isu sensitip pada sesetengah orang so jalan selamat *ShhhhhSSSSh* aje la kan.


# dh le lama tak hupdet blog tetiba dok merapu plak ummi ni ye#
 sejak dah  jadi student tua ni masa agak mencemburui (cewahhhh) ye la .. terkejar nak siapkan assignment lagi.. nak wat susu dak baby syasya lagi (tu pun loghat owang melaka) nak g amik dak kakak kat sekolah .. nak antau dak abang ke asrama nak masak..bla..bla..bla.. (stop jgn membebel ummi).


*ini lah sebab nya ummi susah nak berenti membebel ~~~~~ faktor umur ahakk (x pasal2 umur yg di persalahkan)

okey nanti ummi sambung ar.. ni ada urusan kecemasan yg di buat2 perlu di uruskan..
muahhhhaaahaha.....