14 October 2010

3 BULaN

 Thank You
dah 3 bulan usia kandungan , masih mengalami alahan, betul kata orang tua-tua - setiap orang akan mengalami alahan yang berbeza sewaktu mengandung...

Waktu ummi mengandung permata sulung dan kedua..memang lain ... walaupun 'morning sickness' x dapat nak dielakkan...tapi selera ummi tak pernah putus...bahkan bertambah..hehehe

Cuma kali ini..agak berbeza...dari awal usia kandungan ummi mula putus selera makan...bahkan nak tengok makanan pun tak boleh...apatah lagi bila tercium bau makanan lebih-lebih lagi yang bergoreng ...uuuiiissshhhh..! susah nak cerita tapi ummi tahu ramai yang diluar sana pun pernah mengalaminya.

Sampai satu saat ummi langsung tak boleh bangun berminggu-minggu malahan nak bercakap pun orang tak boleh paham apa yang ummi tuturkan..hinggalah ummi dihantar ke hospital ... dan selepas itu HuB-B membelikan ummi suppliment untuk mengantikan makanan yang ummi tak boleh makan..ALHAMDULILLAH..ummi semakin bertenaga walaupun hanya bergantung pada suppliment yang dibelikan HUB-b.

Dan yang penting BABY sihat , walaupun cyst masih ada dan semakin membesar tapi ummi ikut nasihat doktor supaya tidak memikirkan tentang cyst supaya hati tidak risau..

TAK TERUCAP dan terbalas terima kasih ummi pada Hub-b , kerana banyak membantu ummi dalam hal anak-anak dan urusan rumahtangga sepanjang ummi terlantar tak berdaya. TERIMA KASIH - PAPA !