27 August 2010

Mengidam

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, aku dikhabarkan dengan berita yang mengembirakan dan sememangnya amat di nantikan anak-anak dan Hub-b.
 Mom And Baby 
sekarang dah 5 minggu aku hamil, setelah usia anak kedua sudah pun 7 tahun. Bersyukur pada maha pencipta kerana makbulkan doaku untuk memiliki zuriat lagi.

Dalam usia yang terlalu awal aku perlukan rehat yang lebih, dan kunjungan "biasa" bagi wanita hamil ..dah mula menjengah.., memang tak daya badan ini..tekak mula hilang selera untuk menjamah hidangan..walaupun otak berligar2 mencipta selera.., kedang yang tak pernah kita suka jadi igauan pula..

mula2 sebelum disahkan mengandung , aku beria-ia nak makan tempe goreng kat restoran indonesia ..siap cicah dengan sambal belacan lepas tu nasi lemak ayam goreng ..rupa-rupanya ..orang didalam yang nak makan....

Dan sekarang ... bau makanan pun dh tak boleh ..semua buat aku loya..kesian anak2 dan hub-B dah lama aku tak dapat sediakan hidangan berbuka untuk mereka..

Alhamdullillah..aku dianugerahkan anak2 yang cukup memahami..dan rajin membantu..dan Hub-B yang boleh bersabar dengan kerenah ku..

sayang kamu semua

Ummi.





12 August 2010

SALAM RAMADHAN

LAMA UMMI X SEMPAT NAK UPDATE BLOG NI...MAKLUMLAH DEKAT2 RAYA NI MACAM2 BENDA NAK DIJAHIT...

SETIAP RUANG MASA YANG ADA KENALAH GUNA SEPENUHNYA...LABUCI DAN MANIK KAT BAJU RAYA UMMI PUN LUM ABIS JAHIT LAGI NI..hehe

NASIB BAIK BAB KUIH RAYA BUKAN BIDANG UMMI...MEMANG TIAP2 TAHUN "KUIH TUNJUK" AJE LA..

LAGIPUN DEKAT2 RAYA NI..KENA PROMOSI TUDUNG LEBIH SKIT...YE LAH DALAM ALIRAN NIAGA NI BYK SAINGAN..

PEPEHAL PUN UMMI INGIN UCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN BERAMAL DI SEPANJANG BULAN RAMADHAN INI...