10 December 2012

Nak Kurus

Eh tetiba plak hari ni ummi buat N3 pasal nak kurus . bukan apa pun ni ummi dapat semangat untuk kurus kan badan semula lepas baca e-book dari kevin zahri cara2 untuk turunkan berat badan dengan cara yang sihat. Dulu sebelum kawin berat badan ummi cuma 38kg waktu tu ummi 24 tahun lepas anak satu naik pula ke 40kg masa tu ummi mmg suka la sebab baru nampak ada cutting skit.kemudian bila ummi melahirkan anak ke2 berat badan ummi bertambah ke 43kg pada usia 30tahun ok la kira dah capai la berat yang sesuai dengan ummi walaupun sepatutnya ummi perlu tambah berat ke 44-49kg dengan ketinggian yang tak seberapa nak tinggi ni 151cm .kemudian selepas 8 tahun ummi kembali mengandung dan melahirkan ,umur pulak semakin lanjut pada umur sekarang cuma beberapa hari je lagi nak masuk 39tahun berat badan ummi sudah mencecah 53.6kg owhhhh mak enon..memang katek giler la hahahaha..ummi tak cakap orang lain ye ummi cakap pasal ummi nih..jangan la pulak ada yang saiz and berat sama cam ummi terasa hati kikiki... mungkin dengan umur yang menghampiri 40an ni metabolisma pun semakin slow apatah lagi ummi dah tidak bersenam sejak melahirkan anak ke3 ni..walaupun makan nasi sekali sehari je lemak2 ni masih suka singgah melekat di pinggang, peha,lengan dan part yang paling peberet nya ada PERUT. oh tidak ! Kebetulan ummi ni pun memang suka baca fb kevin zahri. banyak panduan dan tips yg diberi secara percuma kat ctu.. dan 3-4 hari lepas tergerak la plak hati ni nak beli ebook dari kevin zahri. bila baca rasa semangat tu datang ..penuh bermotivasi penulisan yang mudah di fahami .ni yang nak share ngan korang ni mana la tahu kot ada yang cam ummi ni yang sedang berusaha menurunkan berat badan. tak guna kan modal yang besar pun cuma guna masa dan tenaga je yang penting nak ke TAK ?. apa pun korang leh try masuk sinHow to Gain 5kg in 10 Weeks Banneri jom kita sama2 kurus !!!! dan bukan hanya kurus yang penting SIHAT..!

02 December 2012

JOM bercuti ~ Port Dickson

Cuti sekolah dah beberapa minggu berlalu baru kini ummi sempat bawa anak2 pergi bercuti. Itu pun lepas urusan2 penting dah di settlekan. Ummi nak berkongsi percutian pertama kami pada cuti sekolah disember 2012 ini. Kami pilih Port Dickson sebagai tempat percutian kami. Kali ni kami pilih PD PERDANA CONDO RESORT sebagai tempat untuk lepak. kami pilih apartmen 2 bilik cukup la untuk kami 5 beranak. apartmen yang kami dapat betul-betul mengadap kolam, apalagi suka la anak-anak. Belum sempat barang-barang keluar dari kereta mereka dah terjun ke dalam kolam. Termasuk la ummi bersama baby .Dah puas berendam hampir 4 jam baru lah kami naik ke apartmen untuk berehat. Ummi memang rekomen la pada yg ingin mencari tempat percutian bersama keluarga untuk pilih PD PERDANA CONDO RESORT . memang bebaloi dengan apartmen yg luas serta bersih.Dapur serta peralatan juga disediakan. Tapi kalau nak bawa barang2 memasak sendiri pun lagi elok lebih menjamin kebersihan.

18 November 2012

awas! !!!

Bagi yang suka mengata orang bila rumahtangga orang bergolak. Fikir-fikir kan lah ye sebelum mengata sebab jangan confident sangat pasangan yang sering berkepit dengan anda tu xkan curang.. Dan jangan confident sangat yang pasangan anda tu la yang paling baik dalam dunia ni.. Dan pasangan orang lain semuanya ada saja yng tk kena.. Beringat lah ye bahawa jika ALLAH nak bagi ujian pada hamba nya. Bila2 masa saja ye. Tak pilih bulu ye.

mulut

Orang tua2 dulu selalu pesan "jaga mulut" bila bercakap.... Sebabnya banyak musibah boleh berlaku hanya kerana mulut yg berkata2 tanpa di tapis.. Hanya kerana mulut yg lazer kata orang zaman sekarang. Boleh berpecah belah keluarga.. Boleh bercerai berai suami isteri. Boleh bertumbuk adik beradik. P/s fikir dulu sebelum kita keluarkan kata2. Bak kata pepatah "cakap biar beralas"

11 May 2012

Bahaya Minyak Angin Pd Bayi/Anak2 (ulanweblog)

Penting untuk para ibu!!!   Ini untuk pengetahuan awak dan bolehlah awak sampaikan atau pesan kepada kawan-kawan tanpa mengira kaum agar apa yang berlaku kepada anak saya tidak berulang kepada anak kawan-kawan kita dan juga umat manusia seluruhnya betapa bahaya minyak angin kepada bayi anda. Ahmad Tarmizi Ahmad Basri ( anak kesayangan saya yang kelima) 3 tahun. 17/08/04-Demam biasa dan dibawa ke klinik untuk perubatan 18/08/04-Masih deman dan perut kembong akibat tak selera makan kerana sakit tekak (bengkak) 19/08/04-Saya kurang senang dengan kesihatan anak saya dan bawa dia berjumpa doktor pakar. Setalah diperiksa soalan pertama yang doktor tanya kepada saya serta isteri saya ialah??ada sapu apa-apa minyak di perut? bererti sebagai doktor dengan ilmu kedoktorannya dia tahu bahawa puncanya adalah disebabkan minyak angin. Anak saya dimasukan ke wad. Dia dalam keadaan koma tanpa membuka mata, berkata-kata, bergerak dan pernafasan pun dibantu dengan alat penafasan oksigen. Darah, kencing diambil bagi tujuan pemeriksaan. Keputusan pemeriksaan : Hati anak saya bengkak teruk disebabkan minyak angin telah menyerap masuk ke dalam tubuhnya. Kencing anak saya juga mengandungi minyak tersebut. Kesemua saluran darah menghadapi kesukaran akibat minyak itu. Anak saya tak sedarkan diri dan terus koma. Dia dibawa ke wad ICU dan dirawat oleh 6 orang doctor, antara 6 orang doctor, 2 darinya adalah dari Jerman. Kedua belah kakinya ditebuk untuk memasukan ubat dan oksigen dengan mengunakan tiub. Kedua tangan juga ditebuk untuk memasukan glukos dan darah Kepala juga ditebuk di bahagian dahi untuk memasukan cecair ubat. Saya disuruh oleh pihak hospital untuk tandatangan hampir 7 keping document untuk membenarkan anak saya diselamatkan dengan apa jua risiko tanpa menyalahkan pihak doctor. Saya bersetuju. AlhamdullilAllah. . Anak dapat diselamatkan akhirnya dengan izin Allah dan kini dia telah dipindahkan ke wad biasa. Dia telah pulih hampir 80% dan sudah mampu untuk memanggil saya BAPAK bila saya disisi. Iklas? Ketika anak dalam keadaan sedemikian segala harta, motor besar, kereta dan semua yang ada di dalam dunia ini tidak bernilai lagi. hampir 3 hari saya tak makan langsung dan air mata sentiasa berlinangan, saya seolah hilang malu dan tak bernyawa. Azah , tolong pastikan jangan ada walaupun satu botol minyak-minyak yang dibeli direct dari penjual tepi jalan, penjual rumah ke rumah, pemberian dari jiran dan sebagainya , kerana mungkin ianya akan membunuh anak kita sebab kita sendiri pun tak tahu isi kandungannya. Tergerak hati saya untuk memberitahu awak dengan harapan pengajaran ini dapat membantu anak orang lain dari menjadi mangsa MINYAK seperti anak saya. Terima kasih Basri Abdullah Warehouse Coordinator Expeditors ( Malaysia ), Penang . Tel : 604-6329433, Fax : 604-6307023 Email : basri.abdullah@ expeditors. com P/S rasa diri ini tersedar bila sudah terbaca kiriman emaiL ini.. its for mother’s caution yah… berhati hati bila menggunakkan minyak angin….. 

10 May 2012

TIPs

KOrang slalu beli brg2 penjagaan muka satu set atau campur2...? Pada pendapat ummi la.. x salah klu kita campur produk penjagaan kulit ni .. x semestinya nak kena beli dari SATU BRAND baru kulit muka kita akan Okey.. Masa ummi blaja dlu pun cikgu ummi bgtau benda yg sama..dan itu lah yg ummi sllu pesan pd customer2 ummi (itu dlu la ).. Apa yg perlu kita tahu ialah ... JANGAN CAMPUR produk PENGELUPASAN ... itu je produk yg kita kena guna SET dan x leh campur.. So lepas ni ..blh la g sopinx barang penjagaan muka .. safi ke.. SKii ke..asalkan produk tu sesuai dgn kulit wajah kita.. klu mahal tp x serasi pun x BERBALOI..

23 April 2012

GilEr Pesen..

Adoiiiyai...skunk pesen pop look tgh dok menggila..lebih2 lg utk yg bertudung.. tapi elok gak sebab skuang2 nya jadi penggalak pada yg risau takut akan ketinggalan style ber pesen klu pakai tudung.. bukan anak2 muda jew.. ummi yg dh berumur ni pun terpengaruh ngan gaya ala2 Hana Tajima dan Yuna ni..cuma ye la kena ubah skit la cara penampilan ikut umur kita kan... apa pun SLAMAT BERGAYA la pada kaum hawa dan JGN TAKUT tuk bertudung sbb klu kita pandai dan kreatif ..kita x kan tercicir dlm ber pesen cuma jn plak terover dlm berpesen ni.. ummi jalan dlu la... nk g usha magazine fesyen ... Magazine yg di rekomen : HIJABISTA ..... yok kita layan!!!!

10 February 2012

Camna Nak Kurus..?

Soklan ni mmg jadi soklan kegemaran seme ... tak kira la laki ke pompuan ..
Asal nampak model kat TV ke majalah Ke.. mesti terdetik kat hati .. "kan best kalau aku kurus dan cantik macam dia" atau statmen kaum adam " kalau la aku tegap dan segak cam dia..!"
hahahahaha tapi itu la hakikatnya ..
semua orang nak jadi yg paling elok .. termasuk lah tang "body" ..tapi apa kan daya..
nak cantik.. nak kurus .. dan apa saja lah yg nak... kena lah ada USAHAnya dan PENGORBANANya.

Kalau yg mmg dilahirkan cantik dan mantain kurus tu kira bonus la untuk dia , jangan pula yg kurang cantik dan kurang kurus ni ... eh eh..bukan tak cantik ye ..bukan tak kurus ye ,cuma KURANG sikit je ... kita kena lah terima diri kita seadanya dan yg paling penting dari rupa paras adalah kecantikan HATI ...

Ya...!

Bila hati kita cantik ... jernih aura kita.. orang tengok pun suka ..
yang muka cantik badan cantik solid molid tu belum tentu HATI nya pun cantik.. belum tentu akhlaknya CANTIK..

KESIMPULANnya ... JAGA HATI , JAGA AKHLAK = Terserlah lah kecantikkan semulajadi..insyaallah.

20 January 2012

DAH RosaK Dah...

Haha.. apa yg dh rosak eh...
Oppsss nanti dlu.. jgn salah paham ..
saje je wat tajuk N3 cam gitu .. sebab tu yg terpikir tadi..

Dah lama ummi tak upload gambar dan wat story mory berkaitan makanan dan percutian ..
sebabnya camera ummi dh rosak.. yg ada ni x berapa nak syok la sebab gambar x secantik yg dihasilkan camera dulu..

almaklumlah perbezaan rega nya pun jauh .. so hasilnya pun jauhlah berbeza..
ummi pun sejak dua menjak ni jarang update BLOG .. mana tak nye baru nak dapat ilham BB pun sama naik nak berkarya.. bak kata ~ ipad ni dah kena berkongsi ngan BB la...

Berkelapangan nanti ..
ada lah cite baru ..
seeeee yu