27 August 2010

Mengidam

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, aku dikhabarkan dengan berita yang mengembirakan dan sememangnya amat di nantikan anak-anak dan Hub-b.
 Mom And Baby 
sekarang dah 5 minggu aku hamil, setelah usia anak kedua sudah pun 7 tahun. Bersyukur pada maha pencipta kerana makbulkan doaku untuk memiliki zuriat lagi.

Dalam usia yang terlalu awal aku perlukan rehat yang lebih, dan kunjungan "biasa" bagi wanita hamil ..dah mula menjengah.., memang tak daya badan ini..tekak mula hilang selera untuk menjamah hidangan..walaupun otak berligar2 mencipta selera.., kedang yang tak pernah kita suka jadi igauan pula..

mula2 sebelum disahkan mengandung , aku beria-ia nak makan tempe goreng kat restoran indonesia ..siap cicah dengan sambal belacan lepas tu nasi lemak ayam goreng ..rupa-rupanya ..orang didalam yang nak makan....

Dan sekarang ... bau makanan pun dh tak boleh ..semua buat aku loya..kesian anak2 dan hub-B dah lama aku tak dapat sediakan hidangan berbuka untuk mereka..

Alhamdullillah..aku dianugerahkan anak2 yang cukup memahami..dan rajin membantu..dan Hub-B yang boleh bersabar dengan kerenah ku..

sayang kamu semua

Ummi.





1 comment:

  1. salam.. tahniah kak has...
    jaga kesihatan ye... org doakan semua nye berjalan lancar sampai akak bersalin nanti...

    ReplyDelete