02 December 2012

JOM bercuti ~ Port Dickson

Cuti sekolah dah beberapa minggu berlalu baru kini ummi sempat bawa anak2 pergi bercuti. Itu pun lepas urusan2 penting dah di settlekan. Ummi nak berkongsi percutian pertama kami pada cuti sekolah disember 2012 ini. Kami pilih Port Dickson sebagai tempat percutian kami. Kali ni kami pilih PD PERDANA CONDO RESORT sebagai tempat untuk lepak. kami pilih apartmen 2 bilik cukup la untuk kami 5 beranak. apartmen yang kami dapat betul-betul mengadap kolam, apalagi suka la anak-anak. Belum sempat barang-barang keluar dari kereta mereka dah terjun ke dalam kolam. Termasuk la ummi bersama baby .Dah puas berendam hampir 4 jam baru lah kami naik ke apartmen untuk berehat. Ummi memang rekomen la pada yg ingin mencari tempat percutian bersama keluarga untuk pilih PD PERDANA CONDO RESORT . memang bebaloi dengan apartmen yg luas serta bersih.Dapur serta peralatan juga disediakan. Tapi kalau nak bawa barang2 memasak sendiri pun lagi elok lebih menjamin kebersihan.

No comments:

Post a Comment