21 July 2010

Reunion - COPERO

 Cheater Tak sabar rasanya tunggu 31 july ni.
Dah hampir 20 tahun selepas habis SPM , ummi tak jumpa schoolmate . Entah macammana la agaknya rupa dan size dia orang..huhuhu..

 Daycare Dah beranak pinak ni...mesti banyak yang nak dibualkan...


Kami patut ucapkan terima kasih pada laman FB , sebab dengan FB lah kami semua dapat bertemu dan bersatu kembali...tak sia-sia lah niat ummi melayari Facebook untuk mencari teman-teman lama dulu..walaupun beberapa bulan jugak menanti..tapi akhirnya BERHASIL.

Pada 31 july ni, kami dah rancang untuk bertemu di rumah seorang teman yang sudi rumahnya digunakan sebagai tempat perjumpaan kami semua. TERIMA KASIH DATIN NONIE DIN.

Harap-harap tiada aral melintang untuk ummi tiba ke sana nanti.

SEKOLAH MENENGAH  CONVENT PEEL ROAD, KUALA LUMPUR - 1991




No comments:

Post a Comment