19 April 2010

SiC - MATI PUcuk (ED)

JIKA MaTi PUcUK PErgILah BERubAt

ITU BARU baca tajuknya dah seram sejuk ya..!

Dalam ruangan S.I.C (Sharing is Caring ) kali ni ummi nak share cite tentang owang lelaki plak, depa ni memang susah nak mengaku klu ada penyakit lebih-lebih lagi bab yang ni.
Tapi tak pe ummi harap dengan info yang ummi catatkan disini dapat membantu mereka2 yang rasa ada masalah di atas ,atau pun sekadar langkah berjaga-jaga sebelum TERKENA..!

ED - Erection Disfuntion (erektil disfungsi)

MALU...jgn jadikan sebagai alasan xnk jumpa doktor , kerana kesannya bukan hanya pada si pengidap tetapi juga pada pasangannya terutama bg yg dah berkahwin la..JADI TERUSKAN membaca:-


Secara umumnya, lelaki yg bermasalah ED ni gagal mencapai eraksi untuk bersetubuh dengan pasangannya kerana kekurangan darah yang masuk ke zakar.
Selain faktor usia, gaya hidup juga menyumbang kepada masalah ED . Bg yang suka minum minuman keras, obesiti, selalu tertekan, kurang bersenam dan merokok - LEBIH terdedah kepada masalah ED.
Punca mereka yang menghidapi masalah ED tidak mahu bertemu doktor - malu, takut diketahui oleh org , tidak yakin dgn doktor, ada juga yg takut pasangannya akan meninggalkan nya. Malahan ada yg tak mahu mengaku diri mereka bermasalah kerana EGO. Sepatutnya masalah ED ini patut diselesaikan secara berpasangan dan KAUM wanita memainkan fungsi penting dlm memperbaiki hubungan seksual dengan menggalakkan pasangan mereka berbincang tentang masalah tesebut dgn Doktor. (Maknanya wahai kaum lelaki kalau ada masalah bagitau pasangan anda dan kaum wanita pula berilah sokongan pada  pasangan anda.Bagi yang tak nak buka mulut tu jgn salahkan pasangan anda bila keadaan anda tak dapat di bantu lagi)
Masalah ED sering di kaitkan dengan lelaki yang berumur 40 tahun keatas TETAPI jangan terkejut kerana ED juga dihidapi oleh mereka yang berumur di bawah 40an ...

JADI LAGI CEPAT ANDA bertindak MAKA MASALAH ANDA mungkin dapat diatasi daripada terus berdiam diri hanya akan MEMAKAN DIRI.


petikan diambil dan diubah gaya bahasanya mengikut gaya penulis
METRO AHAD 4 JUN 2006

No comments:

Post a Comment