20 April 2010

BEAUTY @ aNJUNG uMMI

AMALAN salah yang tak kita sedari dalam penjagaan wajah:-

APA yang salahnya? ikuti antara kesalahan yang kita buat tapi tak perasaan pun yang ianya SALAH.
1) MEMAKAI SABUN
-wah bukan main cuci muka tapi guna sabun mandi, alasan ala boleh JIMAT duit...hah !
sebenarnya penggunaan sabun ni hanya akan buat kulit muka dehidrasi, ia hanya akan menghilangkan minyak semulajadi yang diperlukan oleh kulit kita.
*Seelok-eloknya gunalah pencuci muka yang lembut

2) TIDAK MEMBERSIHKAN WAJAH SEPATUTNYA
Macam dah jadi habit ya..bila nak tidur baru nak cuci muka ...
JANGAN buat macam tu sepatutnya lepas dh kuar rumah tu , bersihkan wajah anda dan sapukan juga produk perawatan kulit. Walaupun anda tidak menggunakan make-up, wajah anda masih perlu dicuci.
* Cuci 2 kali sehari pagi dan malam...

3) TAK GUNA KRIM MATA
INI lagi satu...yang kita buat-buat tak perasan sebab selalunya harga KRIM MATA lebih mahal dari harga pencuci TETAPI -
Kena ingat , bahawa bahagian MATA ini lah merupakan bahagian pertama yang menunjukkan penuaan.Produk yang diformulasikan untuk bahagian mata ini mengandungi banyak nutrien yg diperlukan oleh mata berbanding pelembab biasa. JANGAN abaikan bahagian ini , jika tidak akan menimbulkan masalah kantung mata dan penampilan jadi kurang segar.
* Guna 2 kali sehari

4) KURANG MINUM AIR PUTIH
Air putih membantu memecahkan masalah kulit dari dalam. Air mengenyalkan kulit dan membantu perjalanan darah.
*Minum sebelum rasa benar-benar HAUS

5) TIDAK MEMAKAI KRIM PELINDUNG (UV)
Gunakan UV cream ikut SPF yang sesuai dgn keadaan kerja anda.UV Cream dpt melindungi kulit dari kedutan yg datang lebih awal serta jeragat yang mencacatkan penampilan wajah.


SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment