27 February 2014

WANITA PERU TAHU - 12 JENIS PENYAKIT BAHAYA









JENIS-JENIS PEMERIKSAAN KESIHATAN UNTUK WANITA


**kredit pada ->>>http://brageniebra.com/blog/ 
 (uols boleh kehttp://brageniebra.com/blog/   untuk lebih banyak info2  kesihatan  & kecantikan )

   Sebagai wanita kita seringkali terdedah kepada risiko penyakit. Umur muda juga tidak terkecuali berisiko terhadap penyakit2 yang seringkali menghantui kaum wanita. Oleh itu, amat penting semua yang bergelar WANITA melakukan beberapa pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali atau dua tahun sekali mengikut usia anda.
 Berikut kami kongsikan jenis-jenis pemeriksaan kesihatan yang  wajib di lakukan oleh wanita:
1) Pemeriksaan Secara Klinikal Payudara
Pemeriksaan  payudara adalah pemeriksaan yang dilakukan doktor  untuk mengetahui adanya perubahan atau kelainan pada payudara. Menurut  American Cancer Society Susan G. Setiap wanita wajib menjalani  pemeriksaan ini. Bagi wanita usia 20 -39 tahun sebaik-baiknya menjalani  pemeriksaan secara klinikal payudara sekurang-kurangnya tiga tahun sekali dan bagi  wanita berusia 40 tahun keatas, pemeriksaan  payudara harus  dilakukan sekurang-kurangnya 1 tahun sekali.(pemakaian bra yang sesuai dapat membantu anda menjalani hidup yang lebih selesa sepanjang hari)
2) Mamografi
Mamografi adalah pemeriksaan payudara menggunakan sinar X yang dapat  mengesan kelainan pada payudara dengan tepat. Wanita di atas usia 40 dan yang mempunyai sejarah barah payudara  dalam keluarga wajib melakukan ujian mamografi sekurang-kurangnya sekali dalam  satu atau dua tahun. (* untuk pemeriksaan mamografi anda boleh mengambil borang untuk pemeriksaan secara percuma di hospital berdekatan dengan anda atau anda juga boleh bertanya kepada doktor anda berkenaan perkara ini)
3) Pemeriksaan Kadar Kolestrol
Untuk mencegah penyakit jantung dan penyakit kronik yang lain,  penting bagi wanita untuk melakukan pemeriksaan kadar kolestrol.  Pemeriksaan kadar kolestrol boleh dilakukan dari usia 20-an, sebaiknya  dilakukan lima tahun sekali. Pemeriksaan kadar kolestrol dapat dilakukan  secara berperingkat iaitu dengan pemeriksaan darah. Paras ideal adalah 200mg /  dL (miligram per desiliter).
4) Pemeriksaan Tekanan Darah
Pemeriksaan tekanan darah perlu  dilakukan sekurang-kurangnya dua tahun sekali. Tekanan darah tinggi sering  disebut sebagai ‘silent killer’, jika jarang diperiksa ianya mungkin akan menjadi penyebabkan  kepada serangan jantung dan stroke. Anda  juga bolehmembuat pemeriksaan tekanan darah ini di rumah  kerana sudah banyak farmasi yang menjual mesin pengukur tekanan darah. (tetapi amatlah digalakkan agar anda membuat pemeriksaan tekanan darah ini dengan pemantauan dari doktor terlatih)
5) Pemeriksaan Gula Darah
Wanita wajib melakukan pemeriksaan gula dalam darah setiap tiga tahun sekali dan bagi yang lebih berumur adalah lebih kerap  . Bagi yang mempunyai masalah diabetes  diwajibkan melakukan pemeriksaan sebelum mencecah 45 tahun. Jika  hasilnya 100 mg/ dL atau lebih maka boleh dikatakan anda terkena  diabetes atau masalah diabetes.
6) Body Mass Index (BMI)
Body Mass Index (BMI) adalah sebuah ukuran berat terhadap tinggi badan.  Nilai BMI mengklasifikasikan tubuh Anda termasuk dalam kategori  kurang berat badan, normal, berat berlebih atau obesiti. Berat badan berlebihan dan obesiti membuat Anda mudah terkena  penyakit jantung, diabetes termasuk stroke.
7) Pemeriksaan Kulit
Barah kulit adalah penyakit yang paling sering terjadi di antara  penyakit barah lainnya. Menurut American Cancer Society, lebih dari 2  juta orang Amerika dikesan menderita barah kulit setiap tahun.  Untuk hindari hal tersebut, jangan lupa membuat pemeriksaan   kulit sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengalami masalah pada kulit.
8) Pap Smear
Pemeriksaan ini dilakukan untuk mengesan barah serviks (barah pada  pangkal rahim). ujian pap smear dilakukan setelah tiga tahun aktif  berhubungan seksual atau pada usia 21 tahun. Bagi wanita yang mempunyai  anggota keluarga yang terkena penyakit HPV atau barah rahim harus  mengikuti arahan doktor mengenai pemeriksaan selanjutnya.
9) Kolonoskopi
Menurut National Cancer Institute, sebahagian besar wanita mengidap  penyakit barah usus. Barah  usus (barah kolon) menduduki ranking  keempat setelah barah kulit, payudara dan paru-paru. Kolonoskopi  merupakan pemeriksaan menggunakan kamera untuk melihat keadaan usus  besar adakah barah atau polip. Pemeriksaan ini wajib dilakukan  setahun sekali dan sangat dianjurkan bagi wanita yang berumur 50 tahun  atau lebih tua, kerana penyakit ini sering terjadi di usia tua.
10) Tiroid Test
Tiroid Test juga amat penting  bagi wanita untuk melakukan pemeriksaan  secara teratur  untuk memantau paras hormon yang dihasil tiroid. Pemeriksaan ini berguna  mengukur paras hormon yang dihasilkan tiroid.
Menutur American Thyroid Association, 88 % wanita di Amerika  didiagnosa mengidap penyakit ‘graves’ (merupakan bentuk dari  hipertiroid). Sementara 95% wanita di Amerika mengidap penyakit  ‘Hashimoto thyroiditis (bentuk dari hipertiroid). Menurut ahli tiroid,  Mary Shomon, penyakit tiroid biasa menyerang wanita berusia 60 tahun.
11) Bone Mineral Density (BMD) Test
Osteoporosis adalah dimana keadaan tulang menjadi lemah dan mudah pecah. Ini disebabkan ‘loss bone’ yang terjadi pada wanita  setelah menopause. BMD test atau pemeriksaan tulang dilakukan  menggunakan sinar X yang mampu mengukur mineral pada tulang dan  mengesan osteoporosis. Pemeriksaaan disarankan bagi yang berusia 60 tahun dan  keatas.
12) Dental Checkup
Menjaga kebersihan gigi dari bakteria membuat senyum Anda kelihat lebih  menarik dan dapat mencegah terkena penyakit jantung. Bakteria di dalam  gusi dan gigi dapat meningkatkan tompokan flug yang dapat menyebabkan  serangan jantung atau stroke. Rajin memberus gigi dan berjumpa doktor gigi  dapat membantu memastikan adanya gejala barah mulut dan tenggorokan.
Lawati www.brageniebra.com – ( untuk info lanjut tentang pemakaian bra yang memberi anda keselesaan sepanjang hari)
1267749306272123201013

3 comments:

  1. Perkongsian yang menarik, info yang amat membantu kaum wanita untuk mengingatkan diri tentang pemeriksaan yang perlu mereka lakukan. gud job , gud sharing

    ReplyDelete
  2. info yang bagus untuk dikongsi bersama...tq

    ReplyDelete
  3. Terima kasih untuk peringatan INI. Khususnya untuk org yg bergelar wanita seperti saya

    ReplyDelete