15 February 2014

CYST atau SISTA - WANITA perlu tahu !

N3 kali ini ummi nak share tentang CYST atau dalam bahasa melayunya sista. Kalau ada yang pernah baca dulu ummi ada ceritakan yang ummi dikesan punya ovari sista waktu preggy iaitu dalam usia kandungan 4bulan.. So ketika itu kata doktor ummi tak perlu risau kerana ia akan hilang apabila usia kandungan berusia 6 bulan . Alhamdulillah seperti jangkaan doktor memang ianya hilang ketika pemeriksaan kandungan dilakukan pada usia kandungan ummi 6bulan . Lega rasanya !. Kata doktor lagi jika pada usia 6 bulan itu sista utk masih ada dan membesar ia perlu di buang .

Semalam ummi pergi membuat pemeriksaan kesihatan setelah agak setahun ummi rasa kurang selesa di bahagian perut sebelah kanan . Dalam hati terasa bimbang sebab apa yang ummi rasa sewaktu mengandung dan di kesan ada sista di ovari kanan , kini *rasa* yang sama ummi alami. Satu lagi perkara yang buat ummi benar2 risau ialah Semakin hari perut ummi semakin besar .. mungkin peningkatan berat bertambah tetapi tidak seperti biasa jika berat bertambah perut akan buncit selari dengan pertambahan berat badan tapi dalm kes ini perut ummi buncit seperti sedang mengandung 5 bulan . Ia juga di ikuti dengan rasa kembung dan bisa2 di kawasan ari2 serta paling sakit di bahagian kanan perut . Malah ada kalanya ia teramat sakit secara tiba2 apabila ummi pusingkan badan.. Walaupun sakitnya tidak berpanjangan atau berlaku hari2... tetapi ia agak mengganggu aktiviti seharian apabila ia berlaku .



Oh ya kita sambung bab jumpa doktor semalam tu .
Selepas membuat scan doktor kata ada semacam air didalam perut ummi yang merisaukan doktor sebab terlalu banyak. (????????) dan nampak ovari ummi bengkak(?????) bila doktor cakap camtu ummi lagi la risau (hehehe) . so doktor buat pemeriksaan dengan memasukkan camera (tah apa nama alat tu dlm bahasa doktor) kat mana masukkan camera tu ? (paham2 sendiri la) - Selepas tu baru lah doktor dapat pastikan punca air (?) yang doktor nampak masa sesi scan tadi.. *( air itu sebenarnya DARAH.. ) dari mana datang darah tu? ermm rupanya darah tu datangnya dari telur yang *pecah* .. bukan telur ayam ye .. agak susah nak memahami nya kan.. ummi pun 2-3 kali juga la tanya doktor sebab mmg tak paham. Seb baik doktor tu penyabar dan explain kan dengan detail wpun hingga sekarang ummi paham 60/70% je dari apa yang doktor tu cakap.



Kata doktor ovari kanan bengkak lebh kurang saiz 2.8cm so tak la besar mana.. dan tak bahaya pun.. tapi yang bab DARAH tu kata doktor jika kedua2 ovari berlaku nya pendarahan - Operation perlu di lakukan segera.. So dalam kes ummi ni hanya sebelah sahaja ovari yang BERDARAH cuma bezanya ia agak banyak dari kebiasaan nya. Kata doktor lagi punca ialah dari TELUR yang biasanya akan pecah dan mengeluarkan darah sedikit sahaja cuma dalam kes ummi ni ia pecah dan berlaku pendarahan yang banyak (*punca sakit di perut - ari2 & sblh kanan perut) TELUR tu ia telur dari si suami yang berada dlm ovari yang masih aktif(subur) la maknanya.. & jika berlaku persenyawaan mungkin boleh menghasilkan BABY.. kikiki opsss ( harap korang paham la ye)

so rasa2 nya boleh paham x apa yg ummi cuba sampaikan. OVARI SISTA(cyst) ni tak merbahaya dan bukan dalam kategori PENYAKIT tetapi boleh jadi bahaya jika .....

ok ummi nak attach sedikit info yg ummi dapat ni sekurang2nya boleh tambah pengetahuan utk yg rasa2 nak tahu lebih kan..

** SEMUA WANITA JANGAN ABAIKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN (PAP SMEAR dan lain2) kalau malu cari lah doktor wanita ... **


*kredit to : myMetro
Sista atau cyst ialah kantung tidak normal yang terbentuk di mana-mana organ dalam badan manusia. Ia boleh mengandungi udara, cecair atau selaput.
Nama diberi pada cyst berbeza bergantung kepada jenis dan lokasinya.
Cyst pada kilang telur wanita, dikenali sebagai Ovarian Cyst atau sista ovari, antara paling kerap berlaku.
Cyst ovari ialah pengumpulan cecair dalam kantung yang berada dalam ovari wanita.

Ia boleh berlaku pada bila-bila masa hidup seseorang wanita tetapi paling kerap ketika usia subur iaitu antara usia remaja dan sebelum putus haid.
Kebanyakan cyst ini adalah jenis tidak berbahaya atau ‘benign’ dan ia biasanya cyst yang terbentuk akibat proses fisiologi normal seorang wanita dalam sesuatu kitar haid.
Akibat rangsangan hormon wanita, sel telur yang matang akan membentuk cyst bagi menghasilkan telur yang subur ketika ovulasi sebelum berlakunya persenyawaan.
Cyst ini akan pecah dan mengeluarkan telur yang subur.

Jika persenyawaan tidak berlaku, cyst ini akan mengecut dan akhirnya lenyap dalam sistem pembiakan wanita.
Selain itu, ada beberapa lagi jenis cyst tidak normal yang boleh terbentuk dalam kilang telur wanita.

Antaranya sindrom ovari polisistik (polycystic ovarian syndrome), endometriosis, dermoid cyst dan beberapa jenis cyst lain.
Simptom cyst ovari adalah berbeza bergantung kepada individu.

Ada juga wanita yang mempunyai cyst ini tidak mempunyai simptom.
Sakit pada bahagian bawah perut sekitar kawasan ari-ari adalah simptom paling kerap berlaku.

Sakit ini sering timbul beberapa hari sebelum atau selepas datang bulan.
Ada kalanya kitaran haid menjadi tidak menentu dan berlaku pendarahan tidak normal, kerap membuang air kecil atau masalah membuang air besar seperti sembelit juga boleh berlaku, terutama jika saiz cyst sangat besar.
Selain itu, simptom seperti tiada selera makan, susut berat badan, selalu mengalami keletihan adalah simptom yang merisaukan.
Sebanyak 95 peratus daripada kes cyst ovari adalah bukan kanser dan tidak merisaukan.

Ujian ultrasound atau CT scan (computed tomography) boleh membantu mengesahkan masalah ini.
Ujian darah dan air kencing perlu dilakukan pada peringkat awal untuk membezakan cyst ovari dengan masalah lain seperti appendicitis, terutama jika terasa sakit pada bahagian kanan kilang telur wanita.
Pakar juga boleh mencadangkan untuk membuat ujian saringan kanser darah jika ujian awal scan menunjukkan ia bukan cyst biasa.
Rawatan untuk cyst ovari bergantung kepada beberapa faktor, antaranya saiz cyst, usia pesakit, kekerapan sakit berlaku dan jenis cyst yang kelihatan ketika ‘scan’ dilakukan.
Jika perlu, pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan kantung berkenaan dan tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesahkan sama ada ia mengandungi sel kanser.
Untuk cyst biasa dan tidak berbahaya, pembedahan tidak perlu dilakukan.

Ubat penahan sakit diberi bila perlu, terutama ketika haid.
Tuam dengan tungku atau botol mengandungi air suam pada bahagian ari-ari sekerap mungkin untuk mengurangkan rasa sakit pada ba hagian itu.
Ada kalanya, pil perancang diberi untuk menjadikan kitaran haid pesakit terkawal dan mengurangkan kebarangkalian terjadinya pembentukan cyst.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/17

No comments:

Post a Comment