02 July 2010

Adakah Isteri Berhak Semak SMS/Emel Suami?


Tak mungkin lesap daripada seorang isteri perasaan curiga terhadap suaminya.
Kerana itu, dan atas alasan ingin melindungi keutuhan rumahtangga, ada segolongan kaum isteri yang tidak teragak-agak menyemak SMS dan emel suami tanpa pengetahuan mereka.

 Persoalannya di sini, apakah perbuatan si isteri itu salah?Mengikut etika, perbuatan mencuri baca emel/SMS tanpa izin sama seperti membuka surat yang dialamatkan kepada suami.

Perbuatan itu melanggar hak persendirian. Kesalahan itu, bagaimanapun, menjadi tidak relevan apabila syak wasangka isteri terbukti benar.Tetapi, apa pula yang terjadi jika tiada bukti yang diperolehi sebaliknya perbuatan isteri itu diketahui suami?

Kepercayaan di antara suami isteri antara tonggak asas sebuah perkahwinan. Apabila kepercayaan itu dikhianati, bagaimanakah pasangan tersebut dapat terus berfungsi sebagai suami isteri?

Kecurangan suami dan tindakan isteri melanggar hak persendirian suami adalah dua perkara berbeza dan kedua-duanya pun salah, tak kira apa alasan yang diberikan kaum isteri kerana bertindak demikian.

Jadi, bagaimana lagi untuk memantau gerakan suami? Sulit juga menjawabnya.Apa yang perlu adalah komunikasi yang telus. Jika si isteri mempunyai syak wasangka, dia harus berterus-terang lontarkan kerisauannya. Tanyakan dengan baik, baca gerak-gerinya dan akhir sekali, pinta izin melihat SMS atau emel bagi membuktikan sepenuhnya yang si suami tiada terlibat dalam aktiviti curang.

Secara rasionalnya, jika si suami tidak bersalah dia akan memberikan izinnya. Tetapi jika dia enggan, besar kemungkinan ada benarnya apa yang disyaki isteri itu.

No comments:

Post a Comment