03 July 2010

HaDIAh GeMBiRA BuAT SeORAnG - IBU



Bila ko dah jadik ibu (pompuan je la yg lelaki ko jadik je la bapa) sambung - bila ko dah jadik ibu baru ko akan rasa bagaimana perasaan seorang ibu...dan ko akan teringat kembali perasaan masa ko jadi anak remaja /sunti atau pepe je la..

Bagi seorang ibu , bila dah dikurniakan cahayamata, itu satu hadiah yang amat mengembirakan buat dirinya. Seluruh kasih-sayang akan diturunkan pada anak-anak. Segala bagai pengorbanan akan dilakukan demi anak-anak.
hah..! kan dasat tu

Bila anak-anak mula bersekolah seorang ibu sanggup bersengkang mata mengadap anak-anak mengulangkaji pelajaran (cuba ko usha skit si bapa tengah wat apa time ni..?) si ibu sanggup manjadi guru tak bertauliah demi mendidik anak-anaknya . si ibu sangup jadi teman setia untuk anak-anaknya meluahkan kesedihan,kegembiraan dan berkongsi segala rahsia (cuba korang yang dah jadi bapa fikir-fikir semula ...korang dapat syer rahsia anak-anak korang..? )

Apa saja yang seorang ibu lakukan hanyalah untuk melihat anak-anaknya gembira..untuk melihat anak-anaknya berjaya..

Dan kegembiraan yang paling GEMBIRA buat seorang ibu ialah bila anak-anak pulang membawa kejayaan ..
kerana time tu lah dia akan rasa "berbaloi" nya segala pengorbanan nya selama ini..

Bapa ..? ada ke perasaan cam gitu..huhuhu..
mungkin ada tapi tak kan sama macam si ibu..

No comments:

Post a Comment