08 July 2010

IKHTIBAR UNTUK SEMUA

*(sebagai renungan buat suami atau isteri , yang pernah berlaku curang atau sedang terdetik di hati untuk try2 nak curang dan peringatan kepada semua yang sedang membaca)
* info dari : Harian Metro (Jumaat, 4 Jun 2010)


PEROSAK RUMAH TANGGA TAK DITERIMA RASULULLAH

          


Menurut penceramah bebas yang juga Penyampai tafsir Quran di Radio IKIM, FM, Ustaz Zahazan Muhamad, seorang ulama pernah ditanya mengenai soalan -

"Apakah cinta itu halal atau haram..?

Ulama itu menjawab -

"Cinta yang halal itu halal dan cinta yang haram itu HARAM."

Menurut ustaz Zahazan, jawapan yang diberikan ulama berkenaan berdasarkan ebuah hadis yang masyhur iaitu -

"Sesungguhnya yang halal itu JELAS dan yang haram itu JELAS meskipun di antara keduanya ada perkara yang samar-samar yang banyak orang yang tidak mengetahuinya", (Riwayat Muslim)


 Katanya, antara perkara yang jelas halalnya iaitu SEORANG SUAMI MENCINTAI ISTERI ATAU ISTERI MENCINTAI SUAMINYA dan lelaki yang mencintai wanita pinanganya dan wanita yang mencintai lelaki yang meminangnya.



Antara perkara yang jelas HARAMnya iaitu, seorang lelaki mencintai perempuan yang berSUAMI, lalu lelaki itu hatinya asyik memikirkan wanita berkenaan. Hal itu boleh membawa kerosakkan rumah tangganya dan kadang-kala ia boleh menyebabkan terjadinya pengkhianatan suami-isteri.


 Perkara itu juga , kadang-kadang boleh menimbulkan kekecohan dalam kehidupan wanita itu, menyebabkan fikirannya berserabut, mengganggu hati perasaannya serta menghilangkan ketenangan hidup berumah-tangga.

Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud, daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w mengancam orang yang bersikap demikian dengan bersabda, "Bukan daripada golongan kami orang yang merosakkan hubungan seorang wanita dengan suaminya", (Riwayat Abu Daud -no 2177)". katanya.

Selain itu Ustaz Zahazan turut memberi contoh lain iaitu, wanita yang menaruh cinta kepada lelaki lain yang bukan suaminya.

Katanya, dalam kes seperti itu, wanita sering terkenang dan sibuk memikirkannya sehingga sanggup berpaling atau tidak mempedulikan suaminya.

Situasi berkenaan boleh mendorongnya melakukan hal yang lebih besar yang tidak dihalalkan syarak iaitu BERZINA dan seumpamanya.

Jika tidak berlaku sedemikian pun, ia mungkin boleh menggoncang hati dan jiwa sehingga mengeruhkan hubungan suami isteri.

Sikap sedemikian semata-mata mengikut keinginan hawa nafsu, sedangkan hawa nafsu adalah seburuk-buruk yang disembah di muka bumi.

"Kesimpulannya, wanita yang sudah BERSUAMI wajib berasa cukup dengan suaminya dan reda kepadanya serta cinta yang sepenuhnya kepada suaminya" katanya. Begitu juga dengan suami bersyukurlah dengan apa yang ada pada isteri kamu.

No comments:

Post a Comment