13 October 2015

Makan dimana ? @Dealoova Cafe ,Melaka

Tulisan : Has Jan
foto : Has Jan


Bismillah
Salam sejahtera ,


Tentu ramai yang pernah bercuti ke Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah kan ? atau pun mungkin ada yang sedang merancang untuk bercuti ke Melaka pada musim cuti sekolah nanti . Ok lah saya nak share tempat makan baru di Negeri Melaka ini, selain dari Assam Pedas Melaka tentu ada di antara anda yang ingin bertukar selera , Ada yang rasa nak makan masakkan Western tak ?.

Dealoova Cafe , antara restoran kepunyaan anak melayu yang beroperasi di Taman Sri Krubong .
Cafe ini menyajikan menu dari Barat dan masakkan Melayu termasuk lah Laksa Penang.




Speggeti Bolognise

Sewaktu berkunjung ke Sana baru-baru ini saya mencuba beberapa menu yang ada disana antaranya Speggeti Bolognise , Meat Ball set , Nasi Goreng Kampung  (jom kita cuci mata )


Meatball set


Meatball Set ini merupakan kesukaan saya kerana dagingnya yang lembut , memang menyelerakan .
untuk Meatball ni saya bagi 5/6 bintang .

(gambar ihsan dari FB Dealoova Cafe )


(Gambar insan dari Dealoova Cafe)

(Gambar Ihsan dari Dealova Cafe)

Pada awalnya saya terbaca post berkenaan di group facebook Kami Anak Melaka, terus saya ajak suami pergi mencuba hidangannya, kebetulan saya memang mengemari makanan barat dan anak-anak pula sukakan masakkan melayu terutama si bujang saya merupakan pengemar tegar Nasi Goreng , dan di Dealova Cafe ini kami boleh menikmati kedua-dua hidangan pilihan dalam satu cafe mudahkan .

Jika ada yang ingin mencuba , anda boleh la ke alamat di bawah , atau boleh tinjau-tinjau menu yang ada di cafe dengan hanya klik link yang saya sertakan di bawah .

DEALOOVA CAFE
No 13, Jalan Sri Krubong 6
Taman Sri Krubong
Melaka

Anda boleh juga google Facebook nya https://www.facebook.com/vapewesterncafe/timeline

SELAMAT MENJAMU SELERA 



Has Jan 
Aunialya.Boutique 
CARI BLOUSECARI KAMI 







No comments:

Post a Comment