03 May 2010

MAKAN @ intai-intai

Lepas tengok rancangan JALAN-jalan Cari makan dulu tu aku bagai nak gile cari tempat ni...tapi akhirnya dengan bantuan sahabat baikku sampai juga ke INTAI-INTAI


INTAI-INTAI Restaurant , AMPANG
(dimiliki oleh En Baha (Akedemi Fantasia)



Nasi Goreng Pataya

Ikan Siakap masak Stim

Tomyam Pure Thai


Pandangan pertama bila sampai ke tempat ni dah tentulah suasana dia ....memang ada kelainan la...tempat makan di atur dengan indah mengelilingi tasik kecil dan kebetulan aku kesini pada waktu malam jadi keindahan tempat bertambah lah dengan cahaya lampu nya
Siap ada pemuzik yang bermain muzik dari satu meja ke satu meja yang lain dan yang menariknya pemuzik-pemuzik ini seperti mengikut acara yang di raikan oleh pengunjung restaurant ni. Kebetulan pada malam aku di situ ada beberapa keluarga yang menyambut ulang tahun kelahiran jadi beberapa kali juga la aku dengar lagu 'HAPPY BIRTHDAY to YOU ' dan 'PANJANG UMURmu' di alunkan...sedap didengar
Ok, Bab makanannya ..yang paling aku tertarik ialah TOMYAM la...sebab memang rasanya berlainan dari tomyam yang pernah aku makan sebelum ini dan namanya pun unik...aku terlupa nak salin laaa..kan klu aku tulis lain pulak ejaannya....haha . Masakan ikan siakap Stim nya pun ada kelainan., kira ada rasa tersendirilah...cuma yang kurang bestnya setiap menu yang ditulis tidak dibenarkan ditukar kepada menu lain , contohnya suami kepada sahabatku meminta sayur belacan di tukarkan kepada sayur ikan masin ...memang tidak dibenarkan - ketawa juga kami bila permintaan semudah itu tidak dapat dipenuhi. Tapi kami menghormati tukang masak itu bila alasannya adalah untuk menjaga kualiti masakan...
Sebenarnya banyak lauk yang kami oder tapi yang nak aku kongsikan hanya menu-menu yang ada keunikan tersendiri saja...Jika nak diberikan bintang untuk suasana dan keselesaan  aku bagi 4/5  dan untuk makanan 3/5 .
Cubalah sendiri 


SELAMAT MENCUBA 

No comments:

Post a Comment