09 May 2010

MELANCONG LAH KE MELAKA

Silalah berkunjung ke Melaka, dijamin anda pasti berpuashati dan akan tertarik dengan keindahan Negeri Melaka yang terkenal dengan gelaran Bandaraya Bersejarah. Sudah pasti semua blogger-blogger tahu keunikan dan tarikan Melaka adalah kerana kesan peninggalan sejarahnya.
Tapi sekarang Melaka bertambah setapak lagi sebagai Melaka Maju. Memang layak diberikan gelaran itu kerana kepesatan pembangunan didalam negeri indah ini.

Walaupun ummi bukanlah warga asal Melaka, tetapi setelah hampr 7 tahun menetap disini, ia sudah menjadi sebati dengan diri ummi. Jatuh cinta pada kepesatan pembangunannya dan juga jatuh cinta pada keenakan makanannya iaitu satu lagi tarikan untuk warga Malaysia berkunjung kesini. Bercerita tentang makanan ... negeri Melaka sememangnya terkenal dengan Assam Pedas, Sambal Tahi Minyak, Masakan Baba Nyonya, Masakan Portugis dan terlalu banyak untuk diceritakan disini.

Bagi yang suka membeli-belah, pelbagai shopping complex telah dibina untuk anda terokai. Mahkota Parade, Melaka Mall, JUSCO Bandaraya, Jusco Ayer Keroh dan banyak lagi.ZOO malam juga dibuka untuk pengunjung menyaksikan bagaimana kehidupan haiwan-haiwan pada waktu malam yang pasti ianya memang mendebarkan dan mencabar.

Penginapan tidak perlu dirisaukan, pilih saja Hotel Hilton, Hotel Equatorial, sebut saja yang berapa bintang dan bagi yang suka menginap dipersisiran pantai anda juga boleh mencuba resort-resort yang indah disekitar pantai. Jangan risau pada yang ingin pakej budget ... chalet, hotel budget juga banyak di Melaka malah Homestay juga ada( http://mudah.my/)

Datanglah berkunjung ke negeri kecil tapi indah ini dan rasai KEISTIMEWAANnya.


ANDA PASTI TERUJA..
JEMPUTLAH DATANG!!!!

No comments:

Post a Comment