19 May 2010

BILA HATI BERBICARA

Kita semua manusia biasa, ada hari kita rasa gembira dan ada hari-hari tertentu kita disapa duka. Bila gembira tiba ..ketawa..sentiasa bersama ,tapi bila duka menjelma , dimana kita nak sembunyikan airmata?.

Kekadang hanya kerana satu "perkataan" mampu membunuh keriangan. Hanya kerana satu "perkataan" mampu mengundang duka. Hanya kerana satu "perkataan" jugalah mampu membangkitkan kesedihan silam.

Nak mencipta kegembiraan memerlukan masa yang panjang, tapi untuk mengundang duka hanya sekali lafaz sahaja.

Hati setiap orang berbeza, perasaan setiap orang tak sama, malah kenangan silam setiap orang juga lain ceritanya.

Sokongan dan kasih sayang dari insan tersayang amat diperlukan tika mereka melalui saat-saat duka ..cuba fahami mereka sedaya mungkin dan usah diabaikan kesedihan mereka dengan berharap mereka pasti terawat sendiri.


MUNGKIN HARI INI DUKA MENYAPA MEREKA...
ESOK ...ADAKAH UNTUK KITA ..?

No comments:

Post a Comment